PENULISAN JURNAL
REFLEKTIF
|
MINGGU KEDUA
|
(28 JANUARI 2013 – 1 FEBUARI 2013)
|
ISU : KAWALAN KELAS
1. Masalah :
Pada minggu ini,masalah yang saya hadapi adalah
menguruskan kelas dalam masa-masa genting iaitu sebelum waktu tamat
persekolahan dan waktu rehat. Masalah timbul apabila murid merasa aktiviti
yang dijalankan tidak menarik dan mula membuat bising dan tidak mempedulikan
arahan yang telah diberikan. Seorang murid yang memulakan masalah dan
dipengaruhi oleh rakan sekelas yang lain.
|
2.
Perkembangan isu yang difokuskan :
Saya dapati peranan dalam melihat tahap pencapaian
akademik juga sahsiah mereka terhadap guru adalah rendah.Terdapat sesetengah
murid yang tidak memberi perhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran
menjadikan mereka tidak dapat menjawab soalan yang telah diberikan. Apabila
menyoal soalan kepada murid tersebut,beliau hanya memandang ke hadapan serta
kadang-kala menundukkan kepala seolah-olah mengalami kesukaran yang teramat
sangat dalam mencari jawapan.
|
3.
Analisis :
Masalah yang timbul berkenaan kawalan kelas
apabila murid masuk ke bengkel dan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu
adalah memulakan projek Kemahiran Hidup.
Setelah diberikan alatan dan bahan,murid mula
bermain bermain dengan alatan. Apabila ditegur murid memberi respons dengan
meletakkan semula alatan ke tempat asal,namun setelah beberapa minit kemudian
murid bermain semula dengan alatan tersebut.
Keadaan menjadi kelam kabut seketika apabila
murid-murid kelas 4 Berlian mula menyiapkan projek.Masing-masing bercakap dan
mengeluarkan idea masing-masing menjadikan keadaan bising dan merimaskan.
Namun setelah di tegur keadaan mula kendur dan
kembali senyap.Murid mula menumpukan tumpuan terhadap projek yang akan
dihasilkan.
|
4.
Kajian lampau yang berkaitan isu :
Untuk
mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada Model Disiplin
Asertif Canter. Model Disiplin Marlene
and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati
guru dalam bilik darjah. Model ini
adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan
pelajar belajar. Ia berasaskan
prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar dan
belajar. Antara berikut ialah
ciri-ciri model ini:
i.
Pelan yang berkesan
hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian dimaklumkan kepada murid-murid
pada hari pertama guru masuk kelas.
ii.
Tingkah laku yang wajar
hendaklah diberikan pengukuhan.
iii.
Guru hendakalah bersifat
asertif jika ingin mengawal bilik darjah.
iv.
Guru perlu merangka satu
sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid mengenai
tingkah laku yang baik dan buruk.
Penalti diberikan kepada mereka yang terus melakukan salah laku.
Bagi cadangan Dorit
Sasson, penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah salah satu cara bagi
mengawal dan mengurus kelas.
“Social dynamics is a big factor for
rowdy behavior. Look at your seating
chart. Disruptive students who have been sitting next to each other may now
need to be separated. The minute you
neutralize the social dynamics, it can be easier to teach.”
|
5.
Cadangan :
Setelah merujuk
kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa cadangan
atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah. Pertama sekali, saya akan membentuk satu
peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya
sepanjang waktu Sains. Apabila
terdapat murid-murid yang mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk
kepada system peraturan saya untuk memberi dendaan supaya bersifat adil dan
saksama.
Keduanya, saya
harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila terdapat
murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah. Hal ini sangat penting kerana kunci kawalan
disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan
kesannya. Menurut Canter (2002),
seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa
jua.
“Once
you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this
requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with one student-and
let it go with another. You can’t call students on the rule one day and
overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the
second hand one a clock.”
Seterusnya, saya
akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang sentiasa mematuhi
peraturan bilik darjah. Contoh
pengukuhan positif ialah kata-kata pujian, token, dan sebagainya. Saya juga merancang satu sistem peneguhan,
iaitu sistem pemberian markah secara berkumpulan. Markah akan diberi kepada setiap kumpulan
sekiranya ahli-ahlinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Manakala markah kumpulan akan ditolak
sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan kesalahan. Markah untuk setiap kali waktu Sains akan
dicatatkan. Dan, kumpulan yang
mempunyai markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah.
Seterusnya, saya akan membahagikan tempat duduk
mengikut kebolehan yang berbeza. Iaitu campuran murid yang pandai dan
lemah. Saya akan tukarkan tempat duduk
kumpulan yang berbuat bising dan agihkan merakaduduk di hadapan.
|
6. Tempoh masa:
Saya
akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin.Pengurusan masa yang baik
adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah dirancangkan.
|
7.
Tindakan susulan:
Daripada pengalaman
menggunaka Model Canter “assertive discipline”, guru yang asertif adalah
lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang.
Kegarangan dan
ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma
psikologi.
Seorang guru
asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan
produktif.
Iklim ini yang
dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum. Namun, saya tidak begitu asertif sepanjang
waktu pengajaran saya. Hal ini adalah
kerana saya menghadapi kesuntukan masa untuk menghabiskan pengajarannya.
Kadang-kadang saya
juga akan memarah murid-murid saya disebabkan kebisingan mereka. Jadi, saya berasa saya mesti mengubah sikap
saya yang tidak sabar tersebut.
|
8.
Penilaian kejayaan/ Pelaksanaan terhadap langkah-langkah penambahbaikan :
Saya akan meminta pandangan dari pensyarah
pembimbing saya untuk memberi penilaian dan komen tentang tahap penilaian
kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa
ke semasa.
Pelaksanaan penambahbaikan :
·
Mengkaji
kesilapan
·
Merancang
aktiviti yang bersesuaian dengan masa
·
Berbincang
dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.
·
Merangka
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
|
9.
Kesimpulan/Refleksi :
Saya melaksanakan apa sahaja peraturan dan
tindakan yang ditetapkan selepas merujuk kepada Model Disiplin Asertif
Canter.
Dengan adanya usaha saya dan kerjasama yang
diberikan oleh murid-murid, saya dapat mengurus bilik darjah dengan lebih
baik jika dibandingkan dengan yang dulu.
Sebagai bukti, dulu saya sentiasa tidak
dapat menghabiskan pengajaran dalam masa dan waktu yang ditetapkan. Hal ini adalah kerana saya sentiasa perlu
berhenti pengajaran saya hanya untuk menegur murid-murid atas sebab
kebisingan.
Tetapi, selepas saya mengamalkan cadangan
yang saya rujuk pada Model Disiplin Asertif Canter, saya dapat mengurus masa dan
murid-murid saya dengan berkesan dan baik.
Oleh itu, saya ada masa yang cukup dan
suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar.
Mohd Faiq/IPGK Perlis 1 Februari 2013 |
Friday, 15 February 2013
Contoh Penulisan Jurnal 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment