P3-Jurnal Minggu 6
JURNAL (Minggu keenam)
Bilangan Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
5/12
Minggu keenam
27 Februari 2013
Murid
tidak fokus dengan arahan guru(rentetan)
|
|
1. Masalah /
Peristiwa
Hari ini (27 Februari 2013) saya sekali lagi memasuki kelas ini.bagi pembelajaran pada hari ini, saya mula
melakukan tugasan amali di dalam kelas. Kelas ini perlu melalukan aktiviti
memotong kayu dan memaku. Walaupun secara keseluruhannya proses pembelajaran
dan pengajaran saya berjalan dengan lancar, tetap murid yang berkenaan masih
juga dengan keadaan yang sama di mana dia tidak fokus dengan arahan yang diberikan oleh guru.
Berdasarkan apa yang saya lihat,
pelajar berkenaan seakan-akan mahukan perhatian yang lebih daripada gurunya.
Dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki dan lebih gemar bergaul dengan pelajar
perempuan. Oleh sebab yang demikian, pelajar tersebut sengaja membuat sesuatu
itu untuk menarik perhatian guru.
Dalam kelas amali yang dijalankan, pada
mulanya pelajar berkenaan masih boleh mengikuti arahan guru dengan betul dan
masih bergaul dengan rakan-rakannya yang lain. Namun, apabila masuk ke
penghujung langkah iaitu mengikis kasar menggunakan kikir parut, dia mula
mengasingkan diri dari kawan yang lain dan melakukan aktiviti tersebut
bersendiri. Walaupun murid tersebut membuat aktiviti yang diarahkan, murid
tersebut lebih gemar membuat kikir parut seorang diri. Aktiviti yang
dilakukan adalah kurang tepat dan dalam keadaan yang agak membahayakan.
Apabila ditegur, dia akan membetulkan kedudukannya tetapi setelah beberapa
minit kemudian, pelaja tersebut mula berada dalam dunianya semula.
Oleh kerana pada pendapat saya dia
mungkin seorang pelajar yang lembut dan memerlukan perhatian yang lebih dari
guru, jadi saya bercadang
untuk meletakkan dia bersama kawan-kawan lelaki kelasnya supaya dia tidak
berada dalam dunianya sendiri dan dapat berubah menjadi seorang kanak-kanak
lelaki yang biasa. Setelah berbincang dengan pensyarah, mungkin jalan
ini boleh mengubah pelajar berkenaan supaya dapat menumpukan sepenuh
perhatian terhadap p&p guru. Saya berharap agar pelajar yang berkenaan
dapat berubah pada kelas yang akan datang apabila dimasukkan dengan kumpulan
lelaki yang lain di dalam kelasnya.
|
|||
|
|||
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama .............................................
Tarikh .............................................
|
No comments:
Post a Comment