Sunday 3 March 2013

P6-Jurnal Minggu 4



JURNAL MINGGU KEEMPAT

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
4
Minggu keempat
18 hingga 22 Februari 2013
Masalah murid tidak menghormati guru

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menghormati guru dan tidak mendengar kata. Ketika guru mengajar di hadapan, ada sahaja murid yang bercakap di belakang. Apabila ditegur oleh guru, murid tersebut akan diam untuk seketika dan bising kembali setelah guru meneruskan pengajaran. Walaupun telah didenda oleh guru, namun mereka masih melakukan kesalahan yang sama seolah-olah mempersendakan tindakan guru itu.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana guru terlalu baik dan gemar melayan karenah murid. Apabila guru sering berbual dan berbuat baik dengan murid, mereka mula menyalahgunakan kebaikan guru itu. Mereka mula menganggap guru seperti rakan mereka dan rasa hormat kepada guru juga telah hilang dalam diri mereka kerana mereka merasakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja pada rakan mereka.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Guru tidak boleh terlalu baik dengan murid dan tidak boleh melayan karenah mereka.
  b.)        Guru perlu menerapkan nilai hormat-menghormati dalam diri murid agar mereka dapat menghormati guru serta orang lain di sekeliling mereka.
   c.)        Guru perlu memberi  kesedaran kepada murid tentang pentingnya menghormati guru kerana gurulah yang memberi ilmu kepada mereka. Jika guru tidak redha pada ilmu yang diberikan kepada mereka, mereka tidak akan faham dan ingat apa yang telah diajar oleh guru.
  d.)         

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh empat minggu agar murid-murid di sekolah ini dapat menunjukkan sikap hormat-menghormati, bukan sahaja kepada guru malah orang lain yang berada di sekeliling mereka termasuklah rakan-rakan mereka sendiri.


Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

No comments:

Post a Comment