Contoh Penulisan Jurnal
Isu: Murid-murid 4 Zamrud
suka membuat bising dan berjalan sana sini semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.0 Pengenalan
Isu
ini merupakan satu isu yang amat penting dan perlu dikaji untuk menjadi
seorang guru yang berjaya. Hal ini
disebabkan dengan kawalan kelas yang teratur, barulah murud-murid mempunyai
satu persekitaran pembelajaran yang kondusif tanpa sebarang gangguan. Praktikum saya selama dua bulan bagi kali
kedua telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent. Saya telah diaturkan untuk mengajar dua
kelas tahun 5 dan dua kelas tahun 4. Sebelum
saya mengajar, saya telah membuat analisis tentang keputusan akademik mereka
dalam mata pelajaran Sains dan tingkah laku mereka. Bagi darjah tahun 5, saya mendapati
keputusan mereka berada di tahap baik.
Manakala bagi darjah tahun 4, keputusan mereka pula berada di tahap
sederhana. Dari segi tingkah laku
pula, saya diberitahu bahawa tingkah laku mereka masih boleh tahan, cuma
terdapat sesetengah mereka agak bising.
Melalui pemantauan saya
pada minggu pertama pada kedua-dua kelas tersebut, saya mendapati murid-murid
bagi kelas 4 Zamrud mempunyai masalah disiplin iaitu mereka suka membuat
bising, suka bercakap, suka berjalan sana sini dan tidak menumpukan perhatian
semasa pengajaran guru. Kadangkala
mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti mengambil pemadam
kawan-kawan untuk kegunaan sekejap.
Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk
menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan
mengganggu rancangan pengajaran saya.
Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa
berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah
menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat
memberi perhatian kepada pengajaran saya.
Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan masih
wujud di kalangan mereka. Walau
bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Disebabkan saya menghadapi masalah dalam sistem kawalan kelas, maka
saya pun mengambil keputusan untuk membuat isu tersebut bagi journal saya.
2.0 Kemungkinan penyebab
Menurut Harry K. Wong
(1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri.
“Most
behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure
to
teach students how to follow procedures.”
Guru-guru tersebut yang
bersikap dengan tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku
keterlaluan akan menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap bahawa guru
telah takut akan mereka. Guru-guru
yang sentiasa marah-marah akan anak-anak murid mereka juga merupakan salah
satu faktor penyebab kerana murid-murid akan berasa guru ini langsung tidak
mengambil berat dan menghormati akan mereka.
Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka dengan cara
membuat bising, begaduh atau berjalan sana sini. Seterusnya, bahan pengajaran dan cara
penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid-murid berasa
bosan untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Murid-murid yang mempunyai
keurangan motivasi dalam kalangan mereka juga merupakan salah satu penyebab
kepada kegagalan kawalan dalam bilik darjah.
Daripada tinjauan awal yang telah saya
lakukan melalui temu bual serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat
saya senaraikan:
- Murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan
lemah.
- Murid-murid ini lemah dalam memahami bahasa Inggereis.
- Murid-murid ini kurang berminat dalam pembelajaran
Sains
- Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh
mereka.
Disebabkan kelas adalah terdiri daripada
murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berlainan, maka terdapat
murid yang dapat belajar dan faham dengan pantas. Bagi mereka yang lemah, mereka adalah
lambat dalam belajar. Maka, bagi
murid-murid yang lemah, mereka kurang berikan perhatian dan tidak minat dalam
belajar Sains. Justeru, mereka akan
berasa bosan dan mula bercakap. Jadi,
tahap pembelajaran murid-murid juga merupakan salah satu punca berlakunya
masalah disiplin di dalam kelas.
3.0
Kelemahan
Kegagalan
dalam kawalan murid-murid tersebut iaitu kawalan kelas akan membawa kepada
beberapa kelemahan. Ia akan
menyebabkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. Seterusnya, matlamat pengajaran dan hasil
pembelajaran juga sukar tercapai. Hal
ini disebabkan dengan kegagalan kawalan kelas, guru-gruru biasanya akan
menghabiskan sebahagian masa mereka dalam mengawal murid mereka. Sebagai contoh, dalam masa 30 minit bagi
satu masa Sains, guru telah menghabiskan 15 minit dalam mengawal murid-murid
mereka, maka hanya tinggal 15 minit adalah agak susah untuk menghabiskan satu
“ Learning outcome”. Jadi, adalah agak susah untuk mencapai matlamat dan
hasil pembelajaran yang dirancang. Ia
akan membawa kepada perkara yang agak serius sekiranya syllabus tidak dapat
dihabiskan sebelum peperiksaan. Hal
ini akan membawa juga kepada kemerosotan dalam peperiksaan kerana murid-murid
terpaksa menduduki peperiksaan dengan tanpa penghabisan syllabus. Selain itu, .kegagalan kawalan kelas
mungkin akan menjadi faktor murid-murid yang bertingkah laku baik menjadi
tidak baik juga dengan mengikut tingkah laku kawan-kawan mereka.
4.0
Kekuatan
Sebaliknya,
sekiranya seorang guru dapat mengawal murid-murid tersebut dengan baik,
beberapa kekuatan akan diwujudkan.
Matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran akan lebih mudah tercapai
kerana murid-murid menumpukan perhatian kepada apa yang telah guru mengajar. Masa tidak akan disia-siakan untuk
menyelesaikan masalah yang tidak bermakna dan dapat digunakan dengan
maksimum. Sementelahan, disiplin
murid-murid dapat dipertingkatkan.
Murid-murid akan menghormati segala arahan daripada guru dan tidak
membuat sesuatu yang tidak disenangi oleh guru mereka. Oleh itu, suasana bilik darjah yang
kondusif dapat diwujudkan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.
5.0
Kesan/ akibat
Isu
ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran Sains sekiranya
guru tidak dapat mengawal kelas dengan berkesan. Murid-murid yang bising tidak dapat
menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadi
semakin merosot. Masalah disiplin akan
semakin meningkat di kalangan mereka disebabkan oleh suasana pengikutan. Matlamat dan hasil pengajaran tidak dapat
dicapai seperti yang dinyatakan di atas.
Namun, segalanya dapat diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan
kelas yang baik. Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan
sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih lancar dan berkesan. Murid-murid
juga akan lebih berminat untuk belajar.
Dan, murid-murid akan sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah dan
mengikuti arahan guru
6.0 Kajian Lampau
Untuk
mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada Model Disiplin
Asertif Canter. Model Disiplin Marlene
and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati
guru dalam bilik darjah. Model ini
adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan
pelajar belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip
bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar dan belajar. Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:
i.
Pelan yang berkesan
hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian dimaklumkan kepada murid-murid
pada hari pertama guru masuk kelas.
ii.
Tingkah laku yang
wajar hendaklah diberikan pengukuhan.
iii.
Guru hendakalah
bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah.
iv.
Guru perlu merangka
satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid
mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.
Penalti diberikan kepada mereka yang terus melkukan salah laku.
Bagi cadangan Dorit Sasson,
penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah salah satu cara bagi mengawal dan mengurus kelas.
“Social dynamics is a big factor for
rowdy behavior. Look at your seating
chart. Disruptive students who have been sitting next to each other may now
need to be separated. The minute you
neutralize the social dynamics, it can be easier to teach.”
6.0 Cadangan
Setelah
merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa
cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama sekali, saya akan membentuk satu peraturan
bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu
Sains. Apabila terdapat murid-murid
yang mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada system peraturan
saya untuk member dendaan supaya bersifat adil dan saksama.
Keduanya,
saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila
terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana kunci kawalan
disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya.
Menurut Canter (2002), seseorang guru
tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.
“Once
you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this
requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with one student-and
let it go with another. You can’t call students on the rule one day and
overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the
second hand one a clock.”
Seterusnya,
saya akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang sentiasa
mematuhi peraturan bilik darjah.
Contoh pengukuhan positif ialah kata-kata pujian, token, dan
sebagainya. Saya juga merancang satu
sistem peneguhan, iaitu sistem pemberian markah secara berkumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan
sekiranya ahli-ahlinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala markah kumpulan akan ditolak
sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan kesalahan. Markah untuk setiap kali waktu Sains akan
dicatatkan. Dan, kumpulan yang mempunyai
markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah.
Seterusnya, saya
akan membahagikan tempat duduk mengikut kebolehan yang berbeza. Iaitu
campuran murid yang pandai dan lemah.
Saya akan tukarkan tempat duduk kumpulan yang berbuat bising dan
agihkan merakaduduk di hadapan.
7.0 Tempoh Penyelesaian
Saya
merancang agar menggunakan lapan minggu, iaitu dari 28 Jun 2010 hingga 20
Ogos 2010 untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah pengurusan bilik darjah
saya. Kejayaan pelaksanaan model disiplin Asertif Canter merujuk kepada Pelan tindakan yang dilaksanakan
sepanjang praktikum telah dilampirkan.
8.0 Tindakan susulan:
Daripada
pengalaman menggunaka Model Canter “assertive discipline”, guru yang asertif adalah
lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang. Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan
guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi. Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim
bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini yang dapat menghasilkan
pembelajaran yang maksimum. Namun,
saya tidak begitu asertif sepanjang waktu pengajaran saya. Hal ini adalah kerana saya menghadapi
kesuntukan masa untuk menghabiskan pengajarannya. Kadang-kadang saya juga akan memarah
murid-murid saya disebabkan kebisingan mereka. Jadi, saya berasa saya mesti mengubah sikap
saya yang tidak sabar tersebut.
Selain
itu, penggunaan sistem pemberian markah masih perlu dimantapkan lagi. Murid-murid akan mematuhi peraturan dan
mendengar arahan saya setiap kali saya memulakan sistem pemberian markah
untuk setiap kumpulan. Tetapi, keadaan
ini hanya kekal untuk masa yang singkat sahaja. Murid-murid terus membuat bising apabila
guru tidak lagi memfokuskan pada sistem pemberian markah. Hadiah yang dijanji akan dibagi kepada
kumpulan yang mempunyai markah yang tertinggi selepas 8 minggu dapat
memotivasikan murid-murid berusaha dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan mematuhi peraturan bilik darjah. Tetapi,
tempoh masa pemberian hadiah itu terlalu panjang untuk murid-murid. Sesetengah murid enggan berusaha lagi
kerana pengukuhan positif itu bukan dibagi secara segera.
Oleh
itu, saya mengubah sedikit perancangan saya. Saya
memberi ganjaran dan dendaan kepada murid secara segera. Namun, sistem pemberian markah secara
berkumpulan masih dikekalkan. Saya
juga memberi pengukuhan positif seperti kata-kata pujian atau makanan sebaik
sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang baik. Contohnya, untuk setiap kali waktu tamat
Sains, saya akan mengisytiharkan kumpulan yang terbaik pada hari tersebut dan
memberikan kata-kata pujian untuk memotivasikan murid-murid. Untuk murid-murid yang bermasalah, saya
pula menegur mereka apabila mereka melakukan kesalahan.
Saya
berasa penukaran tempat duduk bagi murid-murid yang bising duduk dekat depan
juga tidak berguna kerana murid-murid tersebut juga berbuat bising juga. Jadi, saya pun mengkaji cara lain untik
mengawal mereka seperti meletakkan mereka di satu sudut berseorangan dak
tidak membenarkan mereka melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dan melihat
sahaja. Dengan cara tersebut, saya
mendapati agak berkesan kerana apabila mereka balik semula ke kumpulan,
mereka tidak berani membuat bising lagi.
Jadi, saya akan cuba cara ini untuk praktikum seterusnya.
Selain
itu, saya juga berlatih untuk bersifat asertif pada bila-bila masa walaupun
menghadapi masalah kesuntukan masa agar dapat memastikan penguatkuasaan
peraturan bilik darjah secara konsisten dan berkesan.
9.0 Kesimpulan
Sekarang saya faham bahawa
pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu. Guru adalah seperti tukang masak
dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan
tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain.
Semua ini saling bergantung.
Dalam
lapan minggu ini, saya sentiasa berusaha untuk memajukan kemahiran pengurusan
bilik darjah saya. Saya melaksanakan
apa sahaja peraturan dan tindakan yang ditetapkan selepas merujuk kepada Model
Disiplin Asertif Canter. Dengan adanya
usaha saya dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid, saya dapat mengurus
bilik darjah dengan lebih baik jika dibandingkan dengan yang dulu. Sebagai
bukti, dulu saya sentiasa tidak dapat menghabiskan pengajaran dalam masa dan
waktu yang ditetapkan. Hal ini adalah
kerana saya sentiasa perlu berhenti pengajaran saya hanya untuk menegur murid-murid
atas sebab kebisingan. Tetapi, selepas
saya mengamalkan cadangan yang saya rujuk pada Model Disiplin Asertif Canter,
saya dapat mengurus masa dan murid-murid saya dengan berkesan dan baik. Oleh itu, saya ada masa yang cukup dan
suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar.
10.0 Bibliografi
Regaining Class Control-Classroom Management Strategies, Tips and
Techniques, dipetik daripada http://classroomorganization.suite101.com/article.cfm/class_control pada 2 Julai 2010
New Teachers - Great Strategies For
Regaining Classroom Control, dipetik daripada http://ezinearticles.com/?New-Teachers---Great-Strategies-For-Regaining-Classroom-Control&id=2011146
pada 2 Julai 2010
4 Ways to Regain Class Control, dipetik daripada http://theapple.monster.com/benefits/articles/7611-4-ways-to-regain-class-control?page=2 pada 2 Julai 2010
Ciri-ciri Model
Disiplin Asertif Canter, dipetik
daripada www.scribd.com/doc/27273994/Disiplin-Asertif-Canter pada 2
Julai 2010
DISIPLIN ASERTIF CANTER, dipetik
daripada www.1001portails.com/scribd-com-feeds-rss-f-30059-6695539-disiplin-asertif-canter.html - United States pada 2 Julai 2010
|
Wednesday, 6 March 2013
Contoh Penulisan Jurnal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment