Sunday 3 March 2013

P6-Jurnal Minggu 3



JURNAL MINGGU KETIGA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
3
Minggu ketiga
4 hingga 8 Februari 2013
Masalah murid nakal dan degil

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi semasa memasuki kelas pada minggu ini ialah masalah murid yang nakal dan degil. Walaupun telah dimarahi guru berulang kali dan didenda, namun mereka tetap menujukkan sikap degil mereka dan langsung tidak menghormati guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Apabila guru mengajar di hadapan, mereka gemar membuat bising dan bermain sesama mereka.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana murid-murid sangat kurang ajar dan langsung tiada rasa hormat kepada guru. Masalah ini berpunca daripada didikan ibu bapa mereka sendiri yang tidak tahu menghormati orang lain dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak mereka.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Saya akan cuba mengubah sikap mereka yang kurang ajar kepada seorang yang pandai menghormati orang lain, terutamanya orang yang lebih tua seperti guru dan ibu bapa.
  b.)        Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain tentang cara yang mudah dan sesuai untuk membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid yang kurang mendapat didikan daripada ibu bapa, terutamanya murid orang asli.



4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima minggu kerana masalah ini bukanlah satu masalah yang kecil dan memerlukan masa yang agak panjang untuk diselesaikan. Selain menjurus ke arah masalah dalam pengajaran dan pembelajaran, masalah ini juga boleh menjurus ke arah masalah disiplin yang mana akan membawa kepada masalah yang lebih besar jika dibiarkan.




Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

No comments:

Post a Comment