JURNAL
REFLEKTIF MINGGU KE 5
(04.03.2013
hingga 08.03.2013)
NAMA PELAJAR :PUSPAWATI
BINTI PARNI
OPSYEN / KUMPULAN :DPLI-SEJARAH
NAMA SEKOLAH :SK
BANDAR PUTRA, SEGAMAT
TARIKH :08.
03. 2013
1
|
Isu / masalah /
peristiwa
|
|
Isu:
Murid tidak
memberi tumpuan dan mengganggu
sesi pengajaran dan pembelajaran (Kelas Tahun 5PC)
|
2
|
Pandangan dan perasaan terhadap isu /
masalah / peristiwa
|
|
Pada permulaan sesi pengajaran dan
pembelajaran, semua murid dapat memberi tumpuan dengan baik. Segala aktiviti
yang dirancang dan dijalankan dapat mereka ikuti dan melibatkan diri. Namun
selepas aktiviti kumpulan, saya dapati terdapat dua orang murid iaitu Mohamad
Naqib Tajuddin bin Tumiran dan Wan Isma Haikal bin Wan Talib berbual dan
tidak menumpukan perhatian dalam sesi pembelajaran. Saya telah memberi teguran yang pertama kepada mereka
tetapi kesalahan tersebut masih mereka lakukan. Melihat perkara tersebut,
saya agak marah ditambah lagi, mereka tidak dapat menjawab soalan yang saya
berikan berkaitan isi pelajaran. Oleh itu, bagi memastikan semua murid dapat
memahami isi pelajaran dan mencapai objektif pembelajaran saya perlu
memastikan semua murid dapat memberi perhatian dan faham isi pelajaran yang
diajar.
|
3
|
Analisis isu /
masalah / peristiwa
|
|
3.1 Punca / sebab
|
|
Saya berpendapat punca mereka tidak memberi
tumpuan kerana kedudukan mereka di barisan belakang dan
aktiviti pembelajaran yang kurang menyeronokkan.
|
|
3.2 Kekuatan / kelemahan
|
|
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut pelbagai aktiviti telah dirancang dan berjaya dilaksanakan. Bagi set
induksi, saya telah menyediakan video untuk tontonan murid-murid, selepas itu
sesi penerangan dan diikuti aktiviti kumpulan (teka silang kata).
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ini dapat merangsang minat mereka untuk
mengikuti sesi pengajaran kerana melibatkan penglibatan semua murid. Selepas
aktiviti kumpulan dijalankan saya membincangkan hasil dapatan mereka, bermula
daripada aktiviti ini saya dapati murid-murid ini mula berbual. Pada mulanya,
saya memberi teguran secara lisan, tetapi setelah kesalahan tersebut masih diulang
saya mengarahkan dua orang murid ini untuk berdiri dihadapan kelas. Saya
dapati ia memberi pengajaran kepada rakan mereka yang lain untuk terus
memberi perhatian terhadap sesi pengajaran yang seterusnya.
|
4
|
Cadangan idea untuk
menyelesaikan isu
|
|
Tindakan yang saya lakukan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah dengan mendenda mereka berdiri
dihadapan kelas. Pada masa akan datang saya bercadang untuk menukar kedudukan
mereka duduk dibaris paling hadapan. Ia bertujuan supaya mereka boleh memberi
tumpuan yang sepenuhnya dan bagi menghalang mereka melakukan kesalahan yang
sama. Selain itu, saya perlu memikirkan aktiviti-aktiviti yang lebih kreatif
dan mencabar supaya mereka lebih seronok untuk belajar. Penglibatan murid
juga perlu dioptimumkan supaya mereka menerima pembelajaran yang lebih
bermakna.
|
5
|
Tempoh masa yang
diberikan untuk menyelesaikan isu
|
|
Bagi isu ini, tindakan yang saya lakukan pada
tempoh tersebut ialah bertindak tegas dengan mendenda mereka berdiri
dihadapan kelas. Selain itu, bagi memastikan mereka juga dapat memahami isi
pelajaran, saya melibatkan mereka dalam aktiviti penyoalan dan sumbangsaran.
Tindakan mendenda mereka telah menyebabkan murid lain lebih serius mengikuti
aktiviti pembelajaran.
|
6
|
Pelaksanaan
langkah-langkah penambahbaikan
|
|
Selain daripada tindakan tegas dengan
mendenda mereka, pada kelas akan datang, saya akan menukar kedudukan mereka
duduk dibaris paling hadapan. Ia bertujuan supaya mereka boleh memberi
tumpuan yang sepenuhnya dan bagi menghalang mereka melakukan kesalahan yang
sama. Selain itu, saya perlu merancang aktiviti-aktiviti yang lebih
menyeronokkan dan bermakna. Contohnya mempelbagikan aktiviti kumpulan seperti
permainan, lakonan, bercerita, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan
projek dan sebagainya.
|
7
|
Tindakan susulan
|
|
Saya akan terus memantau dan memerhatikan
tingkah laku mereka di dalam kelas supaya budaya bermain-main, berbual-bual
kosong tidak berlaku lagi di dalam kelas. Perkara ini penting bagi memastikan
tiada lagi gangguan didalam kelas sewaktu saya mengajar dan menjadikan keadaan
kelas yang lebih harmoni. Saya percaya, kelas yang harmoni dapat membantu
murid-murid meningkatkan pemahaman mereka dan mengubah tingkah laku mereka
kearah yang lebih positif.
|
No comments:
Post a Comment