Saturday 23 March 2013

P6-Jurnal Minggu 6



JURNAL MINGGU KEENAM

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:

6
Minggu keenam
4 hingga 8 Mac 2013
Masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.
  b.)        Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan.
   c.)        Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.




4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.



Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................





No comments:

Post a Comment