JURNAL
REFLEKTIF MINGGU KE 1
(29.1.2013hingga1.2.2013)
NAMA PELAJAR :PUSPAWATI BINTI PARNI
OPSYEN / KUMPULAN :DPLI-SEJARAH
NAMA SEKOLAH :SK BANDAR PUTRA, SEGAMAT
TARIKH : 1 .2. 2013
1
|
Isu / masalah / peristiwa
|
Sukar untuk berjumpa dengan guru
Skim Pinjaman BukuTeks (SPBT) dan guru-guru matapelajaran yang berkenaan
kerana bilik guru yang berasingan.
|
|
2
|
Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa
|
Perkara ini merupakan pengalaman
pertama saya semasa berkhidmat disekolah, yang mana terdapat tiga bilik guru
yang berasingan. Pada saya perkara ini suatu yang praktikal dimana guru-guru
ditempatkan mengikut kedudukan bilik darjah yang diajar. Perkara ini dapat
menjimatka nmasa guru-guru untuk sampai ke kelas. Tetapi bagi saya yang masih
baru dengan keadaan ini menjadikan keadaan agak bercelaru di mana perlu
mengingat nama guru dan tempat bilik gurunya. Tambah lagi, kebanyakkan
guru-guru yang perlu dicari berlainan tempat bilik guru. Saya mengambil masa
yang agakl ama untuk berjumpa dengan guru-guru tersebut kerana setiap kali
saya pergi mencarinya di bilik guru tetapi guru berkenaan tiada.
Walaubagaimanapun, perkara ini tidak mematahkan semangat saya untuk berjumpa
dengan mereka dan berkat kerjasama yang diberikanrakan guru yang lain akhir
nya saya dapat menemui dan berbincang dengan mereka.
|
|
3
|
Analisisisu / masalah / peristiwa
|
3.1
Punca / sebab
|
|
Lokasi bilik guru yang berasingan
dan tidak menelefon atau membuat temujanji terlebih dahulu.
|
|
3.2
Kekuatan / kelemahan
|
|
Saya tidak berputusasa untuk
mencari guru-guru yang berkenaan sehinggalah saya berjaya berjumpa dengan
kesemuanya pada minggu pertama. Walaubagaimanapun saya mengambil langkah yang
lama untuk menghubungi guru-guru berkenaan dengan mengunakan talian telefon.
Sepatutnya saya bertindak lebihawal menggunakan kaedah ini.
|
|
4
|
Cadangan idea untukmenyelesaikanisu
|
Pada masa akan datang, saya perlu
lebih peka dengan menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada dan bekerja dengan lebih smart. Perkara ini penting untuk
menguruskan sesuatu kerja dengan lebih sistematik dan praktikal.
|
No comments:
Post a Comment