Saturday, 30 March 2013

Hatyai, Thailand Dalam Kenangan




Video ini dirakam pada 28 Mac 2013. Hatyai, Thailand  dalam kenangan memberikan gambaran sepintas lalu perjalanan dari Padang Besar, Perlis  ke Bandar Hatyai melalui jalan darat. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh kira-kira 100 km. Untuk ke bandar ini, beberapa pekan dan bandar kecil dilalui. Sebuah bandar  yang di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perkhidmatan dan perhotelan. Melalui Hatyai juga pengunjung boleh terus ke Songkhla dan juga Yala. Jalan yang dilalui  menggunakan lebuh raya tanpa dikenakan sebarang tol.Tapi perlu berhati-hati kerana harga petrol di Thailand adalah berbeza-beza. Ada stesen minyak menjual dengan harga 40 bat/liter (RM4.00/liter). Ada juga yang menjual dengan harga 50 bat (RM5.00/liter). Harga tak sama. Jadi kalau berhajat ke sini, tangki minyak kenderaan perlu dipenuhkan di Malaysia.

No comments:

Post a Comment