Tuesday 19 February 2013

P5-Jurnal Minggu 2


P5-JURNAL MINGGU KEDUA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
2
Minggu kedua
28 Januari hingga 1 Februari 2013
Masalah tidak suka membawa buku.

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah membawa buku murid. Oleh kerana sekolah tersebut merupakan sekolah lelaki, mereka lebih suka untuk tidak membawa buku mereka. Alasan yang akan diberikan adalah mereka terlupa untuk bawa dan tertinggal dirumah. Selain itu, alasan yang sering digunakan adalah buku mereka telah hilang. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak dapat menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Bagi mengelakkan diri mereka dari dimarahi, mereka hanya akan menggunakan alasan tidak bawa buku atau buku mereka hilang.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya akan mengutip kesemua buku mereka untuk disemak.
  b.)        Saya akan memberikan pujian dan ganjaran kepada murid-murid yang sentiasa membawa buku mereka.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah tidak suka membawa buku merupakan masalah yang agak besar kerana segala tugasan dan kerja rumah yang diberi tidak akan dapat dibuat jika murid-murid tidak membawa buku mereka. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi  secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................

No comments:

Post a Comment