1. Masalah /
Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah kawalan murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana, Sekolah Lelaki Bandar
merupakan sekolah yang mempunyai murid lelaki sahaja, masalah pengawalan
kelas juga adalah berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah menjalani
praktikum sebelum ini. Murid-murid lelaki lebih gemar melakukan aktiviti yang
berbentuk amali berbanding aktiviti yang biasa dijalankan disetiap pengajaran
dan pembelajaran yang lain. Mereka akan mula mengganggu rakan-rakannya yang
lain apabila bosan. Hal ini akan mengganggu kelancaran
proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung.
2. Analisis
Masalah
ini timbul kerana saya tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan murid-murid
lelaki sahaja di dalam satu kelas.
Sikap mereka yang kasar dan nakal menyebabkan saya tidak dapat
mengawal kelas dengan baik.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a.)
Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza
sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya.
b.)
Cadangan dan idea dari rakan-rakan saya akan diguna
pakai bagi menangani masalah kawalan murid yang saya hadapi.
c.)
Saya perlu mula menggunakan peneguhan yang dapat
menarik minat murid untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima
minggu keranamasalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah
ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat
dicapai sepenuhnya oleh guru.
|
No comments:
Post a Comment