Tuesday, 5 February 2013

P3-Jurnal Minggu1



Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
1/12
Pertama
21 hingga 25 Januari 2013
Minggu Pertama di Sekolah Kebangsaan Bandar T6.

Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan praktikum yang lain seramai 4 orang melapor diri kepada Pn. Hjh. Sharifah Bibi bt. Omardin, GPK Pentadbiran S.K. Bandar T6, Taman Sri Lambak, Kluang. Kami dikenalkan dengan beberapa staf yang ada di pejabat ketika itu. Kami juga diberitahu bahawa kami akan bermesyuarat dengan Guru Besar S.K. Bandar T6 pada hari keesokkannya (Selasa) pukul 9 pagi. Kami juga berpeluang untuk melihat kawasan sekeliling di sekolah tersebut dan berkenalan dengan beberapa orang pelajar untuk mempelajari budaya sekolah ini.

            Sebelum pulang, kami diarahkan untuk berjumpa dengan guru kaunseling sesi petang (En. Azman b. Hamsar). Kami berbincang mengenai aktiviti/program yang perlu dikendalikan bagi murid tahun 1 dan tahun 2. Program tersebut akan berlansung dari pukul 11 pagi tetapi kami terlibat bermula jam 1.15 petang hingga 2.15 petang. Ia bersempena dengan pemberian wang awal persekolahan RM100. Setelah berbincang, kami semua mendapat kata putus dan bersetuju untuk membuat aktiviti mewarna pada hari berkenaan.

           Pada hari kedua saya dan rakan-rakan yang lain Mesyuarat bersama Guru Besar, Tn. Hj. Hanif b. Ghazali. Beliau menyampaikan beberapa perkara:
a.     Kata-kata pengantar Ketua Setiausaha Negara.
b.    Pemantauan akan dilakukan oleh pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan guru besar.
c.     Disiplin/kehadiran
d.    Buku log/buku Rancangan Pengajaran Harian wajib dibuat.
e.     Bilangan waktu mengajar yang dibenarkan sekurang-kurangnya 8 masa. Namun, kami masih belum mendapat jadual waktu kami kerana pihak pentadbiran perlu merombak jadual semua guru S.K. Bandar T6 atas sebab-sebab tertentu. Kami akan mendapat jadual waktu mengajar kami pada hari selasa minggu hadapan.
f.     Utamakan keselamatan semasa di bengkel.
g.    Terima segala komen guru pembimbing. Guru pembimbing perlu memberi justifikasi pada setiap komen yang diberikan.
h.     Semak buku latihan murid.
i.      Jangan melayari laman sosial semasa berada di sekolah. tumpukan pada p&p yang akan dijalankan.

          Selepas bermesuarat dengan Guru Besar, saya berbincang pula dengan En. Muhamad Sairi b. Sayuthi (GPK Kokurikulum) untuk menetapkan pemilihan guru penasihat bagi kelab/persatuan, permainan dan unit beruniform.

         Pada hari ketiga, saya mendapat maklumat mengenai kelas yang perlu diambil alih. Selepas itu, saya terus ke kelab/persatuan masing-masing untuk aktiviti kokurikulum. Pada perjumpaan yang pertama ini, setiap kelab/persatuan perlu membuat satu mesyuarat agung untuk melantik ahli jawatankuasa 2013 dan aktiviti yang akan dlaksanakan pada tahun ini. Selesai kokurikulum, saya berjumpa dengan guru kelas yang akan saya ambil alih mulai minggu hadapan. Pada sebelah petangnya, keempat-empat kami Turun ke dewan terbuka untuk membantu mengawal murid tahun 1 dan tahun 2 (sesi petang) kerana semua guru kelas terlibat dengan pemberian wang bantuan awal persekolahan RM100.

        Setelah bercuti sempena Maulidur Rasul pada 24/01/13(khamis), saya datang semula pada hari Jumaat seperti biasa. Di awal pagi, semua warga S.K. Bandar T6 berkumpul di dewan terbuka dan membuat bacaan yasin beramai-ramai. Kemudian, saya berkesempatan untuk berjumpa dengan guru matapelajaran K.Hidup 5 Yakin untuk berbincang mengenai silibus. Saya dan rakan-rakan yang lain juga berjumpa dengan guru SPBT untuk meminjam buku teks dan buku panduan guru sebagai rujukan kami.

       Selesai semua proses peminjaman buku-buku teks, kami pergi ke bilik SAL (Self-Access Learning) dan mencari bahan untuk aktiviti petang bagi murid tahun 1 dan 2. Pada sebelah petang, kami datang semula ke sekolah untuk mengawal murid tahun 1 dan 2 kerana semua guru terlibat dengan pogram pementoran bermula jam 3 petang hingga 5.30 petang. Setelah semuanya selesai, barulah kami pulang ke rumah.

     

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan    : .............................................
Nama               : .............................................
Tarikh               : .............................................


No comments:

Post a Comment