Tuesday 5 February 2013

P1-Jurnal Minggu 1


Bilangan Jurnal  /
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa
Tajuk Jurnal

:
:
:
1/12
21 Januari – 25 Januari 2013
MingguPertama di SK Bandar T6

Analisis :

      Minggu ini merupakan minggu pertama saya berada di SK Bandar T6, Kluang. Pada pendapat saya, minggu ini merupakan minggu yang paling  sesuai untuk proses suaikenal dengan semua guru, kakitangan sokongan dan persekitaran sekolah tersebut sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih.


      Saya bersama – sama rakan pelatih  yang lain telah mendaftar diri di pejabat sekolah pada 21 Januari 2013 tepat jam 7.05 pagi. Memandangkan hari tersebut hujan, kami hanya diminta untuk berada di pejabat sekolah buat sementara waktu sebelum di bawa kebilik guru oleh Bendahari Bilik Guru, Pn Hjh Robiah. Sewaktu berada di pejabat, kami telah diberi taklimat ringkas oleh Guru Penolong Kanan 1 SK Bandar T6, PnSharifah Bibi mengenai pembahagian jadual waktu pengajaran sepanjang kami berada di sekolah ini. Kami turut diperkenalkan dengan bahagian pentadbir sekolah yang terdiri daripada Tuan Guru Besar, Guru – Guru Penolong Kanan dan Penyelia Petang.


      Pada keesok kan harinya, saya bersama rakan yang lain telah menghadiri taklimat ringkas yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Tn Hj Hanif bin Ghazali. Antara guru yang terlibat ialah guru – guru penolong kanan dan guru pembimbing. Kami telah diberitahu serba sedikit mengenai latar belakang sekolah, peraturan praktikum dan latarbelakang mata pelajaran KemahiranHidup di sekolah ini. Sekolah ini hanya mempunyai satu bengkel Kemahiran Hidup yang berada dalam proses  pengubahsuaian dan penambahbaikkan. Saya bersama NurFarhana Bt Mohd Ram  telah diberi Cik Normasriana Bt Mohd Noor sebagai guru pembimbing.


    Bagi memastikan saya mendapat gambaran yang jelas mengenai apa yang ingin diajar, saya telah berjumpa dengan guru pembimbing dan guru matapelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu bagi mendapat maklumat tambahan. Mereka tidak lokek dalam memberikan ilmu dan menceritakan pengalaman mereka sepanjang mengajar dan mengawal murid – murid. Mereka turut memberikan tips – tips yang berguna bagi tujuan pengawalan bilik darjah.

      Sepanjang seminggu berada di sekolah ini, saya telah terlibat dengan pelbagai aktiviti sekolah sama ada waktu persekolahan sesi pagi dan waktu persekolahan sesi petang. Saya berasa sangat beruntung kerana memperoleh ilmu dan pengalaman yang sangat berguna meskipun hanya baru berada seminggu di sekolah. Aktiviti seumpama ini memberi ruang kepada saya untuk mengenali guru dan murid serta persekitaran sekolah dengan lebih mendalam.


            Sepanjang saya melakukan tinjauan terhadap persekitaran sekolah, dapatlah disimpulkan bahawa sekolah ini merupakan sekolah yang berpotensi untuk melahirkan murid – murid yang terbilang mencakupi aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. Ini adalah kerana guru – guru di sini amat menitikberatkan perkembangan pelajaran, jasmani, rohani dan sahsiah murid – murid. Persekitaran sekolah juga berada dalam keadaan kondusif dan amat sesuai untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Saya berharap agar aktiviti yang telah dilakukan sepanjang seminggu berada di sekolah ini mampu menjadi titik permulaan yang baik untuk minggu – minggu yang seterusnya sepanjang sayamenjalani praktikum di sekolah ini.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

No comments:

Post a Comment