Sunday, 3 March 2013

P9-Jurnal Minggu 4



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 4
(25.2.2013 hingga 01.3.2013)

NAMA PELAJAR                 :PUSPAWATI BINTI PARNI
OPSYEN / KUMPULAN     :DPLI-SEJARAH
NAMA SEKOLAH                :SK BANDAR PUTRA, SEGAMAT
TARIKH                                 : 01. 03. 2013

1
Isu / masalah / peristiwa


Isu:
Murid masuk  lewat  ke bilik  seminar selepas waktu rehat.

2
Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa


Saya perhatikan sudah beberapa kali perkara ini berlaku, dimana murid lewat masuk ke kelas sehingga mengambil masa lebih 10 minit. Perkara ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku sewaktu hari pemantauan En Amin bin Simon bagi mata pelajaran minor, saya telah meminta izin guru bertugas untuk membenarkan murid dilepaskan awal masuk ke kelas. Tetapi apa yang berlaku, murid-murid tahun 4PA tetap lewat 10 minit untuk masuk ke kelas. Pada hari tersebut saya telah mengarahkan murid-murid  tersebut ke bilik seminar kerana sesi pengajaran akan berlangsung di sana. Bagi saya, perkara ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana hanya segelintir murid sahaja yang datang lewat. Hasil daripada temu bual daripada murid yang datang awal, murid-murid yang lewat ini mengambil kesempatan diatas masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja rumah. Ini menunjukkan sikap mereka yang kurang berdisiplin dan tidak mendengar arahan guru, walaupun sudah acap kali saya berpesan kepada mereka supaya menepati waktu.
3
Analisis isu / masalah / peristiwa

3.1 Punca / sebab


Murid masuk lewat ke bilik seminar kerana menyiapkan kerja rumah di dalam kelas.


3.2 Kekuatan / kelemahan


Bagi memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai, saya memastikan setiap langkah yang telah dirancang berjaya dilaksanakan. Syukur alhamdulilah, akhirnya saya dapat melaksanakan sesi pengajaran mengikut rancangan yang telah dirancang dan objektif pembelajaran dan mengajaran dapat dicapai. Walaupun begitu saya terpaksa mengurangkan beberapa tugasan kepada murid-murid supaya mereka mampu untuk melaksanakannya. Contohnya tugasan awal, murid dikehendaki untuk membina satu perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan lima frasa dan perkataan yang diberikan. Bagi menjimatkan masa saya menggurangkan tugasan murid yang hanya perlu membina satu perenggan dengan menggunakan 2 frasa atau perkataan yang diberikan. Saya juga mengaplikasikan teknik memberi arahan, iaitu secara lisan dan secara paparan di slide power point. Hasilnya, murid faham dan jelas apa yang perlu mereka lakukan dan kurang pertanyaan daripada mereka.

4
Cadangan idea untuk menyelesaikan isu


Bagi menggelakkan murid lewat masuk ke kelas, guru bertugas perlu peka dengan situasi ini supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan. Disiplin murid-murid juga perlu dipertingkatkan supaya mereka dapat memberi kerjasama. Pengawas-pengawas sekolah perlu lebih tegas untuk membantu guru-guru mendisiplinkan murid-murid ini.

5
Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu


Bagi menyelasaikan masalah ini untuk kelas saya, saya menjemput sendiri murid-murid ini untuk masuk ke kelas.

6
Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan


Murid-murid perlu dikumpulkan 5 minit awal supaya mereka dapat bergerak ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan.

7
Tindakan susulan


Sebagai guru praktikum di sekolah ini, sukar untuk saya menyuarakan masalah ini  ke pihak atasan. Namun apa yang boleh saya lakukan adalah berbincang dengan guru pembimbing bagaimana untuk mengatasi masalah ini.






Pelajar                 Guru Pembimbing      Pensyarah Penyelia

---------          ---------------------------------     ---------------------------
(              )       (                                  )        (                                )

No comments:

Post a Comment