JURNAL MINGGU KETUJUH
Bilangan Jurnal
Minggu
Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
|
:
:
:
:
|
7
Minggu keenam
4 hingga 8 Mac 2013
Masalah
murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan
|
|
1. Masalah /
Peristiwa
Masalah
yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan
kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli kumpulan
sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan
apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat
berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan
dengan baik.
2. Analisis
Masalah
ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan
perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun
murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai
sahaja manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan
bahawa murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)
Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang
seimbang di mana setiap kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang
lemah.
b.)
Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu
murid yang lemah agar jurang yang ada dapat dirapatkan.
c.)
Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri
murid agar mereka dapat menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
4. Tempoh Masa
Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu
agar murid-murid dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa
mengambil kira taraf kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses
pembelajaran serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.
|
|||
|
|||
Disemak oleh Guru
Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh :
.............................................
|
Disahkan oleh
Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
.............................................
Nama :
.............................................
Tarikh
: .............................................
|
||
No comments:
Post a Comment