JURNAL MINGGU KELIMA
Bilangan Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
5
Minggu kelima
25 Februari hingga 1 Mac 2013
Masalah
murid tidak mematuhi arahan guru
|
|
1. Masalah /
Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak mematuhi
arahan guru. Semasa guru memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan
teliti dan apabila guru meminta murid melakukan tugasan, hanya segelintir
murid sahaja dapat menyiapkan tugasan tepat pada masanya manakala murid yang
lain tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak
memahami apa yang perlu dilakukan.
2. Analisis
Masalah
ini timbul kerana murid tidak menumpukan sepenuh pehatian terhadap pengajaran
guru dan gemar berbual semasa guru sedang mengajar. Begitu juga semasa guru
memberikan arahan, murid tidak mendengar dengan teliti arahan yang diberikan
menyebabkan mereka tidak memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan. Oleh
itu, mereka tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a.)
Guru perlu sentiasa bergerak ke setiap ruang kelas agar
murid tidak membuat bising dan berbual semasa guru sedang mengajar.
b.)
Guru perlu menerapkan nilai tekun dalam diri murid agar
mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru dan
mendengar arahan guru dengan teliti.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu
agar murid-murid di sekolah ini dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dan dapat memahami dengan jelas apa yang ingin
disampaikan oleh guru.
|
|||
|
|||
Disemak oleh Guru
Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh
Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh
: .............................................
|
No comments:
Post a Comment