JURNAL (Minggu Keempat)
Bilangan Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
4/12
Minggu kelima
20 Februari 2013
Murid
tidak fokus dengan arahan guru
|
|
1. Masalah / Peristiwa
Hari ini
(20 Februari 2013) saya telah menghadapi murid
tidak membuat perkara yang diarahkan oleh guru. Terdapat aktiviti
yang telah dirancangkan terganggu disebabkan murid ini bermain semasa
diminta membuat aktiviti dalam kumpulan.
Hal ini menimbulkan masalah bagi rakan-rakan yang lain kerana mereka
terganggu dengan murid berkenaan dan kerja kumpulannya juga lewat siap kerana
murid berkenaan tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya.
2. Analisis
Masalah ini timbul semasa aktiviti tampal
menampal dalam kumpulan dilakukan. Walaupun murid berkenaan menerima tugasan
tersebut, namun dia tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada rakan yang
lain. Dia bermain dengan alatan dan bermain denngan kertas-kertas yang
diberikan. Apabila ditegur, murid tersebut
berhenti seketika namun selepas guru beredar, dia mula membuat
kerjanya sendiri. Murid terbabit juga selalu menjawab dan menganggap guru
sebagai rakan sehingga dia menganggap arahan guru segai sesuatu yang tidak
serius.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)
Saya perlu lebih tegas terhadap murid tersebut. Saya
akan memberikan lebih perhatian terhadapnya supaya dia akan lebih fokus
semasa di dalam kelas dan memberikan kerjasama kepada rakan-rakan kumpulan
yang lain.
b.)
Saya juga mungkin boleh memberikan peneguhan negatif terhadap murid yang
bermasalah dengan membuat dendaan supaya kelas tersebut menjadi lebih
berdisiplin.
c.)
Guru boleh cuba membuat
sistem token terhadap tingkah laku murid supaya mereka lebih cenderung
untuk bertingkah laku baik di dalam kelas.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat
mungkin. Ini adalah kerana pada kelas yang akan datang, kelas tersebut
akan mula membuat amali dan mereka perlu sentiasa dipantau. Bagi mengelakkan
sebarang kecederaan, murid-murid yang bermasalah perlu diberikan perhatian
dan peraturan yang lebih supaya mereka lebih berhati-hati semasa membuat
kerja amali. Selain itu, kerja amali juga akan berjalan dengan lancar
mengikuti perancangan dan objektif guru.
|
|||
|
|||
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama : .............................................
Tarikh
:
.............................................
|
||
No comments:
Post a Comment