Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
1/12
Pertama
21 hingga 25 Januari 2013
Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Bandar T6.
|
|
Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan
praktikum yang lain seramai 4 orang melapor diri kepada Pn. Hjh.
Sharifah Bibi bt. Omardin, GPK Pentadbiran S.K. Bandar T6, Taman Sri Lambak, Kluang. Kami
dikenalkan dengan beberapa staf yang ada di pejabat ketika itu. Kami juga
diberitahu bahawa kami akan bermesyuarat dengan Guru Besar S.K. Bandar T6
pada hari keesokkannya (Selasa) pukul 9 pagi. Kami juga berpeluang untuk
melihat kawasan sekeliling di sekolah tersebut dan berkenalan dengan beberapa
orang pelajar untuk mempelajari budaya sekolah ini.
Sebelum pulang, kami diarahkan untuk berjumpa dengan guru kaunseling
sesi petang (En. Azman b. Hamsar). Kami berbincang
mengenai aktiviti/program yang perlu dikendalikan bagi murid tahun 1 dan
tahun 2. Program tersebut akan berlansung dari pukul 11
pagi tetapi kami terlibat bermula jam 1.15 petang hingga 2.15 petang. Ia bersempena dengan pemberian wang awal persekolahan
RM100. Setelah berbincang, kami semua mendapat kata putus
dan bersetuju untuk membuat aktiviti mewarna pada hari berkenaan.
Pada hari kedua saya dan rakan-rakan
yang lain Mesyuarat bersama Guru Besar, Tn. Hj. Hanif b. Ghazali. Beliau
menyampaikan beberapa perkara:
a.
Kata-kata
pengantar Ketua Setiausaha Negara.
b.
Pemantauan
akan dilakukan oleh pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan guru besar.
c.
Disiplin/kehadiran
d.
Buku
log/buku Rancangan Pengajaran Harian wajib dibuat.
e.
Bilangan
waktu mengajar yang dibenarkan sekurang-kurangnya 8 masa. Namun, kami masih
belum mendapat jadual waktu kami kerana pihak pentadbiran perlu merombak
jadual semua guru S.K. Bandar T6 atas sebab-sebab tertentu. Kami akan
mendapat jadual waktu mengajar kami pada hari selasa minggu hadapan.
f.
Utamakan
keselamatan semasa di bengkel.
g.
Terima
segala komen guru pembimbing. Guru pembimbing perlu memberi justifikasi pada
setiap komen yang diberikan.
h.
Semak
buku latihan murid.
i.
Jangan
melayari laman sosial semasa berada di sekolah. tumpukan pada p&p yang
akan dijalankan.
Selepas bermesuarat dengan Guru
Besar, saya berbincang
pula dengan En. Muhamad Sairi b. Sayuthi (GPK Kokurikulum) untuk menetapkan
pemilihan guru penasihat bagi kelab/persatuan, permainan dan unit beruniform.
Pada hari ketiga, saya mendapat
maklumat mengenai kelas yang perlu diambil alih. Selepas itu, saya terus ke
kelab/persatuan masing-masing untuk aktiviti kokurikulum. Pada perjumpaan
yang pertama ini, setiap kelab/persatuan perlu membuat satu mesyuarat agung
untuk melantik ahli jawatankuasa 2013 dan aktiviti yang akan dlaksanakan pada
tahun ini. Selesai kokurikulum, saya berjumpa dengan guru
kelas yang akan saya ambil
alih mulai minggu hadapan. Pada sebelah petangnya, keempat-empat kami Turun
ke dewan terbuka untuk membantu mengawal murid tahun 1 dan tahun 2 (sesi
petang) kerana semua guru kelas terlibat dengan pemberian wang bantuan awal
persekolahan RM100.
Setelah bercuti sempena
Maulidur Rasul pada 24/01/13(khamis), saya datang semula pada hari Jumaat
seperti biasa. Di awal pagi, semua warga S.K. Bandar T6 berkumpul di dewan
terbuka dan membuat bacaan yasin beramai-ramai. Kemudian, saya berkesempatan
untuk berjumpa dengan guru matapelajaran K.Hidup 5 Yakin untuk berbincang
mengenai silibus. Saya dan rakan-rakan yang lain juga berjumpa dengan guru
SPBT untuk meminjam buku teks dan buku panduan guru sebagai rujukan kami.
Selesai semua proses peminjaman
buku-buku teks, kami pergi ke bilik SAL (Self-Access Learning) dan mencari
bahan untuk aktiviti petang bagi murid tahun 1 dan 2. Pada sebelah petang,
kami datang semula ke sekolah untuk mengawal murid tahun 1 dan 2 kerana semua
guru terlibat dengan pogram pementoran bermula jam 3 petang hingga 5.30
petang. Setelah semuanya selesai, barulah kami pulang ke rumah.
|
|||
|
|||
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh
: .............................................
|
Tuesday, 5 February 2013
P3-Jurnal Minggu 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment