Saturday, 1 December 2012

Contoh RPH KH-Penghasilan Projek

RPH KHSR Tahun 5



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP


Mata Pelajaran                :Kemahiran Hidup
Kelas                               :5 Gemilang
Tarikh                              :10 April 20XX
Masa                               :10.15 – 11.15 pagi
Bilangan pelajar              :23/23
Tajuk                                :Reka bentuk dan penghasilan projek
Sub Tajuk                        :Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam
                                           dan bahan kitar semula.
Kemahiran                      : Murid dapat membaca lukisan projek dan seterusnya murid dapat mereka bentuk dan membuat projek berdasarkan minat.
Pengetahuan Sedia Ada       :Murid mengetahui serba sedikit cara penggunaan
                                                alatan pertukangan dan tahu akan risiko menggunakan
                                                alatan pertukangan.
Hasil Pembelajaran   : Di akhir pengajaran,
1.       Murid  dapat melabelkan lima dari sepuluh alatan tangan yang ada dengan tepat.
2.       Murid dapat mengenalpasti lapan dari sepuluh perbezaan lukisan projek dengan betul.
3.       Murid dapat melakarkan tiga rekabentuk berdasarkan lukisan projek dengan bercirikan alam sekitar.
Nilai-nilai Murni                :Keselamatan, Kekemasan, Kerjasama , Disiplin, Tanggungjawab dan Kebersihan.
Kemahiran Berfikir          :Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya,  menyatakan ciri dan Menghasilkan idea.
Bahan Bantu
Mengajar                          :Video, Nota Edaran, Kertas Lukisan, Pensel.
Pendidikan Alam
Sekitar                              :Pengurusan sumber yang tidak sistematik banyak menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Kajian Masa Depan          :Melahirkan insan yang berkemahiran dalam pengurusan bengkel dan sumber alam walaupun bukan seorang jurutera.

Langkah /Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan kepada tajuk mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula
1.    Guru menunjukkan rakaman video mengenai keadaan alam sekitar yang semakin teruk dari hari ke hari.
2.    Kemudian, guru menunjukkan rakaman video akibat jika keadaan yang bersampah sarap masih berterusan.
3.    Rakaman disusuli dengan aktiviti soal jawab tentang cara untuk menangani pencemaran alam sekitar.
4.    Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini
“Merekabentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula”
BBM:
Video

KBKK:
Membuat inferens, menjana idea

Nilai-nilai Murni:
Kerjasama dan bertanggungjawab

PAS:
Pengurusan sumber yang tidak sistematik banyak menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Langkah 1
(15 minit)
Pemberian lukisan projek kayu.
  • Mengedarkan lukisan projek kayu kepada murid-murid.
  • Penerangan tentang cara membaca lukisan projek.




1.    Guru menerangkan tentang cara-cara untuk membaca lukisan projek kayu.
2.    Guru meminta murid untuk mencari perbezaan antara tiga jenis lukisan projek kayu.
BBM:
Nota edaran.

KBKK:
Membuat gambaran mental, imbas kembali
Langkah 2
(15 minit)
Pemberian senarai alatan tangan dan bahan.
·         Mengedarkan senarai alatan tangan dan bahan kepada murid.
·         Penerangan secara ringkas tentang keselamatan apabila menggunakan alatan tangan.
1.    Guru mengedarkan senarai bahan dan alatan kepada murid.
2.    Guru meminta murid untuk menyenaraikan seberapa banyak alatan tangan yang murid tahu.
3.    Guru memberi penerangan tentang jenis-jenis dan fungsi-fungsi bahan yang digunakan.
BBM:
Nota Edaran.

KBKK:
Imbas kembali, menjana idea

Nilai-nilai murni:
Mengutamakan keselamatan.
Langkah 3
(5 minit)
Pemberian urutan langkah kerja membuat projek kayu.
·         Mengedarkan kertas urutan langkah kerja kepada murid.
·         Memberi penerangan kepada murid tentang kepentingan langkah kerja.
1.    Guru meminta murid untuk menitikberatkan tentang kepentingan dalam mengikuti langkah kerja apabila membuat sesuatu projek.
2.    Guru meminta murid untuk memberikan akibat jika langkah kerja tidak diikuti.
BBM:
Nota Edaran.

Nilai-nilai murni:
Disiplin

Penilaian
(15 minit)
Ujian lisan dan kertas pensil.
·         Member soalan kepada murid secara rawak.
·         Meminta murid untuk melakarkan tiga jenis lakaran yang berkonsepkan alam sekitar.
1.    Murid diminta untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan oleh guru.
2.    Setiap murid perlu melakarkan tiga lakaran projek kayu yang berkonsepkan alam sekitar.
3.    Guru perlu memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai oleh murid.
BBM:
Kertas Lukisan,pensel.

Penutup
(5 minit)
Rumusan:
1.    Penghasilan projek kayu menggunakan logam dan bahan kitar semula.
  • Mengamalkan langkah-langkah menjaga alam sekitar.
  • Fikirkan faedah yang dapat jika menjaga alam sekitar.
1.    Murid dibimbing untuk membuat rumusan.
2.    Guru menunjukkan rakaman video tentang faedah apabila alam sekitar dijaga.

Tugasan susulan:
Murid dikehendaki menyediakan
Kemahiran Berfikir:
membuat rumusan

Kajian Masa Depan:
Melahirkan insan yang berdisplin dan bekerja sama dalam menjadikan alam sekitar lebih sihat dan ceria.



No comments:

Post a Comment