Saturday, 1 December 2012

Contoh RPH KH -Jahitan

Contoh Rancangan Pengajaran Harian (Kemahiran Hidup)


Rancangan Pengajaran Harian
Kemahiran Hidup Tahun 5 Merah
Tarikh
1 April 20XX
Masa
10.05 – 11.05 pagi
Tahun
5 Merah
Bidang
Reka Bentuk dan Teknologi
Unit
1.6 Jahitan
Topik
a. Membaiki pakaian
Hasil pembelajaran
Aras 1:
  • · Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan
  • · Menyatakan kegunaan alatan jahitan
  • · Mengenal pasti mata jahitan asas.
  • · Menyatakan kegunaan jahitan asas.
Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
  1.  Menyenaraikan 3 jenis alatan dan bahan jahitan
  2.  Menyenaraikan 2 kegunaan alat jahitan
  3.  Menyatakan 2 jenis jahitan asas dan 2 kegunaannya.
Aktiviti P & P
  1. Murid berbincang dengan guru tentang jenis peralatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan berpandukan bahan dan alat jahitan yang disediakan oleg guru.
  2. Murid diterangkan oleh guru mengenai kegunaan alatan jahitan.
  3.  Murid diterangkan oleh guru tentang mata jahitan asas serta kegunaannya.
Strategi Pengajaran
Perbincangan dan Pemerhatian secara berkumpulan oleh para pelajar.
Jenis Pembelajaran
Pembelajaran berpusatkan kepada pelajar
Kemahiran Generik
Berfikir dan pemudahcaraan, Kemahiran menjana idea, Kemahiran komunikasi
Bahan Sumber P&P
  • Alatan dan bahan jahitan yang sebenar
  • Sampel sebenar mata jahitan asas
  • Buku Teks Kemahiran Hidup Tahun 5 (Dewan Bahasa dan Pustaka)
Pengetahuan Sedia ada
  1. Murid mempunyai pengetahuan asas berkenanaan jahitan.
  2. Murid mengenal beberapa alatan dan bahan jahitan.
Nilai-nilai murni
Berdikari, rajin, bekerjasama, berkomunikasi dengan baik.
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
1. Pengenalan
Memberi pendedahan awal kepada murid
Set Induksi (5 minit)
  1. Murid diuji sejauh mana pengetahuan mereka tentang alat jahitan dan jenis jahitan.
  2. Bertanyakan soalan kepada murid sama ada mereka mempunyai pengalaman baju terkoyak dan bagaimana ia dibaiki.
  3. Memberi pendedahan kepada murid mengenai tajuk jahitan.
KBKK: Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
2. Penerangan Alatan dan bahan jahitan serta kegunaannya.
Alatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan:
  1. Pita ukur
  2. gunting
  3. Kapur tukang jahit
  4. Jarum peniti
  5. Jarum tangan
  6. Penetas jahitan
  7. Pembaris lurus
  8. Seterika
  9. Benang
  10. Fabrik
Kegunaannya (Rujuk lampiran 1)
Aktiviti-aktiviti:
Langkah 1 (25 minit)
  1. Guru meletakkan setiap satu alatan dan bahan jahitan di setiap meja.
  2. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil dan diminta melukis dan menamakan hanya satu alatan jahitan pada kertas A4 kosong.
  1. Setiap kumpulan membentangkan hasil lukisan dan murid bersoal jawab tentang kegunaan setiap peralatan yang dibincangkan.
BBM: Alatan dan bahan jahitan disediakan oleh guru
Nilai:
Kerjasama, berani
KBKK:
Berfikiran kreatif
3. Memperkenalkan mata jahitan asas
Antara mata jahitan asas:
  1. Jahitan kia
2. Jahitan jelujur halus
3. Jahitan sembat
4. Jahitan lilit kemas
5. Jahitan lubang butang
6. Jahitan silang pangkah
7. Jahitan insang pari
8. Jahitan sembat susup
Langkah 2 (15 minit):
1. Guru memperkenalkan mata jahitan asas dengan menunjukkan sampel-sampel sebenar jahitan pada fabrik.
2. Murid melukis lakaran jahitan pada buku latihan dan menamakan jenis-jenis mata jahitan
BBM: Sampel mata jahitan disediakan oleh guru.
Nilai:
Koperatif
KBKK:
Berfikiran kreatif
4. Penerangan kegunaan jahitan asas.
Langkah 3 (10 minit)
1. Guru menerangkan kegunaan mata jahitan asas untuk membaiki pakaian.
BBM: Buku teks KHB Tahun 5
5. Rumusan isi pelajaran.
1. Jenis dan bahan jahitan serta kegunaannya.
2. Jenis-jenis mata jahitan asas dan kegunaannya.
Penutup (5 minit)
1. Murid membuat rumsan dan mengimbas kembali tentang isi pelajaran
2. Murid disoal secara rawak tentang 3 jenis alatan dan bahan jahitan serta satu kegunaannya setiap satu alatan.
3. Murid disoal secara rawak tentang 2 jenis mata jahitan asas serta satu kegunaannya setiap satu.
4. Lembaran kerja diagihkan sebagai tugasan.
BBM:
  • Buku teks Tahun 5
  • Lembaran kerja
Refleksi:




No comments:

Post a Comment