Tuesday, 19 February 2013

P5-Jurnal Minggu 3



P5-JURNAL MINGGU KETIGA

Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
3
Minggu ketiga
4 Februari 2013 hingga 8 Februari 2013
Masalah suka mengacau rakan-rakan

1.   Masalah / Peristiwa

         Masalah yang telah saya hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah murid yang suka mengacau rakan-rakannya yang ingin belajar. Masa yang diberikan kepada mereka untuk melakukan tugasan yang diberikan telah disalahgunakan dengan menganggu rakannya yang lain. Hal ini akan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang bakal berlansung.

2.   Analisis

         Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak dapat menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka. Sikap mereka yang malas untuk bertanya kepada guru atau takut untuk bertanya menyebabkan mereka menganggu rakan-rakannya yang lain.

3.   Cadangan Tindakan Susulan

  a.)        Saya perlu mengasingkan murid yang tidak faham atau mempunyai masalah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlansung agar murid tersebut tidak menganggu murid-murid yang lain.
  b.)        Saya akan memberikan pujian dan ganjaran kepada murid-murid yang sentiasa melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

4.   Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu kerana masalah suka menganggu rakan-rakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlansung merupakan masalah yang agak besar kerana segala tugasan dan kerja rumah yang diberi tidak akan dapat dibuat jika murid-murid yang lain diganggu. Masalah ini juga dapat mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi  secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama             : .............................................
Tarikh            : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan            : .............................................
Nama            : .............................................
Tarikh            : .............................................





No comments:

Post a Comment