Tuesday 4 March 2014

Jurnal_pengetahuan Tentang mata Pelajaran

1. MURID TIDAK DAPAT MENYIAPKAN TUGASAN




Program
: KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 2)
Sekolah
: SJK(C) BEMBAN
Fasa Praktikum
: 2
Minggu Praktikum
: 1
Tarikh
: 19-01-2014
Tajuk
: Murid tidak dapat menyiapkan kerja tugasan
Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas Tahun 3A. Saya mendapati semasa saya memberi kerja tugasan seperti pentaksiran berasaskan sekolah(PBS), beberapa orang murid tidak menumpu perhatian. Terdapat seramai 5 orang murid telah dikenal pasti tidak dapat menyiapkan kerja tugasan yang dipesan dalam kelas.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid tidak dapat menyiapkan kerja tugasan dalam kelas daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah kerja tugasan yang dibagi tidak sesuai untuk semua murid. Iaitu terlalu susah untuk murid yang lemah. Kesan terhadap isu yang berlaku ini iaitu murid yang lemah tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna. Justeru, menjejaskan kekuasaan mereka untuk menyiapkan kerja tugasan. Selain itu, ia turut akan memberi kesan tentang minat murid untuk belajar.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Woolfolk(1997),teori kecerdasan awal adalah memfokus kepada keupayaan untuk belajar, keseluruhan pengetahuan yang telah individu perolehi dan kebolehsuaian seseorang kepada situasi atau persekitaran baru.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah : i) Menghasilkan beberapa tahap kerja tugasan berdasarkan murid. ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan untuk tolong-menolong antara murid kepada satu sama lain. iii) Memberi perhatian kepada murid yang lemah semasa memberi kerja tugasan.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu menghasilkan beberapa tahap kerja tugasan berdasarkan tahap murid.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :




9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


2.     Cara Penyampaian Isi Pelajaran 


2.  CARA PENYAMPAIAN ISI PELAJARAN




:

Program
: KDPM-KDC

Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 1)

Sekolah
: SJK(C) HUA MIN

Fasa Praktikum
: 2

Minggu Praktikum
: 2

Tarikh
: 21-01-2014

Tajuk
: Cara penyampaian isi pelajaran

Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran




1. Isu Yang Difokuskan :

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran selama 2 minggu ini, saya dapati penggunaan bahan bantu mengajar maujud yang sesuai mampu menarik minat murid dan banyak membantu saya semasa menyampaikan isi pelajaran dengan baik. Semasa mengajar tajuk pantun, saya telah menyuruh murid membawa penyepit makanan dengan segera untuk menjadi alat muzik. Mereka tertanya-tanya apakah kegunaan bahan tersebut kerana bagi mereka biasanya mereka melihat bahan-bahan seperti ini hanya di dapur. Seterusnya, saya juga dapati ketegasan dan kelantangan suara amat penting. Suara saya yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Di sini saya telah menyedar semasa pengajaran dijalankan bahan bantu mengajar tidak perlu terlalu banyak dan semasa menjalani pengajaran suara yang sesuai dan tegas amat memerlukan.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Setelah pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya dapati kelantangan suara akan menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan sesuatu. Apabila kelantangan dan ketegasan guru berpadu ketika menyampaikan isi pelajaran, menyebabkan murid-murid lebih tertumpu kepada penyampaian guru tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan yang saya pamerkan ternyata dapat menjadikan suasana kelas lebih terkawal dan membuatkan murid hormat kepada saya. Seterusnya, kejelasan dalam memberi arahan merupakan kekuatan dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik dan arahan yang diberikan dapat diikuti dengan mudah. Kejelasan penyampaian memainkan peranan penting dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan keberkesanan pengajaran. Pada kali ini, saya memilih teknik kelantangan suara kerana saya dapati sebelum ini saya bercakap dengan lemah lembut tidak mendapat kesan yang baik.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Pelaksanaan pengajaran di dalam kelas amat memerlu menggunakan pelbagai strategi yang berbeza untuk menarik perhatian murid-murid. Saya terlalu menggunakan kaedah pemusatan guru dan murid hanya mendengar penjelasan saya telah menyebabkan saya tidak dapat kesan adakah murid memahami atau tidak. Oleh itu, saya telah menyedar murid melakukan aktiviti dalam kumpulan manakala tugas saya sebagai fasilitator dan merumuskan apa yang telah dilakukan oleh murid adalah lebih berkesan. Begitu juga dengan teknik penyoalan juga amat penting. Semasa menjalani sesi soal jawab, suara yang lantang dan sikap yang tegas amat membantu saya untuk mendapat jawapan yang tepat.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Apabila saya dapati kelemahan dan kelebihan maka saya akan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan pengajaran, strategi memfokuskan kepada pemusatan murid amat memerlukan supaya saya dapat mengenalpasti murid-murid mengambil perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan maka strategi pemusatan guru akan kurang digunakan. Di sini saya perlu mempelbagaikan strategi pengajaran bagi menyampaikan ilmu yang berkualiti kepada murid-murid. Strategi yang dirancang hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid dan keadaan persekitaran bilik darjah. Kebolehan guru mempelbagaikan strategi pengajaran mampu menarik minat murid dan sesi p&p akan berlangsung dengan jaya.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

5 hari


6. Tindakan Susulan :

Saya memilih menggunakan suara yang lantang dan ketegasan semasa pengajaran dijalankan telah menyebabkan murid-murid mematuhi peraturan yang ditetapkan maka disiplin murid bertambah baik. Selain itu, saya telah dapati peka dengan kehendak dan keperluan murid serta layanan yang diberikan kepada murid hendaklah adil dan saksama kerana semua murid terasa dihargai dan minat mereka belajar terus dapat dipupuk. Oleh itu, saya akan kekalkan strategi yang dirasai sesuai dan menggunakan strategi yang baru untuk menambahbaikkan lagi pengajaran dan pembelajaran.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :




9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :


3. MASALAH DALAM MENGAJAR




Program
: KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 2)
Sekolah
: SJKC MING CHIH
Fasa Praktikum
: 2
Minggu Praktikum
: 4
Tarikh
: 03-02-2014
Tajuk
: MASALAH DALAM MENGAJAR
Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya berasa saya tidak mendapat pengetahuan yang secukupnya tentang matapelajaran Bahasa Cina seperti dalam intonasi membaca pantun.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya hanya mengutamakan kelajuan dalam membaca tepai telah mengabaikan intonasi yang sepatutnya dalam membaca pantun.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

-


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya akan melayari internet untuk menyelidikan cara membaca pantun yang betul.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

-


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :




9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :



4. KELEMAHAN MURID DALAM MENGUASAI TAJWID AL-QURAN




Program
: PISMP
Pengkhususan / Opsyen
: 2011 / 01 - PA /B.ARAB/AL-QURAN
Sekolah
: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TANGKAK
Fasa Praktikum
: 3
Minggu Praktikum
: 1
Tarikh
: 26-01-2014
Tajuk
: KELEMAHAN MURID DALAM MENGUASAI TAJWID AL-QURAN
Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa orang murid tahun 5 Intan kurang menguasai tajwid di dalam tajuk tilawah al-quran. Ini adalah kerana saya mendapati terdapat antara mereka yang tersekat-sekat dan kurang yakin untuk membaca al-quran.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang kurang menguasai tajwid di dalam tajuk tilawah al-quran. Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya. Apabila meniliti segala permasalahan yang wujud di kelas ini, diagnosis perlu dijalankan ke atas diri setiap murid untuk mengetahui tahap kebolehan dan kecenderungan dalam diri setiap murid.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Hasan (1981) apa yang disebut fitrah di dalam al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan sifat-sifat dan potensi manusia.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :- i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video. ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan. iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan pembetulan iaitu mendapatkan bahan berbentuk video yang berkaitan dengan pengajaran al-quran yang saya ingin ajar, kemudian menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video tersebut.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

02-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang lebih menguasai bacaan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan.



5. PENGGUNAAN JADUAL NILAI TEMPAT DALAM PENGIRAAN PENAMBAHAN

:
Program
: PISMP
Pengkhususan / Opsyen
: 2011 / 01 - MATE / BI / BM
Sekolah
: SK BANDAR TANGKAK
Fasa Praktikum
: 3
Minggu Praktikum
: 2
Tarikh
: 05-02-2014
Tajuk
: PENGGUNAAN JADUAL NILAI TEMPAT DALAM PENGIRAAN PENAMBAHAN
Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran di kelas 3 Berlian dalam matapelajaran matematik. Saya mendapati saya telah menggunakan jadual nilai tempat untuk mengajar topik penambahan sebarang dua nombor dalam lingkungan 10 000 tanpa mengumpul semula. Semasa fasa persediaan, tumpuan adalah memuaskan, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang baik. Semasa fasa perkembangan pula, saya telah menggunakan satu jadual nilai tempat untuk melakukan proses penambahan. Saya mendapati fasa perkembangan sedikit terganggu kerana saya melukis sendiri jadual nilai tempat di papan putih di hadapan kelas, Oleh yang demikian, saya tidak sempat untuk menghabiskan sesi perkembangan kerana saya perlu melukis jadual nilai tempat pada setiap latihan yang saya bagi kepada murid.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca berlakunya saya melukis jadual nilai tempat dengan lambat kerana saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang sepatutnya untuk dijadikan sebagai alternatif bagi memudahkan saya melakukan penambahan. Antara kesan yang saya dapati ketika saya tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai ialah saya tidak dapat menguruskan masa dengan baik. Hal ini akan menyebabkan aktiviti yang saya rancangkan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Susie (2012) dalam kajiannya terhadap murid pemulihan tahun 3 yang telah mengalami masalah dalam kemahiran penolakan dengan mengumpul semula. Beliau telah menggunakan kaedah Petak Asas Nilai Tempat (PANT) untuk membantu menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan alternatif yang sesuai bangi penyelesaian masalah yang tersebut. Alternatif tersebut ialah saya menghasilkan bahan bantu mengajar yang boleh di guna pakai untuk semua tajuk pengiraan nombor dengan menghasilkan Jadual Nilai Tempat yang dihasilkan daripada kad manila disampul dengan plastik lutsinar supaya setiap hasil pengiraan murid boleh di padam dan ditulis semula.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan dengan menggunakan jadual Nilai Tempat yang saya bina untuk pengajaran topik yang seterusnya iaitu penambahan sebarang 3 nombor tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

10-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya akan menyediakan beberapa set Jadual nilai tempat yang boleh dipadam dan diguna semula untuk topik pengajaran yang seterusnya iaitu penambahan sebarang tiga nombor dengan mengumpul semula. Saya akan menggunakan bahan tersebut semasa semasa fasa imaginasi bagi pengajaran yang berikut.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya akan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah yang berlaku di dalam kelas saya. Saya juga akan memaksimumkan penggunaan bahan tersebut supaya murid- murid dapat diberi kefahaman yang betul tentang objektif yang ingin saya capai pada masa tersebut. Halangan yang saya hadapi ialah bahan- bantu mengajar yang saya buat tidak kekal dan mudah rosak



6. KELEMAHAN MURID DALAM MENGUASAI TAJWID AL-QURAN



Program
: PISMP
Pengkhususan / Opsyen
: 2011 / 01 - PA /B.ARAB/AL-QURAN
Sekolah
: SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR TANGKAK
Fasa Praktikum
: 3
Minggu Praktikum
: 2
Tarikh
: 06-02-2014
Tajuk
: KELEMAHAN MURID DALAM MENGUASAI TAJWID AL-QURAN
Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu lepas, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya dapati terdapat beberapa orang murid tahun 5 Intan kurang menguasai tajwid di dalam tajuk tilawah al-quran. Ini adalah kerana saya mendapati terdapat antara mereka yang tersekat-sekat dan kurang yakin untuk membaca al-quran.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Berdasarkan kepada isu yang telah saya kenal pasti, saya telah melakukan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :- i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video. ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan. iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Hasan (1981) apa yang disebut fitrah di dalam al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan sifat-sifat dan potensi manusia.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :- i) Menghasilkan bahan bantu mengajar yang mengandungi video. ii) Mewujudkan aktiviti kumpulan. iii) Menggunakan pendekatan gaya yang lebih menarik perhatian murid.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Berdasarkan kepada isu yang telah saya kenal pasti, saya telah melakukan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut. Dengan ini, alternatif yang telah saya ambil menunjukkan perubahan yang positif pada diri mereka. Oleh yang demikian, saya akan meneruskan sikap ini pada masa akan datang.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

09-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Tindakan yang telah dilaksanakan dengan menggunakan cadangan penyelesaian yang telah saya kenal pasti telah memberi impak yang positif, ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan murid yang lebih menguasai bacaan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tilawah al-quran.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya merasa berpuas hati dengan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang telah saya sampaikan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang telah saya hasilkan. Pendekatan ini mampu menarik serta mengekalkan minat pelajar terhadap pengajaran yang saya sampaikan


7. MISKONSEPSI MURID DALAM MEMBUAT PENOLAKAN


:
Program
: PISMP
Pengkhususan / Opsyen
: 2011 / 01 - MATE / BI / BM
Sekolah
: SK BANDAR TANGKAK
Fasa Praktikum
: 3
Minggu Praktikum
: 4
Tarikh
: 16-02-2014
Tajuk
: MISKONSEPSI MURID DALAM MEMBUAT PENOLAKAN
Kategori
: Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya telah mengajar matematik Tahun 3 Berlian dalam topik tolak sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semula. Saya telah menggunakan bahan bantu mengajar iaitu manik, dekak- dekak untuk mengajar penolakan tanpa mengumpul semula. Manakala untuk penolakan mengumpul semula saya telah menggunakan kad blok asas di dalam kelas. Semasa demonstrasi penolakan menggunakan kad blok asas. Saya mendapati murid- murid 3 Berlian boleh memahami bagaimana proses penolakan mengumpul semula berlaku. Akan tetapi, setelah saya membuat penilaian terhadap kerja rumah yang telah mereka siapkan, saya mendapati bahawa masih terdapat miskonsepsi murid- murid terhadap operasi tolak dalam bentuk lazim. Mereka masih tidak memahami mengapa proses pinjaman berlaku ketika membuat operasi tolak dalam bentuk lazim.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca berlakunya miskonsepsi murid ini berlaku ialah saya mendapati bahawa saya hanya menunjukkan penolakan dengan blok asas hanya dua kali sahaja. Murid- murid tak dapat membuat perkaitan antara bahan- bahan maujud yang telah ditunjukkan dihadapan dengan bentuk lazim yang mereka buat dalam latihan yang saya berikan. Hal ini akan menyebabkan saya perlu mengulang semula objektif pembelajaran suapaya mereka dapat membuat penolakan dengan bentuk lazim.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Hiebert dan Wearner (1996) mengatakan bahawa salah satu cara untuk menggalakkan murid untuk membuat rujukan dan perwakilan berkenaan adalah dengan menggunakan “based ten block” dan menulis nombor bagi permasalahan yang terdapat dalam soalan penolakan dengan mengumpul semula tersebut.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh saya, saya mencadangkan beberapa alternatif dalam penyelesaian masalah tersebut. Antaranya ialah: i) menggunakan beberapa kali kad blok asas dalam membuat sebarang penolakan mengumpul semula. ii) menyelesaikan beberapa soalan dengan menggunakan kedua- dua cara iaitu bentuk lazim dan kad blok asas iii) memberi penerangan tentang bagaimana pengumpulan semula berlaku dan proses pinjaman terjadi dalam membuat pengiraan dalam bentuk lazim


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan mengambil tindakan penambahbaikan pada pengajaran saya yang seterusnya. Tindakan susulan yang saya akan buat ialah saya perlu menerangkan kembali beberapa kembali bagaimana membuat operasi penolakan dengan menggunakan kad blok asas supaya mereka dapat mengukuhkan konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Hal ini akan membantu mereka dalam membuat operasi tolak.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

20-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Saya akan mengambil tindakan penambahbaikan iaitu dengan apabila menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad blok asas, saya akan menggunakannya secara maksima di dalam kelas. Hal ini dapat membantu pemahaman tentang proses menolak dengan mengumpul semula.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, dengan menggunakan bahan bantuk mengajar yang sesuai, saya dapat memberi pemahaman yang jelas kepada murid terhadap konsep matematik. Saya perlu mementingkan pemahaman konsep murid- murid terhadap sesuatu operasi matematik itu berlaku. Pemahaman ini penting bagi memastikan murid belajar matematik yang bermakna.



No comments:

Post a Comment