Bilangan Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
4/12
Minggu keempat
18 Februari 2013–22 Februari 2013
Murid mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
|
|
1. Masalah /
Peristiwa
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah murid mengambil masa yang lama untuk meyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Perkara ini terjadi selepas beberapa pemerhatian yan g saya lakukan terhadap
beberapa kelas yang berbeza tetapi hasil pemerhatian yang saya perolehi
adalah sama.
Murid mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan
sesuatu tugasan yang diberikan. Pemerhatian saya adalah berdasarkan beberapa
tugasan yang saya berikan kepada amereka iaitu untuk membuat satu lakaran mengenai bingkai gambar, murid mengambil
masa yang sangat lama untuk meyiapkan tugasan tersebut.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana mereka
sering berbual bersama – sama dengan rakan sebelah menyebelah. Murid
akan terleka dan akan mengambil masa yang lama untuk meyiapkan tugasan yang
diberikan. Selain itu, mereka kurang memahami tugasan yang diberikan oleh
guru tetapi mereka takut untuk bertanya dengan guru. Sebaliknya mereka kebih
memilih untuk tidak bersuara dan tidak bertanyakan permasalahan mereka kepada guru yang
mengajar.
Permasalahan ini sedikit sebanyak memberi impak yang
negatif kepada saya dan guru – guru pelatih yang lain. Permasalahan ini
terjagi kerana mereka kurang rangsangan daripada grur – guru. Guru – guru
seharusnya memberi peneguhan yang positif kepada murid yang dapat menyiapkan
tugasan pada masa yang ditetapkan dengan baik dan kemas. Secara tidak
langsung itu dapat mendorong mereka untuk menyiapkan tugasan yang diberi
tepat pada masanya dengan betul, kemas dan menepati kehendak tugasan yang
diberi tersebut.
Mereka sentiasa berada di dalam zon berehat dan berada
di zon yang selesa. Perkara ini telah menyebabkan mereka selalu tidak dapat
menyiapkan tugasan pada masa yang saya telah tetapkan. Perkara ini berlaku
kerana guru tidak memberikan mereka ganjaran terhadap pelajar yang dapat
menjawab serta melengkap kerja tepat pada masanya serta betul dan kemas.
Menurut Albert Bandura pembelajaran bermula apabila
seseorang telah mula bertindak dengan sesuatu rangsangan. Oleh itu, murid –
murid akan bertindak mengikut rangsangan yang diberikan oleh guru. Rangsangan
tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu rangsangan
berbentuk ganjaran dan juga rangsangan daripada sistem arahan masa yang
memerlukan murid untuk menyiapkan tugasan dengan lebih cepat, kemas dan
betul.
Saya akan cuba untuk menerapkan kaedah ini kepada murid
– murid saya setiap kali mereka dapat melaksanakan tugasan dengan cepat,
kemas dan betul. Saya berharap agar dengan cara sebegini murid – murid akan
lebih teruja untuk menyiapkan tugasan mereka.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a.)
Saya perlu memberi tekanan kepada mereka untuk
memyiapkan tugasa dengan lebih pantas, betul dan juga kemas. Memberi tekanan
kepada mereka dengan mengira naik daripada 1 hingga ke 10, dengan cara ini
secara tidak langsung dapat mendorong murid untuk menyiapkan tugasan dengan
lebih cepat.
b.)
Saya akan menyediakan
ganjaran kepada mereka yang dapat menyiapkan tugasan tepat pada
masanya, betul dan kemas. Setelah menyemak jawapan murid yang dapat meyiapkan
tugasan dengan betul dan cepat akan diberikan ganjaran seperti hadiah, pujian
dan juga dorongan seperti bintang dan sebagainya.
Bibliografi
1) Azizi Yahaya.et.al (2005). “Psikologi Kognitif .” Johor :
Universiti Teknologi Malaysia.
|
|||
Disemak oleh Guru
Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
...........................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh
Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama .................................................
Tarikh
:
.............................................
|
Saturday, 2 March 2013
P2-Jurnal Minggu 4
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment