Tuesday 12 February 2013

P4-Jurnal Minggu 1



P4-BILANGAN JURNAL    : 1
MINGGU PRAKTIKUM       : 1
TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN : 21 JANUARI 2013 – 25 JANUARI 2013
TAJUK JURNAL      : PENGENALAN TENTANG SEKOLAH

1.0 Masalah/ Peristiwa

            Minggu ini merupakan minggu pertama saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang.Ini merupakan praktikum fasa ketiga.Praktikum fasaketiga ini ialah selama 3 bulan.Di sekolah tersebut saya dan tiga orang lagi rakan dikehendaki untuk mengajar matapelajaran KemahiranHidup dan PendidikanBahasaMelayu sebanyak 10 masa.Pada praktikum kali ini sayadiamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup bagi tahun 4,5 dan 6. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pula saya dikehendaki mengajar kelas tahun 5.

            Pada hari pertama di SK Bandar T6 ini, saya bersama rakan-rakan praktikum melapor diri kepada Puan Sharifah Bibi, Guru Penolong Kanan 1 SK Bandar T6. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau.Selepas itu, kami diperkenalkan kepada beberapa orang staf di pejabat..Kami turut dibawa berjumpa berjumpa dengan Encik Kamarudin Guru Kanan Hal EhwalMurid SK Bandar T6. Guru Sk Bandar T6 PuanRubiah memperkenalkan guru pelatih kepada semua guru SK Bandar T6 dan memberikan tempat duduk di bilik guru.Selepas waktu rehat kami telah melawat persekitaran sekolah dan meninjau kedudukan kelas.Ini bagi memudahkan kami apabila jadual waktu diperoleh nanti.Pada hari pertama juga kami telah berusaha mencari bahan untuk menyiapkan portfolio.Sebelum pulang kami telah berjumpa dengan guru kaunseling bagi berbincang mengenai aktiviti dan program yang perlu dikendalikan untuk murid tahun 1 dantahun 2 pada hari rabu (23 Januari 2013),pada pukul 1.15 petang-2.15 petang.Program ini bersempena dengan Majlis pemberian wang bantuan awal persekolahan RM100.

            Pada hari kedua kami telah mengadakan mesyuarat bersama bersama Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan Hal EhwalMurid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Masriana (Guru pembimbing 1), Cikgu Ihwani (Guru Pembimbing 2).Guru Besar menceritakan latarbelakang sekolah dan menyamapaikan hasrat KetuaSetiausaha Negara Dato’ Ali Hamzah yang mahukan guru melakukan lonjakan luar kelaziman untuk mengubah orang Melayu.Ia juga bagi mengubah pelajar supaya boleh bercakap secara spontan di khalayak ramai dan dapat membuahkan idea fikiran.Pemantauan dan penyelian akan dipantau oleh pensyarah, guru pembimbing dan Guru Besar.Bagi aspek disiplin pula kami diingatkan agar kehadiran datang sekolah sekurangnya 15 minit awal.Jika tidak datang sekolah mestilah mempunyai MC(medical leave). Kehadiran mestilah sekurang-kurangnya 80%.Buku log/RPH mestilah sentiasa ditulis.Bagi aktiviti sekolah pula guru pelatih mestilah melibatkan diri.Selepas mesyuarat selesai kami telah berjumpa dengan Guru PenolongKanan Kokurikulum untuk menetapkan pemilihan guru penasihat bagi permainan, kelab&persatuan dan unit uniform.Selepas waktu rehat kami telah melawat bengkel Kemahiran Hidup bersama guru pembimbing.

            Pada hari ketiga Berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1, Puan SharifahBibi dan memperoleh draf jadualwaktu dan diberitahu kelas yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran masih belum boleh dijalankan kerana rombakan jadual masih belum dibuat sepenuhnya.Pada sebelah pagi kami telah menghadiri perjumpaan aktiviti kelab&persatuan .Sayatelah dilantik sebagai guru penasihat kelab doktor muda.Selepasselesaiperjumpaan, sayabersamaSaudariNursyaffizaberjumpadengan guru pembimbing PuanIhwani bagi berbincang mengenai praktikum selama 3 bulan ini.Selepas itu saya berjumpa dengan guru BahasaMelayu 5 Cekal (PuanHapizah) bagi berbincang mengenai tajuk yang akan diajar dan mengenai keadaan kelas dan murid tahun 5 Cekal. Saya juga telah meminjam Rancangan Pengajaran Tahunan untuk diphotostat.Selepas waktu rehat saya telah berjumpa dengan guru KemahiranHidup 6 Usaha (Encik Kamal Ariffin) dan berjumpa dengan guru KemahiranHidup 5 Gigih (EncikNadzri) bagi membincangkan perkara yang sama. Sebelum pulang kami telah dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan murid tahun 1 dan tahun 2 dengan aktiviti mewarna sewaktu Majlis Penyerahan wang bantuan persekolahan RM 100. Kami juaga sempat berjumpa Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bagi mendapatkan buku peraturan sekolah.

            Pada hari keempat merupakan cuti peristiwa bagi HariKeputeraan Rasullulah.Pada hari ini kami telah menyiapkan buku Rancangan Pengajaran Harian.

            Pada hari kelima, Bacaan Yaasin dan majlis penyampaian tazkirah telah dilakukan. Selepasitu kami telah menghantar bahan untuk diphotostat bagi mengendalikan aktiviti murid tahun 1 dan 2.Kami juga telah mencari bahan untuk aktiviti bagi mengendalikan murid tahun 1 dan 2 di bilik SAC.Selepas waktu rehat saya telah berjumpa guru Kemahiran Hidup tahun 4 (EncikIsnin bin Panot)bagi membincangkan tentang tajuk yang bakal diajar dan keadaan kelas dan murid tahun 6 Usaha.Saya juga telah meminjam Rancangan PengajaranTahunan.Pada sebelah petangnya kami telah datang ke sekolah bagi mengendalikan murid tahun 1 dan tahun 2. Kami telah menjalankan aktiviti pertandingan mewarna, aktiviti cerdas matematik dan Bahasa Melayu dan melakukan aktiviti nyanyian

            Pada minggu ini jadual waktu masih belum diperoleh idan kami masih belum masuk ke kelas bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.



Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan  : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh             : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan  : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................




No comments:

Post a Comment