Tuesday 19 February 2013

P6-Jurnal Minggu 1



P6-JURNAL MINGGU PERTAMA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
1
Pertama
21 hingga 25 Januari 2013
Minggu Pertama di SK Lelaki Bandar

            Pada hari pertama, saya bersama pasangan praktikum, Nur Zafira Bt Azhar  telah melapor diri kepada Tn. Hj. Ahmad Bin Kamari, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Setelah memperkenalkan diri dan menyerahkan surat pengenalan diri kepada beliau, kami telah diarahkan untuk mengikuti perhimpunan di dewan sekolah. Semasa perhimpunan, kami telah diperkenalkan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Kami berasa gembira kerana kedatangan kami disambut dengan baik oleh warga sekolah.

            Setelah perhimpunan selesai, kami diperkenalkan kepada guru pembimbing kami, iaitu En. Abd Malek Bin Mohd Noor, guru Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Kemudian, kami dibawa berjumpa Guru Besar dan GPK 1 untuk mendengar sedikit taklimat daripada beliau berkaitan dengan sejarah, organisasi dan budaya sekolah, latar belakang murid dan masyarakat setempat, pengelolaan aktiviti kokurikulum serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

      Selepas mendengar taklimat daripada Guu Besar dan GPK 1, guru pembimbing telah membawa kami ke bilik guru dan memperkenalkan semua guru SK Lelaki Bandar kepada kami. Setelah berkenalan dan beramah mesra dengan semua guru, guru pembimbing telah menunjukkan meja kami dan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester serta memberikan kami jadual waktu yang telah disediakan oleh GPK 1.

            Pada hari pertama, kami telah berjalan mengelilingi kawasan sekolah untuk melihat kedudukan kelas dan kemudahan yang ada untuk memudahkan kami merancang pergerakan dan pengajaran yang akan dilaksanakan apabila mula memasuki kelas kelak. Kami juga telah berjumpa dengan guru SPBT SK Lelaki Bandar untuk mendapatkan buku teks Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu untuk kami jadikan rujukan tambahan dalam menghasilkan RPH.

 Bermula pada hari pertama lagi kami telah memasuki kelas namun pada minggu ini kami hanya berkenalan dengan murid dan tidak mengajar. Untuk praktikum kali ini, kami telah mendapat dua belas waktu dan setiap minggu kami perlu menyiapkan sebanyak enam RPH. Oleh itu, kami telah menggunakan masa yang terluang untuk berjumpa dengan guru yang terlibat bagi membincangkan tajuk yang perlu kami ajarkan kepada murid untuk membolehkan kami menyediakan Rancangan Pengajaran Semester.

Pada hari kedua, kami telah mula menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kerana walaupun sepanjang minggu ini kami tidak perlu mengajar, namun RPH tetap perlu disiapkan. Oleh itu, kami telah menggunakan masa di sekolah sepenuhnya untuk menyiapkan enam RPH bagi minggu ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................


No comments:

Post a Comment