JURNAL
REFLEKTIF MINGGU KE 4
(25.2.2013
hingga 01.3.2013)
NAMA PELAJAR :PUSPAWATI
BINTI PARNI
OPSYEN / KUMPULAN :DPLI-SEJARAH
NAMA SEKOLAH :SK
BANDAR PUTRA, SEGAMAT
TARIKH :
01. 03. 2013
1
|
Isu / masalah /
peristiwa
|
|
Isu:
Murid masuk lewat ke bilik
seminar selepas waktu rehat.
|
2
|
Pandangan dan perasaan terhadap isu /
masalah / peristiwa
|
|
Saya perhatikan sudah beberapa kali perkara
ini berlaku, dimana murid lewat masuk ke kelas sehingga mengambil masa lebih
10 minit. Perkara ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran terganggu.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku sewaktu hari pemantauan En Amin bin
Simon bagi mata pelajaran minor, saya telah meminta
izin guru bertugas untuk membenarkan murid dilepaskan awal masuk ke kelas.
Tetapi apa yang berlaku, murid-murid tahun 4PA tetap lewat 10 minit untuk masuk
ke kelas. Pada hari tersebut saya telah mengarahkan murid-murid tersebut ke bilik seminar kerana sesi
pengajaran akan berlangsung di sana. Bagi saya, perkara ini sepatutnya tidak
menjadi masalah kerana hanya segelintir murid sahaja yang datang lewat. Hasil
daripada temu bual daripada murid yang datang awal, murid-murid yang lewat
ini mengambil kesempatan diatas masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja
rumah. Ini menunjukkan sikap mereka yang kurang berdisiplin dan tidak
mendengar arahan guru, walaupun sudah acap kali saya berpesan kepada mereka
supaya menepati waktu.
|
3
|
Analisis isu /
masalah / peristiwa
|
|
3.1 Punca / sebab
|
|
Murid masuk lewat ke
bilik seminar kerana menyiapkan kerja rumah di dalam kelas.
|
|
3.2 Kekuatan / kelemahan
|
|
Bagi memastikan objektif pembelajaran dan
pengajaran tercapai, saya memastikan setiap langkah yang telah dirancang
berjaya dilaksanakan. Syukur alhamdulilah, akhirnya saya dapat melaksanakan
sesi pengajaran mengikut rancangan yang telah dirancang dan objektif
pembelajaran dan mengajaran dapat dicapai. Walaupun begitu saya terpaksa mengurangkan beberapa tugasan kepada
murid-murid supaya mereka mampu untuk melaksanakannya. Contohnya tugasan
awal, murid dikehendaki untuk membina satu perenggan dengan menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk berdasarkan lima frasa dan perkataan yang diberikan.
Bagi menjimatkan masa saya menggurangkan tugasan murid yang hanya perlu
membina satu perenggan dengan menggunakan 2 frasa atau perkataan yang
diberikan. Saya juga mengaplikasikan teknik memberi arahan, iaitu secara
lisan dan secara paparan di slide power point. Hasilnya, murid faham dan
jelas apa yang perlu mereka lakukan dan kurang pertanyaan daripada mereka.
|
4
|
Cadangan idea untuk
menyelesaikan isu
|
|
Bagi menggelakkan murid lewat masuk ke
kelas, guru bertugas perlu peka dengan
situasi ini supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
mengikut jadual yang ditetapkan. Disiplin murid-murid juga perlu dipertingkatkan
supaya mereka dapat memberi kerjasama. Pengawas-pengawas sekolah perlu lebih
tegas untuk membantu guru-guru mendisiplinkan murid-murid ini.
|
5
|
Tempoh masa yang
diberikan untuk menyelesaikan isu
|
|
Bagi menyelasaikan masalah ini untuk kelas
saya, saya menjemput sendiri
murid-murid ini untuk masuk ke kelas.
|
6
|
Pelaksanaan
langkah-langkah penambahbaikan
|
|
Murid-murid perlu dikumpulkan 5 minit awal
supaya mereka dapat bergerak ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan.
|
7
|
Tindakan susulan
|
|
Sebagai guru praktikum di sekolah ini,
sukar untuk saya menyuarakan masalah ini
ke pihak atasan. Namun apa yang boleh saya lakukan adalah berbincang dengan guru pembimbing bagaimana
untuk mengatasi masalah ini.
|
Pelajar Guru Pembimbing Pensyarah Penyelia
--------- --------------------------------- ---------------------------
( ) ( ) ( )
No comments:
Post a Comment