1. Masalah /
Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah kawalan murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana, Sekolah Lelaki Bandar
merupakan sekolah yang mempunyai murid lelaki sahaja, masalah pengawalan
kelas juga adalah berbeza dengan sekolah-sekolah yang saya pernah menjalani
praktikum sebelum ini. Murid-murid lelaki lebih gemar melakukan aktiviti yang
berbentuk amali berbanding aktiviti yang biasa dijalankan disetiap pengajaran
dan pembelajaran yang lain. Mereka akan mula mengganggu rakan-rakannya yang
lain apabila bosan. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran yang bakal berlansung.
2. Analisis
Sudah
empat minggu saya cuba menyelesaikan masalah kawalan murid ini. Setakat ini,
prestasi pengawalan kelas semakin memuaskan hati saya. Saya telah cuba
menggunakan pendekatan yang telah diajar oleh guru pembimbing saya, iaitu
Encik Abd Malek. Beliau mengesyorkan saya untuk menggunakan ketegasan dengan
murid-murid lelaki kerana jika menggunakan pendekatan yang lembut akan menyebabkan
murid-murid tersebut semakin kurang ajar sekaligus menyebabkan masalah
pengawalan kelas. Namun begitu, saya
perlu menggunakan kaedah yang berkesan untuk memastikan murid-murid tidak
hilang minat untuk belajar.
3. Cadangan
Tindakan Susulan
a.)
Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza
sekiranya pendekatan yang saya cuba lakukan tidak berjaya.
b.)
Saya perlu mula menggunakan penegasan dengan
murid-murid tetapi tidak menghilangkan
minat mereka untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran berlansung.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh lima
minggu keranamasalah pengawalan murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
ini akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya diselesaikan. Masalah
ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi
secepat mungkin,sudah tentu objektif yang telah
dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.
|
No comments:
Post a Comment