Wednesday 6 February 2013

P1-Jurnal Minggu 2




Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa 
Tajuk Jurnal 

:
:
:
2/12
25 Januari – 1 Februari 2013
Tahap penguasaan kemahiran menulis dan membaca yanglemah.


Masalah
          Sepanjang mengajar matapelajaran BahasaMelayu selama dua minggu di kelas   5 Yakin, terdapat seorang murid yang mempunyai masalah menulis yang ketara. Murid ini tidak dapat mengeja perkataan dengan betul. Selain itu, murid ini juga sering menulis huruf besar di tengah – tengah perkataan. Kadangkala murid ini menulis huruf kecil dipermulaan ayat tetapi huruf besar di tengah – tengahayat. Bacaan teks juga berada di tahap sederhana berbanding rakan sekelas yang lain.

          Sebagai seorang guru, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu ditangani segera. Murid yang berdepan dengan masalah ini seharusnya ditempatkan di kelas khas bagi proses pemulihan dan pengayaan. Murid harus diajar mengikut kebolehan supaya dapat menguasai kemahiran asas dalam belajar dalam tempoh masa yang ditetapkan. Melalui program ini, diharapkan murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran seperti murid-murid lain. Guru kaunseling, guru pemulihan dan semua guru harus mengembling tenaga untuk memastikan murid ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjang persekolahan mereka.


Analisis :
         Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah.

          Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan apabila hal ini dipandang enteng oleh segelintir murid sekolah ini. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkara biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah hampir seratus peratus, namun prestasi akademik dan sahsiah mereka masih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yang lebih menyedihkan, ada di kalangan murid-murid ini yang masih tidak tahu mengeja sedangkan pada usia 10 tahun mereka sewajarnya telah menguasai sepenuhnya kemahiran-kemahiran asas ini.

         Saya berpendapat berkemungkinan natijah kepada masalah ini, murid-murid tersebut menjadi tidak berminat untuk belajar dan sering merasa bosan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masalah ini adalah masalah yang serius dan harus diberi perhatian dan memerlukan tindakan segera. Ini kerana kemahiran membaca, menulis dan mengira adalah kamahiran asas yang mesti dikuasai oleh semua murid. Sekiranya masalah ini tidak diberi perhatian lanjut, visi dan misi sekolah adalah suatu yang sia-sia. Lebih malang lagi seandainya akibat dari masalah ini murid-murid tidak mendapat peluang untuk memajukan diri pada masa akan datang.

          Tidak boleh menguasai kemahiran asas dalam pembelajaran; membaca, menulis dan mengira adalah masalah yang sering berlaku di mana-mana sekolah baik di sekolah pinggir bandar apatah lagi di sekolah pedalaman. Maka, kelas pemulihan diwujudkan bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah ini.

         Menurut Mook Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan:
Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu...”

Beliau turut menjelaskan bahawa:

Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.”


            Selain dari itu, murid-murid ini sememangnya memerlukan perhatian dan bimbingan berterusan dari pihak guru. Sekiranya dibiarkan, mereka akan mencetus satu demi satu masalah bagi mendapatkan perhatian.

            Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan. Mereka mudah terganggu dan mudah berputus asa. Murid-murid ini memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru samada secara kumpulan kecil atau individu”. (Mook Soon Sang, 2003)

Cadangan:

              Setelah menganalis masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid ini harus diberi perhatian segera. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya adalah tindakan guru bimbingan dan kaunseling serta kolaborasi bersama guru pemulihan dalam menganjurkan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan keperluan murid tersebut.

               Sebagai guru bimbingan, saya rasa ada baiknya murid yang manghadapi masalah ini dirujuk dan dihantar ke sesi kaunseling. Di sini, mereka dapat meluahkan apa yang terbuku di hati, juga dapat menyatakan keinginan dan kehendak sebenar mereka. Kebiasaannya, ketika sesi kaunseling murid-murid akan menunjukkan personaliti mereka yang sebenar. Semasa sesi kaunseling, guru bimbingan dapat meneroka masalah sebenar murid tersebut dan dapat membuat analisa masalah tersebut.

            Guru juga boleh melaksanakan program-program yang boleh menyuntik semangat dan motivasi seperti Program Bina Insan, Program Jati Diri, Program Kerjaya dan sebagainya. Program- program ini dapat menyedarkan murid tentang kepentingan ilmu serta cara menjadi murid yang cemerlang. Selain itu, melalui cara ini, insyaAllah murid akan sedar akan kelemahan mereka dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi khususnya masalah yang melibatkan kemahiran asas belajar; membaca, menulis dan mengira.

              Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada guru pemulihan dan masalah ini dapat diatasi dengan berkesan. Bersama guru pemulihan, murid yang berdepan dengan masalah tidak dapat menguasai tiga kemahiran asas ini akan menjalani proses pengayaan dan pemulihan khas. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Justeru, besar kemungkinan minat belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Ini kerana murid akan merasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru.

              Di samping itu, guru pemulihan harus memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawb mereka semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas pemulihan yang dijalankan, guru pemulihan dapat mengenal pasti masalah masalah 3M (membaca,menulis dan mengira) melalui pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil, ujian kertas dan pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Guru pemulihan juga dapat menyenaraikan masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.

              Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga dan menyuarakan pendapat dalam menangani masalah ini. Sekiranya semua pihak bersatu, insyaAllah masalah murid yang keciciran akan segera dapat diatasi.


Disemak oleh
Guru Pembimbing


Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................


Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan    : .......................................
Nama               : .......................................
Tarikh               : .......................................




No comments:

Post a Comment