JURNAL (Minggu ketujuh)
Bilangan Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
6/12
Minggu ketujuh
6 Mac 2013
Murid
Bermain Semasa Kelas Amali Dijalankan
|
|
1. Masalah /
Peristiwa
Pada 6 Mac 2013, saya telah menjalani
kelas amali bagi kelas tahun 6. Pada awal kelas berjalan, semua murid masih
boleh memberikan perhatian mereka untuk terus menjalani dan mendengar arahan
guru untuk membuat aktiviti amali. Tetapi apabila mula membuat kelas amali
dan diberikan alatan, saya mendapati seorang pelajar lelaki kelas ini bermain
dan bergurau dengan rakan yang lain dengan menggunakan alatan. Murid ini
tidak menghadirkan diri semasa kelas yang lalu, jadi kehadiran dia baru
disedari oleh saya pada hari ini dalam kelas amali. Walaupun dia merupakan
seorang pengawas, namun sikapnya yang kurang memberikan kerjasama dan
perhatian mengganggu kelas amali yang dijalankan.
2. Analisis
Saya telah bertanya kepada
rakan-rakan dan guru sekolah tersebut. Mereka menyatakan murid tersebut
memang bersifat begitu. Terdapat juga guru yang menyatakan murid tersebut
diserap dalam lembaga pengawas sekolah untuk memperbaiki sikapnya. Guru
tersebut khuatir jika murid tersebut tidak diserap dalam lembaga pengawas
sekolah, murid tersebut akan menjadi lebih agresif. Oleh yang demikian, perangai
murid tersebut dapat dikawal sedikit.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)
Saya perlu lebih
tegas terhadap murid tersebut. Saya akan memberikan lebih perhatian
terhadapnya supaya dia akan lebih fokus semasa di dalam kelas supaya dia
tidak mengganggu pelajar lain dan bermain dengan alatan.
b.)
Saya juga mengugut untuk memotong markah kumpulannya.
Jika murid tersebut tidak membendung tingkahlakunya, markah kumpulannya akan
dipotong. Jadi bagi mengelakkan ahli kumpulan lain memarahinya, mungkin
perangainya boleh dikawal.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba
mengatasi masalah ini secepat mungkin. Ini adalah kerana kelas tersebutsudah
mula beramali. Bagi mengelakkan sebarang kecederaan, tersebut perlu selalu
diingatkan tentang peraturan supaya mereka sentiasa beringat semasa membuat
kerja amali. Selain itu, guru perlu lebih bertegas dengan murid supaya murid
lebih berhati-hati dan serius di dalam kelas.
|
|||
|
|||
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama .............................................
Tarikh .............................................
|
||
No comments:
Post a Comment