Tuesday 5 February 2013

P2-Jurnal Minggu 1



Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
1/8(P2)
Pertama
21 Januari -  25 Januari 2013
Minggu pertama di SK Bandar T6

Analisis :

Minggu ini merupakan minggu pertama saya di Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang. Saya berasa amat berbesar hati untuk kesekolah ini kerana sekolah ini berdekatan dengan tempat tinggal saya. Sekolah ini merupakan sekolah yang ketiga bagi saya melakukan latihan mengajar.

Pada hari pertama saya berada disekolah ini saya di beri layanan yang cukup baik dan mesra. Saya disambut mesra oleh guru penolong kanan kurikulum, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid da juga staf – staf yang lain disekolah ini termasuklah murid – murid sekolah. Pada hari pertama kami lebih banyak menghabiskan masa dengan melawat sekolah, bilik – bilik khas dan juga kelas – kelas mengikut tahun. ini adalah untuk mmudahkan kami mengingati kedudukan kelas yang bakal diajar kelak.

Pada hari kedua, guru besar telah memanggil kami untuk mengadakan mesyuarat bersama – sama guru besar, guru penolong kanan ko – kurikulum, guru penolong kanan kurikulum, guru penolong kanan hal ehwal murid dan juga dguru – guru pembimbing. Pelbagai perkara yang diingatkan oleh tuan guru besar terutamanya mengenai disiplin diri, kehadiran dan banyak lagi. Kami berjumpa dengan guru pembimbing masing – masing iaitu Cik Normasriana bt Mohd Noor.

Pihak sekolah menghadapi sedikit masalah mengenai pembahagian jadual waktu kepada semua guru pelatih. Ini menyebabkan segala aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar. Pihak sekolah menyediakan jadual kami hanya mempunyai matapelajaran major. Selepas tiu, jadual di buat semula tetapi bilangan matapelajaran minor lebih banyak berbanding matapelajaran major iaitu 10 waktu Bahasa Melayu dan 2 waktu Kemahiran Hidup. Pembahagian seperti ini tidak menepati kehendak yang telah digariskan oleh Unit Praktikum di IPG. Selain itu, di sekolah ini bagi matapelajaran Kemahiran Hidup mereka memecahkan masa tersebut supaya seminggu matapelajaran Kemahiran Hidup terdapat 2 hari. Situasi ini akan memberi impak kepada guru – guru pelatih. Oleh itu, pihak sekolah masih lagi mengusahakan menyusun jadual waktu yang ideal bagi kami guru – guru pelatih.

Pada minggu ini juga kami dikehendaki mengawal kelas bagi tahun satu dan dua. Kami perlu menggantikan guru – guru pada sebelah petang kerana terdapat beberapa program yang tidak dapat dielakkan iaitu pada hari Rabu terdapat majlis penyerahan duit awal persekolahan dan pada hari jumaat terdapat program permentoran yang melibatkan semua guru. kami dilantik supaya mengawal kesemua murid tahun satu dan dua. Kami dapat menjalankan tugasan ini dengan baik dan berkesan.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................










No comments:

Post a Comment