JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE (1) PERTAMA
( 29
JAN 2013 hingga 1FEB 2013 )
NAMA PELAJAR : SITI HALIJAH
BINTI MD SALLEH
OPSYEN / KUMP : DPLI SEJARAH
NAMA SEKOLAH : SK BANDAR PUTRA,
SEGAMAT
TARIKH : 1
Feb 2013
1
|
Isu
/ Masalah / Peristiwa
|
Masalah yang saya hadapi untuk
minggu pertama praktikum ini adalah masalah berkaitan dengan cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, tempat
dan suasana baru di sekolah. Masalah yang kedua adalah sukar untuk
mendapatkan peluang untuk bertemu dengan guru-guru yang jadualnya diambil
alih oleh saya.
|
|
2
|
Pandangan
dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa
|
Bagi masalah berkaitan dengan cara
untuk menyesuaikan diri dengan keadaan, tempat dan suasana baru di sekolah,
saya merasakan ia adalah masalah biasa bagi setiap pelajar yang baru memasuki
satu tempat baru dan saya menganggapnya sebagai satu cabaran buat saya untuk
berani dan bijak untuk menghadapi suasana baru.
Masalah kedua adalah lebih kepada kekangan masa di mana saya merasakan sukar untuk
bertemu dengan guru-guru ini kerana masing-masing sibuk dengan tugasan
harian dan saya merasakan bahawa itu juga perkara biasa di sekolah.
|
|
3
|
Analisis
isu / masalah / peristiwa
|
3.1 Punca / sebab
|
|
Bagi masalah yang pertama saya
merasakan bahawa bentuk muka bumi kawasan sekolah yang berbukit-bukit
menyebabkan bangunan sekolah di dirikan mengikut ciri bentuk muka buminya
dimana bangunan sekolah adalah berbentuk satu bulatan.
Bagi masalah yang kedua, punca menyebabkan
saya sukar untuk bertemu guru-guru berkaitan adalah kerana bilik gurunya yang terletak jauh antara satu sama
lain. Sekolah mempunyai 3 bilik guru dan disebabkan guru tidak
diletakkan dalam satu bilik guru yang sama menyebabkan sukar untuk bertemu
dengan mereka. Selain itu disebabkan minggu ini sekolah mempunya 2 program
besar menyebabkan setiap guru begitu sibuk dengan tugasan masing-masing.
|
|
3.2 Kekuatan / kelemahan
|
|
Biarpun begitu, masalah yang saya
hadapi ini telah memberi kekuatan buat saya dan memberi
kelebihan buat saya untuk mengenali keadaan persekitaran sekolah.
Bukan itu sahaja, bahkan saya lebih cepat mengenali guru-guru di sekolah dan
berinteraksi baik dengan mereka. Apa yang lebih baik lagi adalah semua
guru-guru di sekolah adalah sangat baik dan peramah serta tidak lokek untuk
berkongsi pengetahuan dengan saya dan rakan. Masing-masing menjawab dengan
mesra apabila saya bertanyakan sesuatu perkara dan saya sangat gembira dan
berpuas hati dengan apa yang berlaku.
|
|
4
|
Cadangan
idea untuk menyelesaikan isu
|
Bagi menyelesaikan masalah yang
pertama saya dan rakan membuat lawatan di
sekitar kawasan sekolah dan meninjau
bilik-bilik darjah untuk lebih membiasakan diri dengan suasanan dan
persekitaran sekolah. Bagi masalah kedua cara untuk menyelesaikan masalah
adalah dengan meminta nombor telefon guru
berkenaan dan membuat temujanji untuk
bertemu dengan mereka.
|
|
5
|
Tempoh
masa yang diberikan untuk menyelesaikan isu
|
Tempoh masa yang diambil untuk
menyelesaikan masalah adalah 2 hari
sebelum seisi persekolahan pada minggu hadapan supaya minggu hadapan P&P
saya lebih terancang dan mudah untuk saya membuat persediaan.
|
|
6
|
Pelaksanaan
langkah-langkah penambahbaikan
|
Langkah-langkah untuk lebih
berinteraksi dan banyak bertanya akan terus saya lakukan supaya dapat cepat
menyesuaikan diri dan terbiasa dengan keadaan di sekolah.
|
|
7
|
Tindakan
susulan
|
Tindakan susulan yang saya akan
lakukan adalah akan lebih bergerak pantas dan belajar suasana baru dan tidak
malu bertanya.
|
No comments:
Post a Comment