P4-BILANGAN JURNAL : 2
MINGGU PRAKTIKUM :
2
TARIKH PERISTIWA/KEJADIAN : 28 JANUARI 2013
TAJUK JURNAL : MURID
TIDAK MEMBAWA BUKU TEKS DAN LATIHAN KE SEKOLAH
1.0
Masalah/ Peristiwa
Minggu ini merupakan minggu kedua saya
menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Bandar. Di Sekolah Kebangsaan Bandar
T6, saya dan tiga orang lagi rakan dikehendaki untuk mengajar mata pelajaran Kemahiran
Hidup dan Bahasa Melayu.Minggu kedua ni merupakan kali pertama saya masuk kekelas
6 Usaha.Masalah yang dikenalpasti ialah ramai murid tidak membawa buku teks dan
buku latihan ke sekolah.Kebanyakkan daripada mereka menyatakan alasanbahawa mereka
menyangka bahawa buku tersebut tidakdigunakan jadi mereka tidak bawa ke sekolah.
2.0 AnalisisMasalah
Punca utama yang mungkin menyebabkan
murid-murid bersikap demikian ialah sikap sambil lewa dan tidak mina tuntukbelajar
yang wujud dalam diri mereka menyebabkan mereka tidak mahu membawa buku teks dan
latihan.Fakto rkedua ialah mereka merasakan jika membawa buku yang banyak akan memberatkan
beg yang digalas ke sekolah. Kadang kala guru subjek tertentu itu sendiri tidak
menggunakan buku teks dan latihan sewaktu pengajaran dan pembelajaran kerana mereka
mengajar subjek teras di mana subjek ini masuk dalam UPSR. Jadi bagi murid tahun
6 guru lebih menekankan subjek teras.Menurut J.B. Watson (1878-1958) emosi manusia
senantiasa berubah. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut,
marah dan kasih sayang.Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkahlaku negatifnya
yang menyebabkan murid ini menjadi pasif dan tidak suka menonjolkan diri serta tidak
aktif seperti rakannya yang lain.
3.0
CadangandanTindakanSusulan
Bagi mengubah sikap murid-murid kelas
ini supaya sentiasa membawabuku ke sekolah tindakan segera perlu diambil. Antara
cadangan saya adalah seperti berikut:
Cadangan
- · Memberi peringatan agar sentiasa membawa buku mengikut jadual persekolahan yang diberikan.
- · Denda akan dikenakan bag ipelajar yang tidak membawa buku ke sekolah.
- · Pihak sekolah menyediakan rak buku bagi setiap orang pelajar SK Temenggung Ibrahim Penggaram bagimemudahkan mereka menyimpam buku di sekolah dan tidakperlu membawa buku yang banyak setiap hari ke sekolah.
- · Ibu bapa patut memainkan peranan penting dengan menyemak jadual harian anak mereka agar mereka tidak tertinggal buku yang patut dibawa ke sekolah.
TindakanSusulan
Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk senantiasa memberikan
dorongan serta tunjuk ajar. Saya sentiasa memberi nasihat dan kata-kata
perangsang kepada mereka agar menanamkan sikap mahu belajar.Apabila sikap mahubelajar
telah wujud dalam diri pelajar secara automatiknya pelajar tersebutakan membawa
buku ke sekolah setiaphari. Merekajugatidakakanberasaterbebankeranamembawa beg
yang berat. Pengajaran dan pembelajaran yang menarik juga dapat membina semangat
dalam diri mereka untuk belajar.Jika mereka berasa gembira belajar, ini akan meringankan
bebanan beg yang berat yang digalas selama ini.Mereka akan berasa tidak rugi membawa
beg yang berat kerana mereka seronok untuk belajar.
4.0
TempohPenyelesaian
28 Januari 2013 – 1 Februari 2013 (1
Minggu )
Saya akan cuba mengatasi
masalah ini dalam tempoh saya berada di sekolah ini. Saya akan cuba menanamkan
kembali semangat ingin belajar dalam diri mereka dan menjadi murid yang
mendengar kata dan menghormati guru di dalam kelas.
Kesimpulan
Setiap
masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya.Saya sentiasa mencari idea
untuk meningkatkan minat murid-murid agar sentiasa bersedia mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran.Teknik-teknik yang dipelajari secara teori saya cuba mengaplikasikannya
di sekolah. Ternyata, murid-murid mula menunjukkan sedikit minat untuk mengetahuiapa
yang akan diajarpadahari tersebut dan memberi respon terhadap soalan yang
ditanya. Kelas juga sedikit terkawal berbanding kali perta masaya masuk kekelas
tersebut. Di samping itu juga,guru harus mempunyai ketegasan dan pendirian yang
teguh di dalam bilik darjah supaya murid lebih menghormati guru. Dalam konteks ini,sikap
menghormati guru perlu ada dalam diri seorang murid.
|
|
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama :
.............................................
Tarikh : .............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
No comments:
Post a Comment