Sunday 16 March 2014

Jurnal- Kategori Pengajaran dan Pembelajaran

1.    Tingkah Laku Murid Nakal


:
Program
:PISMP
Pengkhususan / Opsyen
:2011 / 01 - PA /B.ARAB/AL-QURAN
Sekolah
:SK Parit Keroma Darat
Fasa Praktikum
:3
Minggu Praktikum
:3
Tarikh
:14-02-2014
Tajuk
:Tingkah laku murid yang nakal
Kategori
:Pengajaran dan Pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Di dalam Kelas Tahun 2, terdapat dua orang murid yang agak nakal iaitu Muhammad Kamil dan Muhammad Nafis. Mereka berdua ini suka bermain dan menggangu kawan semasa pengajaran dan pembelajaran.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi perhatian kepada pengajaran saya . Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya iaitu : • Apakah yang menyebabkan murid-murid ini bermain semasa pengajaran saya ? • Bagaimanakah saya mengatasi masalah-masalah ini ? • Adakah murid yang pandai akan berasa bosan jika saya terlalu menumpukan kepada murid yang lemah ? • Apakah bentuk ganjaran yang sesuai untuk saya lakukan bagi menguruskan murid-murid ini ? • Adakah saya perlu memperbaiki corak pengajaran saya untuk mengatasi semua masalah ini ? 


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Jean Piaget mengkaji bagaimana kemahiran mental dibina dan berubah mengikut kematangan fisiologi dan pengalaman seorang kanak-kanak sejak kecil lagi. Teori kognitif ialah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang memikir dan mengamati sesuatu, maklumat diproses dalam minda, dan pengalaman disusun dan dibezakan dalam pemikiran dan persepsi. 


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Perlu rajin bertanya dengan guru yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan tips bagi menguruskan murid yang agak nakal ini. Selain itu, saya perlu sentiasa merujuk kepada media-media seperti internet untuk mendapatkan lagi cadangan yang bernas bagi menguruskan murid-murid ini.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2 Minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan sentiasa memberi perhatian kepada murid-murid ini bagi mengelakkan mereka mengganggu rakan mereka yang ingin belajar. Selain itu, saya perlu bertidak tegas kepada murid ini bagi mengelakkan mereka berasa tidak tergugat semasa bermain di dalam kelas.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :




9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


2.    Masalah Disiplin Ketika Menjalankan Aktiviti Kumpulan



:
Program
:KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
:2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 2)
Sekolah
:SJK(C) WOON HWA
Fasa Praktikum
:2
Minggu Praktikum
:5
Tarikh
:15-02-2014
Tajuk
:Masalah disiplin murid semasa menjalankan aktiviti kumpulan
Kategori
:Pengajaran dan Pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada hari Sabtu, saya mesuk darjah 5M mengajar Kajian Tempatan. Mula-mula murid-murid belajar dengan bersungguh-sungguh. Tetapi sebelum menjalan aktiviti kumpulan. Saya memberi arahan tentang aktiviti kumpulan untuk murid-murid, sebahagian murid tidak memberikan perhatian dan bercakap dengan kawan-kawannya.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya kenal pasti sebahagian murid tidak memberi tumpuan dan tidak mematuhi peraturan ketika menjalankan aktiviti kumpulan ialah bahan bantu mengajar tidak menarik, harga kendiri akademik tinggi, dimana murid lebih yakin pada diri sendiri dan guru kurang menjalan aktiviti kumpulan.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa penyelesaian masalah iaitu: 1. Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua kumpulan.Tugas ketua kumpulan adalah memberi arahan, mengawal disiplin ahli-ahli dan melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin. 2. Memperbanyakkan dan menghasilkan aktiviti yang kreatif bukan tulis sahaja. 3. Memberikan bimbingan kepada murid yang keyakinan tinggi. 


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan menggunakan ketiga-tiga cadangan untuk menyelesaikan masalah disiplin murid dalam 2 minggu. Selain itu, saya juga memberitahu kepada guru kelas 5M tentang tingkah laku beberapa orang murid itu untuk membantu saya memberikan perhatian mereka. 


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

26-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya telah memilih setiap kumpulan satu ketua untuk mengawal disiplin ahli-ahli kumpulan sendiri supaya tidak bisik.Selain itu, ketua kumpulan juga boleh mengalihkan kerja-kerja dan memberi arahan agar kerja disiap dengan cepat dan baik. Melalui dua minggu ini, saya telah menjalani beberapa aktiviti kumpulan untuk memerhati disiplin murid ada diubah atau tidak. Saya juga berjumpa murid yang keyakinan lebih tinggi dalam masa yang sesuai dan memberi bimbingan dan nasihat kepada mereka.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Melalui selama dua minggu, saya berasa disiplin murid 5M telah diubah. Semasa menjalankan aktiviti kumpulan, mereka tidak membuat bisik lagi kerana ketua kumpulan memberikan mereka arahan,bukan sahaja mereka juga ikut dan menghormatinya. Oleh sebab, saya memperbanyakkan aktiviti kumpulan, murid-murid telah mengamalkan sikap yang baik dan bekerjasama untuk mencapai keputusan yang baik.


3. Kaedah dan Teknok Dalam Pendidikan Islam


:
Program
:DPLI
Pengkhususan / Opsyen
:2013 / 01 - JQAF (LPBS) PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS
Sekolah
:SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR
Fasa Praktikum
:1
Minggu Praktikum
:4
Tarikh
:15-02-2014
Tajuk
:Kaedah dan Teknik dalam Pendidikan Islam
Kategori
:Pengajaran dan Pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada sesi prapenyeliaan yang berlangsung pada 9 Februari 2014, pensyarah pembimbing saya telah menasihati supaya menerapkan kaedah dan teknik bercerita di dalam set induksi. Oleh sebab itu, saya mengaplikasikannya ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya iaitu pada hari Khamis, 13 Februari 2014, bertajuk Akidah: Beriman Kepada Rasul. Walau bagaimanapun, timbul interaksi dua hala yang tidak memberangsangkan memandangkan murid-murid tidak banyak mengingati fakta-fakta berhubung kisah para rasul. 


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Kaedah pengajaran merupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif pengajaran. Manakala teknik pengajaran pula merupakan suatu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada murid melalui langkah demi langkah yang khusus. Kemahiran penguasaan teknik perlu ada pada setiap guru kerana penggunaan kaedah pilihan dengan teknik yang betul akan menyumbang kepada keberkesanan dalam pengajaran. Dalam sesi pengajaran sebelum ini, kaedah dan teknik yang saya gunakan lebih menjurus kepada penyoalan, penerangan, hafazan, dan latih tubi. Meskipun perkara berikut merupakan kaedah utama yang digunakan dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam, namun tidak bermakna kaedah-kaedah lain perlu diketepikan atau diabaikan. Hal ini kerana dengan penerapan kaedah-kaedah lain akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Seperti contoh, kaedah bercerita boleh diselitkan dalam topik akidah dan juga sirah. Menerusi penceritaan, murid-murid akan menumpukan perhatian kepada apa yang disampaikan oleh guru selain boleh mengikuti pelajaran melalui sisipan kuiz semasa bercerita. Selain itu juga, kaedah bercerita dapat membawa murid mengimbas kembali peristiwa-peristiwa, mengaitkan kisah atau kejadian serta berimaginasi mengenai kisah-kisah yang disampaikan. Pada masa yang sama, ia mampu menggalakkan murid mencintai amalan kesusasteraan dan meperkayakan pengetahuan menerusi pembacaan. Selain kaedah bercerita, banyak lagi kaedah yang boleh diterapkan seperti kaedah dialog, projek, permainan, perbincangan, lakonan dan sebagainya. Kaedah lakonan boleh digunakan bagi mengajari topik akhlak dan adab Islamiah. Namun, ia tidak semestinya tertumpu kepada topik-topik tertentu. Guru boleh mencipta kelainan mengikut kreativiti masing-masing dalam menggunakan kaedah-kaedah yang ada atau menggabungkan beberapa kaedah di dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap kaedah yang disebut mempunyai kepentingan dan daya tarikan tersendiri yang mana tujuan utamanya adalah bagi menimbulkan minat dalam kalangan murid untuk mengikuti pelajaran. Walau bagaimanapun, dalam mengaplikasikan sesuatu kaedah, guru haruslah menguasai teknik-teknik yang diperlukan dalam menjalankannya dalam sesi pengajaran. 


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Pada sesi pengajaran terdahulu, saya banyak memfokuskan kepada suatu kaedah khusus bagi setiap topik yang diajar seperti kaedah talaqqi musyafahah bagi Iqra’, gabungan demonstrasi dan simulasi bagi Amali Solat, penerangan bagi topik Akidah dan Jawi, dan bercerita bagi topik Sirah dan Akhlak Islamiah. Selain itu, kaedah utama yang digunakan ialah hafalan dan latih tubi. Hal ini kerana hasil pemerhatian saya pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru-guru di sekolah terutama lebih banyak tertumpu kepada penggunaan satu atau dua kaedah sahaja bagi setiap sesi. Malahan, bagi murid Pendidikan Khas, teknik hafalan adalah paling utama bagi memastikan mereka mengingati sesuatu bacaan atau ayat yang perlu diketahui sama ada surah-surah pendek, bacaan di dalam solat ataupun bacaan doa-doa harian. Selain daripada itu, antara faktor luaran yang menyumbang kepada pengkhususan kepada suatu kaedah sahaja dalam satu masa sesi pelajaran dan pembelajaran ialah kerana murid-murid Pendidikan Khas memerlukan masa yang lebih panjang dalam menguasai sesuatu kemahiran bagi meningkatkan kefahaman. Mereka juga cenderung tertumpu kepada suatu aktiviti yang dijalankan terutamanya permainan ataupun nyanyian ataupun siaran video dan lagu. 


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya telah dinasihati oleh pensyarah bimbingan supaya supaya mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Justeru, saya mengambil langkah-langkah berikut bagi mempertingkatkan penguasaan terhadap kaedah dan teknik yang mungkin boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran: a. Saya akan mempelbagaikan lagi kaedah dan teknik pengajaran dengan mengadakan pembelajaran secara tidak formal dan memperbanyakkan kemahiran yang memerlukan kepada berfikir dan menyelesaikan masalah. b. Saya juga mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan guru dan meminta nasihat mengenai kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. c. Saya juga melakukan pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru yang lain supaya dapat mengambil contoh kaedah dan teknik pengajaran yang digunakan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya. d. Saya juga akan memperbanyakkan bacaan dan kajian mengenai kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang boleh digunakan bagi mengajari subjek Pendidikan Islam dengan lebih menarik dan berkesan. e. Saya akan mengadakan perbincangan dan saling bertukar pendapat bersama rakan-rakan guru pelatih yang sedang menjalani praktikum bersama-sama saya kerana mereka mungkin mempunyai idea atau pengalaman yang lebih menarik dan bermanfaat untuk pengajaran saya. 


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu


6. Tindakan Susulan :

Antara tindakan yang telah saya laksanakan ialah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan guru dan meminta nasihat mengenai sesuatu kaedah dan cara mengaplikasikannya di dalam kelas. Selain daripada itu, saya juga mencari maklumat berkaitan sesuatu kaedah bagi mendalami teknik-teknik dalam pelaksanaannya. Perkara ini banyak membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai perkaitan sesuatu kaedah dengan topik pelajaran.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

19-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Pada sesi pengajaran berikutnya, saya mencuba melaksanakan kaedah bercerita tetapi berpusatkan murid. Murid-murid diberikan buku-buku cerita kisah-kisah nabi pilihan. Mereka dikehendaki meneliti buku yang dipilih dan menceritakan kembali berdasarkan kefahaman mereka. Manakala sebagai guru, saya membimbing mereka dengan memperbetulkan fakta dan juga memperjelaskan perkataan yang tidak difahami atau nama-nama watak yang terkandung dalam kisah yang diceritakan. Menerusi pelaksanaan kaedah ini, murid-murid lebih aktif berbicara di dalam sesi pelajaran dan pembelajaran sekaligus menimbulkan interaksi dua hala yang berkesan dan menarik. Apabila murid-murid diberikan peluang bercakap, mereka akan saling berbual bersama-sama rakan membincangkan kisah yang dipilih sama ada menambahkan fakta, bersoal-jawab, membaca bersama-sama atau mengiyakannya. Bagi topik lain pula, saya sering melakukan perbincangan bersama guru-guru Pendidikan Islam bagi meminta nasihat dan membincangkan kaedah dan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam sesi pelajaran dan pembelajaran. Saya juga mengadakan perbincangan bersama guru-guru lain bagi mendapatkan nasihat dna tunjuk ajar melaksanakan sesuatu aktiviti yang asing bagi saya seperti kolaj dalam Pendidikan Seni. Aktiviti ini melibatkan teknik-teknik tertentu kerana ia menggunakan bahan maujud yang mana haruslah mudah digunakan oleh murid-murid.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Sehubungan itu, saya berasakan perbincangan dengan guru-guru dalam memilih kaedah dan teknik melaksanakan sesuatu aktiviti dalam sesi pelajaran dan pembelajaran perlu dilakukan secara berterusan. Hal ini kerana penggunaan kaedah yang sama mungkin akan menghilangkan minat murid terhadap pelajaran dan mengakibatkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dengan jayanya. Selain itu juga, perbincangan berterusan juga akan dapat menjana idea-idea baharu dan lebih sesuai dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi semasa. Meskipun murid-murid Pendidikan Khas memiliki daya ingatan yang lemah, namun dengan pemilihan dan penggunaan kaedah yang sesuai akan mampu mengasah daya ingatan mereka. Justeru itu, saya perlu lebih bertungkus lumus dalam mencari idea dan merancang aktiviti yang dapat menajamkan daya ingatan mereka sama ada dengan mengimbas kembali pelajaran yang telah dilalui berkali-kali sama ada secara formal mahupun tidak. Kaedah dialog juga boleh digunakan bagi menggalakkan murid berbual-bual perkara-perkara ilmiah dan guru mengawasi perbualan murid dengan menekankan kepada topik pilihan dan menggunakan daya tarikan nada suara yang jelas dan perkataan-perkataan yang baik. 


4.   Masalah Pengurusan Masa



 Program
:PISMP
 Pengkhususan / Opsyen
:2011 / 01 - PRASEKOLAH/ MUZIK/ PENDIDIKAN JASMANI
 Sekolah
:SK SERI SETIA
 Fasa Praktikum
:3
 Minggu Praktikum
:3
 Tarikh
:10-02-2014
 Tajuk
:PENGURUSAN MASA
 Kategori
:Pengajaran dan Pembelajaran
  
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Sepanjang menjalankan proses pengajalan dalam masa tiga minggu ini, saya telah mendapati pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang saya telah rancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancang tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi saya untuk mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hasil perbincangan kerana murid-murid tidak fokus semasa guru memberikan arahan. Mereka juga sering bermain-main semasa guru sedang memberi penerangan di hadapan kelas. Punca perkara ini berlaku ialah murid sentiasa hilang tumpuan dalam apa jua aktiviti. Guru terpaksa menasihati murid dahulu sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ini kerana, sekiranya guru menerangkan arahan semasa murid sedang bermain-main, tiada siapa yang akan memahami arahan tersebut. Jadi untuk menyediakan murid kepada pdp memerlukan masa yang agak lama seperti 5 minit untuk menyediakan murid agar besedia mengikuti proses pdp. 


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Good,1973 : Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian,mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti Kuliah,belajar ,rehat,riadah,dan tanggungjawab. Kajian kes : Seorang guru Bahasa Melayu masuk ke bilik darjah dua puluh minit lewat.Beliau mengajar secara tergopoh gapah kerana ingin menghabiskan masa,beliau tidak memberi peluang untuk menyoal atau melakukan sesi perbincangan mengenai topik yang ingin diajar.Adakalanya,beliau terpaksa mengambil waktu yang berikutnya kerana perlu menyelesaikan tugasnya serta menghabiskan sukatan pelajaran.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Jadi, saya merancang sesuatu untuk mengubah dan membaiki masalah ini supaya tidak berulang lagi. Antaranya ialah memudahkan aktiviti yang dirancang. Kemudian mengurangkan tahap hasil pembelajaran yang ingin dicapai serta menambahkan sesuatu yang menarik untuk set induksi supaya fokus murid dapat ditarik ke dalam pdp. Saya juga memikirkan untuk menggunakan ganjaran seperti murid mengecop 'very good' setelah berjaya menyiapkan tugasannya. 


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Langkah-langkah yang perlu saya usahakan untuk mengatasi masalah ini adalah membaca buku-buku yang berkaitan dengan penerangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya juga akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada harihari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkanpelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalm masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyntuh topic yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaiksahaja akan dibentangkan.Dalam masa yang sama, saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing disamping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

17-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat dengan saya dapat menyiapkan sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa yang ditetapkan. Lebih kurang 80% rph dapat dilaksanakan dengan jayanya.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya saya berpuas hati dengan sesi pengajaran saya yang mengikuti rancangan yang dibuat, dalam masa yang sama hampir keseluruhan murid dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru dalam jangka masa yang dirancang. Penggunaan cop 'very good' sangat mudah untuk dilaksanakan tetapi memberi impak yang sangat baik dalam menggalakkan murid bersungguh-sungguh melaksanakan tugasannya.