Tuesday 12 February 2013

P9-Jurnal Minggu 1



JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 1
(29.1.2013hingga1.2.2013)

NAMA PELAJAR                 :PUSPAWATI BINTI PARNI
OPSYEN / KUMPULAN     :DPLI-SEJARAH
NAMA SEKOLAH                :SK BANDAR PUTRA, SEGAMAT
TARIKH                                 : 1 .2. 2013
1
Isu / masalah / peristiwa

Sukar untuk berjumpa dengan guru Skim Pinjaman BukuTeks (SPBT) dan guru-guru matapelajaran yang berkenaan kerana bilik guru yang berasingan.
2
Pandangan dan perasaan terhadap isu /  masalah / peristiwa


Perkara ini merupakan pengalaman pertama saya semasa berkhidmat disekolah, yang mana terdapat tiga bilik guru yang berasingan. Pada saya perkara ini suatu yang praktikal dimana guru-guru ditempatkan mengikut kedudukan bilik darjah yang diajar. Perkara ini dapat menjimatka nmasa guru-guru untuk sampai ke kelas. Tetapi bagi saya yang masih baru dengan keadaan ini menjadikan keadaan agak bercelaru di mana perlu mengingat nama guru dan tempat bilik gurunya. Tambah lagi, kebanyakkan guru-guru yang perlu dicari berlainan tempat bilik guru. Saya mengambil masa yang agakl ama untuk berjumpa dengan guru-guru tersebut kerana setiap kali saya pergi mencarinya di bilik guru tetapi guru berkenaan tiada. Walaubagaimanapun, perkara ini tidak mematahkan semangat saya untuk berjumpa dengan mereka dan berkat kerjasama yang diberikanrakan guru yang lain akhir nya saya dapat menemui dan berbincang dengan mereka.
3
Analisisisu / masalah / peristiwa

3.1 Punca / sebab

Lokasi bilik guru yang berasingan dan tidak menelefon atau membuat temujanji terlebih dahulu.

3.2 Kekuatan / kelemahan

Saya tidak berputusasa untuk mencari guru-guru yang berkenaan sehinggalah saya berjaya berjumpa dengan kesemuanya pada minggu pertama. Walaubagaimanapun saya mengambil langkah yang lama untuk menghubungi guru-guru berkenaan dengan mengunakan talian telefon. Sepatutnya saya bertindak lebihawal menggunakan kaedah ini.
4
Cadangan idea untukmenyelesaikanisu

Pada masa akan datang, saya perlu lebih peka dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang  ada dan bekerja dengan lebih smart. Perkara ini penting untuk menguruskan sesuatu kerja dengan lebih sistematik dan praktikal.





No comments:

Post a Comment