Tuesday 19 February 2013

P5-Jurnal Minggu 1

P5-JURNAL MINGGU PERTAMA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
1
Pertama
21 hingga 25 Januari 2013
Minggu Pertama di SK Lelaki Bandar

            Hari pertama saya menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar, saya bersama pasangan praktikum, Nuraniza Binti Hassan  telah melapor diri kepada Tn. Hj. Ahmad Bin Kamari selaku Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Selepas selesai sesi melaporkan diri, kami telah diarahkan untuk menyertai perhimpunan di dewan sekolah. Semasa perhimpunan, kami telah diminta untuk memberikan ucapan di hadapan warga Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar. Mujur kami telah dilatih untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.

            Selepas selesai perhimpunan mingguan, kami berdua telah dibawa oleh Guru Penolong Kanan 1 kami, iaitu Encik Kamaruddin untuk berjumpa dengn guru pembimbing kami iaitu En. Abd Malek Bin Mohd Noor.  Kemudian, kami dibawa ke kantin sekolah untuk diberi serba-sedikit taklimat berkaitan dengan sejarah, organisasi dan budaya sekolah, latar belakang murid dan masyarakat setempat, pengelolaan aktiviti kokurikulum serta maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

      Selepas selesai sesi taklimat, guru pembimbing telah membawa kami berdua ke bilik guru dan memperkenalkan semua guru SK Lelaki Bandar kepada kami. Setelah berkenalan dan beramah mesra dengan semua guru, guru pembimbing telah menunjukkan meja kami dan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester serta memberikan kami jadual waktu yang telah disediakan oleh GPK 1.

            Pada hari pertama, kami telah berjalan mengelilingi kawasan sekolah untuk melihat kedudukan kelas dan kemudahan yang ada untuk memudahkan kami merancang pergerakan dan pengajaran yang akan dilaksanakan apabila mula memasuki kelas nanti. Kami juga telah berjumpa dengan guru SPBT SK Lelaki Bandar untuk mendapatkan buku teks Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu untuk kami jadikan rujukan tambahan dalam penghasilkan RPH.

 Pada hari pertama lagi kami telah mula memasuki kelas namun pada minggu ini kami hanya berkenalan dengan murid dan tidak mengajar. Bagi praktikum kali ini, kami telah diberi dua belas waktu dan setiap minggu kami perlu menyiapkan sebanyak enam Rancangan Pengajaran Harian. Jadi, kami telah menggunakan masa yang terluang untuk berjumpa dengan guru yang terlibat untuk membincangkan tajuk yang perlu kami ajar kepada murid bagi membolehkan kami menyediakan Rancangan Pengajaran Semester sepanjang praktikum ketiga ini berlansung.

Bagi hari-hari yang seterusnya,  kami sudah mula menyediakan Rancangan Pengajaran Harian walaupun sepanjang minggu ini kami tidak perlu mengajar, namun Rancangan Pengajaran Harian masih perlu disiapkan. Jadi,  kami telah menggunakan masa yang terluang di sekolah untuk menyiapkan keenam-enam Rancangan Pengajaran Harian bagi minggu ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

No comments:

Post a Comment