Saturday, 2 March 2013

P5-Jurnal Minggu 4


Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
4
Minggu keempat
18 Februari 2013 hingga 22 Februari 2013
Masalah kawalan murid



1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah kawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana, Sekolah Lelaki Bandar merupakan sekolah yang mempunyai murid lelaki sahaja, masalah pengawalan kelas juga adalah berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah menjalani praktikum sebelum ini. Mereka bergurau sesama rakan mereka secara kasar dan jika berlaku perselisihan faham akan menyebabkan pergaduhan. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana saya tidak mempunyai pengalaman berdepan dengan murid-murid lelaki sahaja di dalam satu kelas.  Sikap mereka yang kasar dan nakal menyebabkan saya tidak dapat mengawal kelas dengan baik.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Saya perlu bertanya pendapat dan pandangan daripada guru-guru sekolah ini tentang cara untuk mengawal murid-murid lelaki.
  b.)        Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya.
  c.)        Saya akan meminta cadangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah saya tentang cara untuk menyelesaikan masalah kawalan murid ini.



4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima minggu kerana masalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi  secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

No comments:

Post a Comment