Wednesday, 13 February 2013

P2-Jurnal Minggu 3



Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
3/12 (P2)
Minggu ketiga 
4 Februari – 8 Februari 2013  
Penyelesaian masalah  

Analisis :

Setiap orang mempunyai tahap ingatan dan IQ yang berbeza – beza. Perkara yang sama juga berlaku kepada saya iaitu kesukaran untuk mengingati nama murid – murid. Adakalanya murid tidak dapat memberikan tindak balas kerana keliru pertanyaan saya itu diajukan kepadanya mahupun rakannya yang lain.

Menurut Galotti (2004) mendefinisikan memori sebagai satu proses kognitif yang terdiri daripada serangkaian proses iaitu penyimpanan ( storage ), pengambilan ( retaining ), dan pengumpulan ( information gathering ).  

Menurut Atkinson & Shriffin (1968, dalam Passer & Smith 2007; Lahey, 2007;
Reed, 2007) ingatan manusia boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu ingatan sensori (sensory memory), ingatan jangka pendek (short term memory) dan ingatan jangka panjang (long term memory). Ingatan sensori ialah proses penyimpanan ingatan melalui jalur saraf – saraf sensori yang berlangsung dalam waktu yang pendek. Informasi yang diperoleh melalui panca indera iaitu penglihatan, sentuhan, hidu dan pendengaran hanya mampu bertahan selama satu hingga dua saat (Brown, 1987). Menurut  Rathus (2007), yang menyatakan bahwa informasi yang pertama kali kita terima dan diperoleh melalui panca indera hanya mampu bertahan selama satu minit.

Oleh itu, perkara ini adalah sama dengan kes yang saya alami ini iaitu kesukaran untuk mengingati nama murid – murid. Ini kerana saya hanya akan menyebut nama mereka semasa saya berada didalam kelas mereka sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun sebagai guru ganti. Bilangan murid yang mempunyai nama yang hampir sama juga menykarkan saya kerana saya sering terkeliru.

Pengulangan dalam menyebut nama langkah pertama untuk meningkatkan kemampuan mengingat nama seseorang yang baru kita temui adalah mengulang – ulang nama orang tersebut. sebagai contoh, sekiranya saya ingin mengajukan soalan, saya akan menyebut nama yang terdapat pada baju mereka. int dapat mengelakkan daripada saya terlupa nama mereka.

Gunakan visual memori. Visual memori ialah mengingati muka seseorang itu. Semestinya masih mengingat rupa seseorang yang kita hanya berjumpa sekali dan sudah lama kita tidak bertemu, tetapi namanya selalu terlupa. Hal ini terjadi kerana pertama kali bertemu, kita melihat wajahnya dengan mata kita tapi kita tidak melihat namanya. Oleh itu, mengingati rupa seseorang itu dapat mengimbas kembali namanya.

Tindakan susulan:

-       Meletakkan kad nama di atas meja
-   Menggunakan nama panggilan yang sering digunakan oleh  rakan – rakannya.
-    Menyapa mereka sekiranya bertemu dan berselisih. 
-    Sering mengulang – ulang menyebut nama mereka.

Kejayaan:

-  Saya sudah berjaya mengingati nama satu per empat daripada murid – murid disetiap kelas.






Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................










No comments:

Post a Comment