Wednesday 27 February 2013

P7-Jurnal Minggu 1


JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE (1) PERTAMA
                        ( 29 JAN 2013 hingga 1FEB 2013 )

            NAMA PELAJAR     :           SITI HALIJAH BINTI MD SALLEH
            OPSYEN / KUMP    :           DPLI SEJARAH
            NAMA SEKOLAH    :           SK BANDAR PUTRA, SEGAMAT
            TARIKH                     :           1 Feb 2013


1
Isu / Masalah / Peristiwa

      
           Masalah yang saya hadapi untuk minggu pertama praktikum ini adalah masalah berkaitan dengan cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, tempat dan suasana baru di sekolah. Masalah yang kedua adalah sukar untuk mendapatkan peluang untuk bertemu dengan guru-guru yang jadualnya diambil alih oleh saya.

2
Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa


          Bagi masalah berkaitan dengan cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, tempat dan suasana baru di sekolah, saya merasakan ia adalah masalah biasa bagi setiap pelajar yang baru memasuki satu tempat baru dan saya menganggapnya sebagai satu cabaran buat saya untuk berani dan bijak untuk menghadapi suasana baru.

          Masalah kedua adalah lebih kepada kekangan masa di mana saya merasakan sukar untuk bertemu dengan guru-guru ini kerana masing-masing sibuk dengan tugasan harian dan saya merasakan bahawa itu juga perkara biasa di sekolah.
3
Analisis isu / masalah / peristiwa

3.1       Punca / sebab

                    
           Bagi masalah yang pertama saya merasakan bahawa bentuk muka bumi kawasan sekolah yang berbukit-bukit menyebabkan bangunan sekolah di dirikan mengikut ciri bentuk muka buminya dimana bangunan sekolah adalah berbentuk satu bulatan.

           Bagi masalah yang kedua, punca menyebabkan saya sukar untuk bertemu guru-guru berkaitan adalah kerana bilik gurunya yang terletak jauh antara satu sama lain. Sekolah mempunyai 3 bilik guru dan disebabkan guru tidak diletakkan dalam satu bilik guru yang sama menyebabkan sukar untuk bertemu dengan mereka. Selain itu disebabkan minggu ini sekolah mempunya 2 program besar menyebabkan setiap guru begitu sibuk dengan tugasan masing-masing.


3.2       Kekuatan / kelemahan

           
           Biarpun begitu, masalah yang saya hadapi ini telah memberi kekuatan buat saya dan memberi kelebihan buat saya untuk mengenali keadaan persekitaran sekolah. Bukan itu sahaja, bahkan saya lebih cepat mengenali guru-guru di sekolah dan berinteraksi baik dengan mereka. Apa yang lebih baik lagi adalah semua guru-guru di sekolah adalah sangat baik dan peramah serta tidak lokek untuk berkongsi pengetahuan dengan saya dan rakan. Masing-masing menjawab dengan mesra apabila saya bertanyakan sesuatu perkara dan saya sangat gembira dan berpuas hati dengan apa yang berlaku.

4
Cadangan idea untuk menyelesaikan isu

        
           Bagi menyelesaikan masalah yang pertama saya dan rakan membuat lawatan di sekitar kawasan sekolah dan meninjau bilik-bilik darjah untuk lebih membiasakan diri dengan suasanan dan persekitaran sekolah. Bagi masalah kedua cara untuk menyelesaikan masalah adalah dengan meminta nombor telefon guru berkenaan dan membuat temujanji untuk bertemu dengan mereka.

5
Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu

            
          Tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah adalah 2 hari sebelum seisi persekolahan pada minggu hadapan supaya minggu hadapan P&P saya lebih terancang dan mudah untuk saya membuat persediaan.

6
Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan


             Langkah-langkah untuk lebih berinteraksi dan banyak bertanya akan terus saya lakukan supaya dapat cepat menyesuaikan diri dan terbiasa dengan keadaan di sekolah.
7
Tindakan susulan

            
           Tindakan susulan yang saya akan lakukan adalah akan lebih bergerak pantas dan belajar suasana baru dan tidak malu bertanya.

No comments:

Post a Comment