Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
1/8(P2)
Pertama
21
Januari - 25 Januari 2013
Minggu pertama di SK
Bandar T6
|
|
Analisis
:
Minggu
ini merupakan minggu pertama saya di Sekolah Kebangsaan Bandar T6, Kluang.
Saya berasa amat berbesar hati untuk kesekolah ini kerana sekolah ini
berdekatan dengan tempat tinggal saya. Sekolah ini merupakan sekolah yang
ketiga bagi saya melakukan latihan mengajar.
Pada
hari pertama saya berada disekolah ini saya di beri layanan yang cukup baik
dan mesra. Saya disambut mesra oleh guru penolong kanan kurikulum, guru
penolong kanan Hal Ehwal Murid da juga staf – staf yang lain disekolah ini
termasuklah murid – murid sekolah. Pada hari pertama kami lebih banyak
menghabiskan masa dengan melawat sekolah, bilik – bilik khas dan juga kelas –
kelas mengikut tahun. ini adalah untuk mmudahkan kami mengingati kedudukan
kelas yang bakal diajar kelak.
Pada
hari kedua, guru besar telah memanggil kami untuk mengadakan mesyuarat
bersama – sama guru besar, guru penolong kanan ko – kurikulum, guru penolong
kanan kurikulum, guru penolong kanan hal ehwal murid dan juga dguru – guru
pembimbing. Pelbagai perkara yang diingatkan oleh tuan guru besar terutamanya
mengenai disiplin diri, kehadiran dan banyak lagi. Kami berjumpa dengan guru
pembimbing masing – masing iaitu Cik Normasriana bt Mohd Noor.
Pihak
sekolah menghadapi sedikit masalah mengenai pembahagian jadual waktu kepada
semua guru pelatih. Ini menyebabkan segala aktiviti tidak dapat berjalan
dengan lancar. Pihak sekolah menyediakan jadual kami hanya mempunyai
matapelajaran major. Selepas tiu, jadual di buat semula tetapi bilangan
matapelajaran minor lebih banyak berbanding matapelajaran major iaitu 10
waktu Bahasa Melayu dan 2 waktu Kemahiran Hidup. Pembahagian seperti ini
tidak menepati kehendak yang telah digariskan oleh Unit Praktikum di IPG.
Selain itu, di sekolah ini bagi matapelajaran Kemahiran Hidup mereka
memecahkan masa tersebut supaya seminggu matapelajaran Kemahiran Hidup
terdapat 2 hari. Situasi ini akan memberi impak kepada guru – guru pelatih.
Oleh itu, pihak sekolah masih lagi mengusahakan menyusun jadual waktu yang
ideal bagi kami guru – guru pelatih.
Pada
minggu ini juga kami dikehendaki mengawal kelas bagi tahun satu dan dua. Kami
perlu menggantikan guru – guru pada sebelah petang kerana terdapat beberapa
program yang tidak dapat dielakkan iaitu pada hari Rabu terdapat majlis
penyerahan duit awal persekolahan dan pada hari jumaat terdapat program
permentoran yang melibatkan semua guru. kami dilantik supaya mengawal kesemua
murid tahun satu dan dua. Kami dapat menjalankan tugasan ini dengan baik dan
berkesan.
|
|||
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama
: .............................................
Tarikh
: .............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama
: .............................................
Tarikh
: .............................................
|
||
Tuesday, 5 February 2013
P2-Jurnal Minggu 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment