Tuesday 26 February 2013

P9-Jurnal Minggu 1

Jurnal Minggu 1




SK Bandar Putra, Segamat





JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 1
(29.1.2013hingga1.2.2013)

NAMA PELAJAR                 P9
OPSYEN / KUMPULAN     :DPLI-SEJARAH
NAMA SEKOLAH                :SK BANDAR PUTRA, SEGAMAT
TARIKH                                 : 1 .2. 2013

1
Isu / masalah / peristiwa

Sukar untuk berjumpa dengan  guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)  dan  guru-guru  matapelajaran  yang berkenaan kerana bilik guru  yang  berasingan.
2
Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa


Perkara ini merupakan pengalaman pertama saya semasa berkhidmat disekolah,  yang  mana terdapat tiga bilik  guru  yang  berasingan.  Pada saya perkara ini suatu  yang praktikal di mana  guru-guru ditempatkan mengiku tkedudukan bilik darjah yang diajar. Perkara ini dapat menjimatkan masa guru-guru untuk sampai ke kelas. Tetapi bagi saya yang masih baru dengan keadaan ini menjadikan keadaan agak bercelaru di mana perlu mengingat nama guru dan tempat bilik gurunya. Tambah lagi, kebanyak kan guru-guru yang perlu dicari berlainan tempat bilik guru. Saya mengambil masa yang agak lama untuk berjumpa dengan guru-guru tersebut kerana setiap kali saya pergi mencarinya di bilik guru tetapi guru berkenaan tiada. Walau bagaimana  pun, perkara ini tidak mematahkan semangat saya untuk berjumpa dengan mereka dan berkat kerjasama yang diberikan rakan guru yang lain akhirnya saya dapat menemui dan berbincang dengan mereka.
3
Analisis isu / masalah / peristiwa

3.1 Punca / sebab

Lokasi bilik guru yang berasingan dan tidak menelefon atau membuat temujanji terlebih dahulu.

3.2 Kekuatan / kelemahan

Saya tidak berputus asa untuk mencari guru-guru yang berkenaan sehinggalah saya berjaya berjumpadengan kesemuanya pada minggu pertama. Walau bagaimana punsaya mengambil langkah yang lama untuk menghubungi guru-guru berkenaan dengan menggunakan talian telefon. Sepatut nya saya bertindak lebih awal menggunakan kaedahini.
4
Cadangan idea untuk menyelesaikan isu

Pada masa akan datang, saya perlu lebih peka dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang  ada dan bekerja dengan lebih smart. Perkara ini penting untuk menguruskan sesuatu kerja dengan lebih sistematik dan praktikal.

No comments:

Post a Comment