Tuesday 12 February 2013

P4-Jurnal Minggu2



P4-BILANGAN JURNAL    : 2
MINGGU PRAKTIKUM       : 2
TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN : 28 JANUARI 2013
TAJUK JURNAL      : MURID  TIDAK MEMBAWA BUKU TEKS DAN LATIHAN KE SEKOLAH

1.0         Masalah/ Peristiwa
  Minggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bandar. Di Sekolah Kebangsaan Bandar T6, saya dan tiga orang lagi rakan dikehendaki untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Bahasa Melayu.Minggu kedua ni merupakan kali pertama saya masuk kekelas 6 Usaha.Masalah yang dikenalpasti ialah ramai murid tidak membawa buku teks dan buku latihan ke sekolah.Kebanyakkan daripada mereka menyatakan alasanbahawa mereka menyangka bahawa buku tersebut tidakdigunakan jadi mereka tidak bawa ke sekolah.

2.0 AnalisisMasalah

  Punca utama yang mungkin menyebabkan murid-murid bersikap demikian ialah sikap sambil lewa dan tidak mina tuntukbelajar yang wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka tidak mahu membawa buku teks dan latihan.Fakto rkedua ialah mereka merasakan jika membawa buku yang banyak akan memberatkan beg yang digalas ke sekolah. Kadang kala guru subjek tertentu itu sendiri tidak menggunakan buku teks dan latihan sewaktu pengajaran dan pembelajaran kerana mereka mengajar subjek teras di mana subjek ini masuk dalam UPSR. Jadi bagi murid tahun 6 guru lebih menekankan subjek teras.Menurut J.B. Watson (1878-1958) emosi manusia senantiasa berubah. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkahlaku negatifnya yang menyebabkan murid ini menjadi pasif dan tidak suka menonjolkan diri serta tidak aktif seperti rakannya yang lain.

3.0         CadangandanTindakanSusulan

  Bagi mengubah sikap murid-murid kelas ini supaya sentiasa membawabuku ke sekolah tindakan segera perlu diambil. Antara cadangan saya adalah seperti berikut:

Cadangan


  • ·         Memberi peringatan agar sentiasa membawa buku mengikut jadual persekolahan yang diberikan.
  • ·         Denda akan dikenakan bag ipelajar yang tidak membawa buku ke sekolah.
  • ·         Pihak sekolah menyediakan rak buku bagi setiap orang pelajar SK Temenggung Ibrahim Penggaram bagimemudahkan mereka menyimpam buku di sekolah dan tidakperlu membawa buku yang banyak setiap hari ke sekolah.
  • ·         Ibu bapa patut memainkan peranan penting dengan menyemak jadual harian anak mereka agar mereka tidak tertinggal buku yang patut dibawa ke sekolah.


TindakanSusulan
  Sebagai guru  saya bertanggungjawab untuk senantiasa memberikan dorongan serta tunjuk ajar. Saya sentiasa memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada mereka agar menanamkan sikap mahu belajar.Apabila sikap mahubelajar telah wujud dalam diri pelajar secara automatiknya pelajar tersebutakan membawa buku ke sekolah setiaphari. Merekajugatidakakanberasaterbebankeranamembawa beg yang berat. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik juga dapat membina semangat dalam diri mereka untuk belajar.Jika mereka berasa gembira belajar, ini akan meringankan bebanan beg yang berat yang digalas selama ini.Mereka akan berasa tidak rugi membawa beg yang berat kerana mereka seronok untuk belajar.

4.0         TempohPenyelesaian

  28 Januari 2013 – 1 Februari 2013 (1 Minggu )

            Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh saya berada di sekolah ini. Saya akan cuba menanamkan kembali semangat ingin belajar dalam diri mereka dan menjadi murid yang mendengar kata dan menghormati guru di dalam kelas.

Kesimpulan
  Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya.Saya sentiasa mencari idea untuk meningkatkan minat murid-murid agar sentiasa bersedia mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.Teknik-teknik yang dipelajari secara teori saya cuba mengaplikasikannya di sekolah. Ternyata, murid-murid mula menunjukkan sedikit minat untuk mengetahuiapa yang akan diajarpadahari tersebut dan memberi respon terhadap soalan yang ditanya. Kelas juga sedikit terkawal berbanding kali perta masaya masuk kekelas tersebut. Di samping itu juga,guru harus mempunyai ketegasan dan pendirian yang teguh di dalam bilik darjah supaya murid lebih menghormati guru. Dalam konteks ini,sikap menghormati guru perlu ada dalam diri seorang murid.


Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan  : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh             : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan  : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................





No comments:

Post a Comment