Saturday 30 March 2013

Hatyai, Thailand Dalam Kenangan

Video ini dirakam pada 28 Mac 2013. Hatyai, Thailand  dalam kenangan memberikan gambaran sepintas lalu perjalanan dari Padang Besar, Perlis  ke Bandar Hatyai melalui jalan darat. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh kira-kira 100 km. Untuk ke bandar ini, beberapa pekan dan bandar kecil dilalui. Sebuah bandar  yang di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perkhidmatan dan perhotelan. Melalui Hatyai juga pengunjung boleh terus ke Songkhla dan juga Yala. Jalan yang dilalui  menggunakan lebuh raya tanpa dikenakan sebarang tol.Tapi perlu berhati-hati kerana harga petrol di Thailand adalah berbeza-beza. Ada stesen minyak menjual dengan harga 40 bat/liter (RM4.00/liter). Ada juga yang menjual dengan harga 50 bat (RM5.00/liter). Harga tak sama. Jadi kalau berhajat ke sini, tangki minyak kenderaan perlu dipenuhkan di Malaysia.

Saturday 23 March 2013

P6-Jurnal Minggu 7

JURNAL MINGGU KETUJUH

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:

7
Minggu keenam
4 hingga 8 Mac 2013
Masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.
  b.)        Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan.
   c.)        Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

P6-Jurnal Minggu 6

JURNAL MINGGU KEENAM

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:

6

P6-Jurnal Minggu 5

JURNAL MINGGU KELIMA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
5
Minggu kelima
25 Februari hingga 1 Mac 2013
Masalah murid tidak mematuhi arahan guru

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak mematuhi arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir murid sahaja dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala murid yang lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak memahami apa yang perlu dilakukan.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap pengajaran guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar murid tidak membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar.
  b.)        Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan mendengar arahan guru dengan teliti.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid di sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan dapat memahami dengan jelas apa yang ingin disampaikan oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

P5-Jurnal Minggu 8

JURNAL MINGGU KELAPAN

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
8
Minggu kelapan
18 Mac 2013 hingga 22 Mac 2013
Masalah kawalan murid

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah kawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana, Sekolah Lelaki Bandar merupakan sekolah yang mempunyai murid lelaki sahaja, masalah pengawalan kelas juga adalah berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah menjalani praktikum sebelum ini. Murid-murid lelaki lebih gemar melakukan aktiviti yang berbentuk amali berbanding aktiviti yang biasa dijalankan disetiap pengajaran dan pembelajaran yang lain. Mereka akan mula mengganggu rakan-rakannya yang lain apabila bosan. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung.

2.   Analisis

         Minggu ini merupakan minggu yang terakhir bagi tempoh pelaksanaan penyelesaian masalah kwalan murid.  Alhamdulillah, murid-murid semakin menunjukkan prestasi yang baik bagi faktor pengawalan kelas. Saya selaku guru mereka, perlu lebih peka dan mengambil berat tentang keperluan anak-anak murid saya.  Oleh itu, murid-murid akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung.

3.   Cadangan Tindakan Susulan
  a.)        Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya.
  b.)        Saya perlu mula menggunakan penegasan dengan murid-murid  tetapi tidak menghilangkan minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung.
   c.)        Saya perlu sentiasa memahami masalah serta keperluan murid-murid supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang telah dirancang.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima minggu keranamasalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi  secepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.