Tuesday, 5 February 2013

P3-Jurnal Minggu 2




JURNAL (Minggu kedua)

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
2/12
Minggu kedua
1 Februari 2013
Masalah pengurusan masa.

1.   Masalah / Peristiwa

         Hari ini (1 Februari 2013) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa dalam kelas Bahasa Melayu Tahun 4 Gigih. Masa yang diberikan kepada saya untuk menguruskan kelas agak mengelirukan kerana kami mendapat maklumat jadual baru agak lambat. Hal ini menyebabkan saya tersilap waktu masuk ke kelas dan menghadapi sedikit salah faham dengan guru yang mengajar kelas tersebut.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana masa untuk hari Jumaat berubah menjadi 25 minit dan setiap waktunya berubah. Sekolah kami mengalami perubahan jadual yang melibatkan seluruh warga pengajar SK Bandar T6. Saya tersilap dan masuk pada waktu yang lebih awal dan secara kebetulan pada waktu itu guru mata pelajaran yang sepatutnya berada di dalam kelas tersebut. Setelah diterangkan oleh guru tersebut tentang pembahagian masa, saya mula memahami tentang tempoh masa yang diperuntukkan untuk satu waktu. Selain itu, masa yang diperuntukkan juga kurang 10 minit dari masa yang saya rancang. Jadi, saya terpaksa mempercepat proses p&p sya supaya objektif pembelajaran untuk hari ini tercapai. Saya bernasib baik kerana murid dalam kelas tersebut merupakan murid kelas kedua dan boleh mengikuti p&p yang dijalankan dengan baik.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

   a.)        Saya patut menyemak semula tempoh waktu dalam jadual waktu saya supaya pada masa yang akan datang saya tidak mengalami kecelaruan untuk merancang masa p&p saya.
   b.)        Saya perlu mengurangkan aras pengajaran supaya murid dapat mengikuti proses p&p dengan lancar kerana waktu berubah dari 60 minit kepada 50 minit.
   c.)        Bagi memastikan bahawa semua aktiviti berjalan dengan lancar, saya akan menyemak semula objektif pengajaran saya supaya bersesuaian dengan tahap dan masa yang diperuntukkan.
   d.)        Saya akan mendapatkan pendapat daripada rakan-rakan yang lain untuk merancang pengajaran saya pada masa yang akan datang.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini pada masa yang akan datang. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan  kelancaran proses  pengajaran dan  pembelajaran. Ia juga boleh menentukan ssesuatu obejktif itu berjaya di capai ataupun tidak.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................





No comments:

Post a Comment