Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
2/12 (P2)
Minggu
kedua
4
Januari – 8 Januari 2013
Kesukaran Mengingati Nama Murid –
Murid.
|
|
Analisis :
Saya
mengalami sedikit kesukaran dalam mengingati nama murid – murid. Ini
disebabkan oleh saya hanya memasuki kelas mereka seminggu sekali sahaja
terutamanya murid – murid tahun 4, 5 dan tahun 6.
Kesukaran
saya mengingat nama murid – murid sedikit sebanyak menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses ini berlaku terdapat pelbagai
karenah dan juga perangai yang harus ditempuhi. Kepentingan mengingat nama
adalah penting kerana dengan memanggil nama guru dapat memberi peneguhan yang
positif dan juga negatif berdasarkan kepada tingkah laku mereka. kesukaran
yang paling ketara adalah semasa melakukan aktiviti pendidikan jasmani di
padang. Keadaan murid amat – amat sukar dikawal. Oleh itu, mengetahui dan mengingati nama adalah
sesuatu yang amat penting bagi seorang guru.
Selain
itu, perkara ini juga memberi saya sedikit kesukaran apabila mengajukan
soalan kerana saya tidak mengingati nama – nama mereka. Murid – murid tidak
disediakan dengan tanda nama. Perkara seperti ini menambahkan lagi kesukaran
saya untuk mengingati nama mereka. Tambahan lagi, bilangan murid di dalam
sesebuah kelas agak ramai menyebabkan saya keliru dengan nama – nama mereka.
Cadangan :
1)
Menggunakan
alternatif lain.
Setelah
berbincang dengan rakan – rakan mereka ada mencadangkan saya supaya
meletakkan kad nama dibahagian hadapan meja supaya mudah untuk saya membaca
nama mereka. Dengan cara ini dapat membantu saya memanggil mereka dan memberi
peneguhan yang positif dan negatif.
Selain
itu, saya juga ada bertanyakan kepada mereka nama panggilan yang selalu
digunakan oleh rakan – rakan mereka. Setelah saya mengetahui nama panggilan
mereka saya dapat memanggil mereka dengan lebih mesra dan juga santai. Saya
juga cuba menegur mereka sekiranya terserempak dengan mereka juga merupakan
salah satu jalan penyelesaian yang boleh menyelesaikan permasalahan saya ini.
Tindakan susulan:
- Meletakkan
kad nama di atas meja
- Menggunakan
nama panggilan yang sering digunakan oleh
rakan – rakannya.
- Menyapa mereka sekiranya bertemu dan
berselisih.
|
|||
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh
:
.............................................
|
||
Friday, 8 February 2013
P2-Jurnal Minggu2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment