Wednesday 20 February 2013

P1-RPH-5 Yakin


Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran  :           Bahasa Melayu
Kelas                            :           5 Yakin
Bil. Murid                      :          
Hari                              :           Rabu
Tarikh                           :           20 Februari 2013
Masa                            :           9.15 – 10.10 pagi
Tema                            :           Institusi Pelajaran
Tajuk                            :           Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti

Fokus Utama                :           8.2          :  Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang  
                                                             sesuatu tajuk.
                                                Aras 1 (i) : Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

Fokus Sampingan         :           5.2             : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
       memahami perkara yang dibaca.
                                                Aras 2 (i) : Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan
                                                             tanda baca.
9.3            : Menyusun maklumat secara kohesi daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang
                                                            didengar atau dibaca.
                                                Aras 2 (i) : Menyusun atur maklumat mengikut keutamaan.


Pengetahuan Sedia Ada : Murid – murid pernah mendengar intonasi sewaktu bercerita.
                                            : Murid – murid telah mengetahui ayat tunggal dan ayat majmuk.

Objektif                        :     Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid – murid dapat :
1)     membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2)     menyusun enam maklumat mengikut urutan berdasarkan cerita yang dibaca dengan tepat.

3)     Membina dan menulis sembilan ayat tunggal atau ayat majmuk berdasarkan kata ganda dengan betul.

Sistem Bahasa  :     Tatabahasa :        Kata ganda
                         
Pengisian Kurikulum      :    Ilmu - Matematik
                                                                        - Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

                                                   Nilai Murni      - Yakin, sentiasa berusaha, kerjasama, teliti, terus berusaha.

Bahan Bantu Mengajar   :
(a)   audio lagu Gemuruh.
(b)   lirik lagu Gemuruh.
(c)   edaran teks.
(d)   lembaran kerja.






LANGKAH/MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN

Set Induksi
( 5 minit )
Nyanyian lagu Gemuruh.
Lirik Lagu Gemuruh
Bila Bertalu Rentak Dikalbu
Hasrat Yang Tersirat Semakin Ku Buru
Bila Bergema Laungan Gempita
Harapan Bernyala Nadi Ku Berganda

Gemuruh Jiwa Semangat Membara
Dari Puncak Ingin Ke Angkasa
Berkalungkan Bintang Berkelipan
Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa

Ungkapan Ini Bukan Sekadar Bermimpi
Segalanya Kan Pasti Terbukti Nanti

Gemuruh Jiwa Semangat Membara
Dari Puncak Ingin Ke Angkasa
Berkalungkan Bintang Berkelipan
Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa

Soalan guru :
Apakah mesej yang ingin disampaikan melalui lagu tersebut?
Jawapan :
Kita hendaklah sentiasa berusaha dan tidak berputus asa untuk mencapai kejayaan.

  1. Guru meminta murid-murid berada dalam keadaan sedia dan selesa bagi memulakan pengajaran.

  1. Guru mengedarkan lirik lagu Gemuruh dan meminta murid membaca secara imbasan (scanning).

  1. Guru memasang audio lagu Gemuruh dan meminta murid menyanyi dengan penuh semangat.

  1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai lagu yang dinyanyikan.

  1. Guru mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan tajuk pelajaran yang akan dipelajari.
Tajuk pelajaran : Usaha Tidak Henti Kejayaan Menanti.

Kecerdasan Pelbagai
-       Verbal linguistik
-       Muzik  
Strategi
-       Berpusatkan murid
-       Mediatif
-       Soal jawab
Nilai Murni
-       Yakin
-       Sentiasa berusaha
BBM
-       Audio lagu Gemuruh
-       Lirik lagu Gemuruh


Langkah 1
(10 minit )


Membaca cerita berdasarkan teks.

(TEKS CERITA : RUJUK LAMPIRAN)

  1. Guru mengedarkan teks cerita kepada setiap murid.

  1. Murid diminta membaca secara senyap dan mengenal pasti sebutan dan intonasi teks tersebut.

  1. Murid diminta membaca teks cerita secara bergilir – gilir mengikut jantina dengan sebutan dan intonasi yang betul.

  1. Guru melakukan penilaian terhadap bacaan murid.


KBT
-       Pembelajaran konstektual
-       Pembelajaran koperatif
Kecerdasan Pelbagai
-       Verbal linguistik.
Strategi
-       Berpusatkan bahan
Nilai murni
-       Kerjasama
-       Yakin
BBM
-       Teks cerita


Langkah 2
(10 minit)

Aktiviti menyusun maklumat mengikut keutamaan berdasarkan cerita

Arahan guru :
  1. Rujuk teks cerita.
  2. Lihat susunan ayat yang terdapat dalam kotak.
  3. Susun ayat mengikut keutamaan berdasarkan cerita.
  4. Tulis susunan ayat yang betul dalam satu perenggan sahaja.


Guru memaparkan kad susunan dan meminta murid menyusunnya mengikut keutamaan.
Setiap murid menyemak jawapan masing – masing.


  1. Guru mengedarkan edaran lembaran kerja kepada setiap murid.

  1. Murid mendengar arahan guru bagaimana untuk melengkapkan lembaran kerja tersebut.

  1. Murid diberi masa untuk menyiapkan lembaran kerja.

  1. Guru melakukan bimbingan kepada murid yang memerlukan.

  1. Guru menyemak jawapan bersama – sama dengan murid.

KBT
-       Pembelajaran konstruktivisme
-       Kemahiran berfikir

Strategi
-       Berpusatkan murid
-       Induktif
Nilai
-       Teliti
-       Yakin
BBM
-       Teks cerita
-       Lembaran kerja
-       Kad susunan

Langkah 3
(25 minit)

Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat topik.

Penyerapan sistem bahasa.
Tatabahasa : Kata ganda




Aktiviti mencari kata ganda dalam teks cerita.

  1. Guru memberikan penerangan kepada murid mengenai kata ganda.

  1. Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

  1. Murid diminta untuk menyalin nota yang ditulis oleh guru.


  1. Murid diminta berada secara berpasangan untuk melakukan aktiviti seterusnya.

  1. Murid diminta untuk mengenal pasti dan menggaris kata ganda yang terdapat di dalam teks cerita.

  1. Murid menulis kata ganda yang telah dikenal pasti mengikut jenisnya.

  1. Guru menyemak hasil kerja setiap pasangan.

  1. Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah berpandukan kata ganda secara individu.

  1. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang memerlukan.


KBT
-       Kemahiran berfikir
Strategi
-       Penerangan
-       Koperatif
-       Pengajaran berpusatkan murid


Nilai Murni:
-       Kerjasama
-       Teliti
-       Yakin
-       Terus berusaha
BBM
-       Teks cerita



Penutup
(5 minit)

Rumusan isi pelajaran

Soalan guru:
1.     Nyatakan pribahasa yang boleh dikaitkan dengan cerita ini?

Jawapan :
1.     Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
2.     Ibarat mencurahkan air ke atas daun keladi.
3.     Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.


  1. Guru merumuskan isi pelajaran yang dipelajari hari ini.
  2. Guru melakukan sesi soal jawab dengan murid.
  3. Guru meminta murid melakukan aktiviti regangan otot badan dan ke atas.

Strategi
-       Soal jawab
-       Sumbang saran




No comments:

Post a Comment