1. Masalah /
Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah kawalan murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana, Sekolah Lelaki Bandar
merupakan sekolah yang mempunyai murid lelaki sahaja, masalah pengawalan
kelas juga adalah berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah menjalani
praktikum sebelum ini. Murid-murid lelaki lebih gemar melakukan aktiviti yang
berbentuk amali berbanding aktiviti yang biasa dijalankan disetiap pengajaran
dan pembelajaran yang lain. Mereka akan mula mengganggu rakan-rakannya yang
lain apabila bosan. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran yang bakal berlansung.
2. Analisis
Minggu
ini merupakan minggu yang terakhir bagi tempoh pelaksanaan penyelesaian
masalah kwalan murid. Alhamdulillah,
murid-murid semakin menunjukkan prestasi yang baik bagi faktor pengawalan
kelas. Saya selaku guru mereka, perlu lebih peka dan mengambil berat tentang
keperluan anak-anak murid saya. Oleh
itu, murid-murid akan memberikan kerjasama yang baik kepada saya sepanjang
sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a.)
Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza
sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya.
b.)
Saya perlu mula menggunakan penegasan dengan
murid-murid tetapi tidak menghilangkan
minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran berlansung.
c.)
Saya perlu sentiasa memahami masalah serta keperluan
murid-murid supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan seperti yang
telah dirancang.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima
minggu keranamasalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah
ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
secepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat
dicapai sepenuhnya oleh guru.
|
No comments:
Post a Comment