Tuesday, 19 February 2013

P6-Jurnal Minggu 2



P6-JURNAL MINGGU KEDUA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
2
Minggu kedua
28 Januari hingga 1 Februari 2013
Masalah kawalan kelas

1.   Masalah / Peristiwa

         Pada minggu ini, saya telah mula memasuki kelas mengikut jadual yang telah diberikan. Masalah yang telah saya hadapi semasa memasuki kelas sepanjang minggu ini ialah masalah dalam mengawal kelas di mana saya tidak dapat menghalang murid daripada membuat bising. Walaupun mereka telah dimarahi, namun mereka hanya dapat senyap untuk seketika waktu sahaja dan kemudian kembali membuat bising hingga mengganggu rakan-rakan lain yang ingin belajar. Selain itu, terdapat juga murid yang tidak boleh duduk diam dan gemar mengganggu rakan-rakannya yang lain hingga mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana murid-murid sangat gemar berbual semasa guru sedang mengajar dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajaran guru. Beberapa orang murid pula dilihat tidak boleh duduk diam dan gemar mengganggu rakan-rakan lain. Apabila dimarahi guru, mereka akan menumpukan perhatian buat seketika waktu namun apabila disoal, mereka tetap tidak dapat menjawab dengan betul kerana mereka seakan berpura-pura mendengar apa yang diajar oleh guru sedangkan fikiran mereka jauh memikirkan perkara lain.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Saya akan cuba meningkatkan minat murid untuk belajar dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik.
  b.)        Saya akan menyediakan hadiah atau ganjaran kepada murid yang dapat menjawab soalan guru dan latihan yang diberikan dengan tepat.
   c.)        Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah kawalan kelas adalah masalah yang agak besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain menjurus ke arah kegagalan pencapaian objektif guru, masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi  secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................





No comments:

Post a Comment