Wednesday 6 March 2013

Contoh Penulisan Jurnal Praktikum


Contoh Penulisan Jurnal


Isu: Murid-murid 4 Zamrud suka membuat bising dan berjalan sana sini semasa proses pengajaran dan pembelajaran.  


1.0 Pengenalan

Isu ini merupakan satu isu yang amat penting dan perlu dikaji untuk menjadi seorang guru yang berjaya.  Hal ini disebabkan dengan kawalan kelas yang teratur, barulah murud-murid mempunyai satu persekitaran pembelajaran yang kondusif tanpa sebarang gangguan.  Praktikum saya selama dua bulan bagi kali kedua telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent.  Saya telah diaturkan untuk mengajar dua kelas tahun 5 dan dua kelas tahun 4.  Sebelum saya mengajar, saya telah membuat analisis tentang keputusan akademik mereka dalam mata pelajaran Sains dan tingkah laku mereka.  Bagi darjah tahun 5, saya mendapati keputusan mereka berada di tahap baik.  Manakala bagi darjah tahun 4, keputusan mereka pula berada di tahap sederhana.  Dari segi tingkah laku pula, saya diberitahu bahawa tingkah laku mereka masih boleh tahan, cuma terdapat sesetengah mereka agak bising. 
Melalui pemantauan saya pada minggu pertama pada kedua-dua kelas tersebut, saya mendapati murid-murid bagi kelas 4 Zamrud mempunyai masalah disiplin iaitu mereka suka membuat bising, suka bercakap, suka berjalan sana sini dan tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran guru.  Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti mengambil pemadam kawan-kawan untuk kegunaan sekejap.  Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan pengajaran saya.  Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya.   Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan masih wujud di kalangan mereka.  Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibenarkan kerana akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.  Disebabkan saya menghadapi masalah dalam sistem kawalan kelas, maka saya pun mengambil keputusan untuk membuat isu tersebut bagi journal saya.

2.0  Kemungkinan penyebab

Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru itu sendiri.
“Most behavior problems in the classroom are caused by the teacher’s failure
to teach students how to follow procedures.”
Guru-guru tersebut yang bersikap dengan tidak mempedulikan murid-murid yang bertingkah laku keterlaluan akan menyebabkan murid-murid tersebut mengganggap bahawa guru telah takut akan mereka.  Guru-guru yang sentiasa marah-marah akan anak-anak murid mereka juga merupakan salah satu faktor penyebab kerana murid-murid akan berasa guru ini langsung tidak mengambil berat dan menghormati akan mereka.  Maka, murid-murid pun tidak menghormati guru mereka dengan cara membuat bising, begaduh atau berjalan sana sini.   Seterusnya, bahan pengajaran dan cara penyampaian pengajaran yang tidak menarik akan menyebabkan murid-murid berasa bosan untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Murid-murid yang mempunyai keurangan motivasi dalam kalangan mereka juga merupakan salah satu penyebab kepada kegagalan kawalan dalam bilik darjah.

 Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual serta pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan:
-       Murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah.
-       Murid-murid ini lemah dalam memahami bahasa Inggereis.
-       Murid-murid ini kurang berminat dalam pembelajaran Sains
-       Suara saya kurang jelas dan tidak didengari oleh mereka.
Disebabkan kelas adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berlainan, maka terdapat   murid yang dapat belajar dan faham dengan pantas.  Bagi mereka yang lemah, mereka adalah lambat dalam belajar.  Maka, bagi murid-murid yang lemah, mereka kurang berikan perhatian dan tidak minat dalam belajar Sains.  Justeru, mereka akan berasa bosan dan mula bercakap.  Jadi, tahap pembelajaran murid-murid juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin di dalam kelas.

3.0  Kelemahan

Kegagalan dalam kawalan murid-murid tersebut iaitu kawalan kelas akan membawa kepada beberapa kelemahan.  Ia akan menyebabkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.  Seterusnya, matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran juga sukar tercapai.  Hal ini disebabkan dengan kegagalan kawalan kelas, guru-gruru biasanya akan menghabiskan sebahagian masa mereka dalam mengawal murid mereka.  Sebagai contoh, dalam masa 30 minit bagi satu masa Sains, guru telah menghabiskan 15 minit dalam mengawal murid-murid mereka, maka hanya tinggal 15 minit adalah agak susah untuk menghabiskan satu “ Learning outcome”. Jadi, adalah agak susah untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang dirancang.  Ia akan membawa kepada perkara yang agak serius sekiranya syllabus tidak dapat dihabiskan sebelum peperiksaan.  Hal ini akan membawa juga kepada kemerosotan dalam peperiksaan kerana murid-murid terpaksa menduduki peperiksaan dengan tanpa penghabisan syllabus.  Selain itu, .kegagalan kawalan kelas mungkin akan menjadi faktor murid-murid yang bertingkah laku baik menjadi tidak baik juga dengan mengikut tingkah laku kawan-kawan mereka. 

4.0 Kekuatan

Sebaliknya, sekiranya seorang guru dapat mengawal murid-murid tersebut dengan baik, beberapa kekuatan akan diwujudkan.  Matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran akan lebih mudah tercapai kerana murid-murid menumpukan perhatian kepada apa yang telah guru mengajar.  Masa tidak akan disia-siakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak bermakna dan dapat digunakan dengan maksimum.  Sementelahan, disiplin murid-murid dapat dipertingkatkan. Murid-murid akan menghormati segala arahan daripada guru dan tidak membuat sesuatu yang tidak disenangi oleh guru mereka.  Oleh itu, suasana bilik darjah yang kondusif  dapat diwujudkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.

5.0 Kesan/ akibat

Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran Sains sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan berkesan.  Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran.  Pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadi semakin merosot.  Masalah disiplin akan semakin meningkat di kalangan mereka disebabkan oleh suasana pengikutan.  Matlamat dan hasil pengajaran tidak dapat dicapai seperti yang dinyatakan di atas.  Namun, segalanya dapat diatasi apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik.  Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan.  Murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar.  Dan, murid-murid akan sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah dan mengikuti arahan guru


6.0 Kajian Lampau

Untuk mengatasi masalah yang saya hadapi, saya telah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter.  Model Disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan dengan memerhati guru dalam bilik darjah.  Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang membenarkan guru mengajar dan pelajar belajar.  Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan pelajar mempunyai hak untuk mengajar dan belajar.  Antara berikut ialah ciri-ciri model ini:
       i.        Pelan yang berkesan hendaklah disediakan terlebih dahulu kemudian dimaklumkan kepada murid-murid pada hari pertama guru masuk kelas.
     ii.        Tingkah laku yang wajar hendaklah diberikan pengukuhan.
    iii.        Guru hendakalah bersifat asertif jika ingin mengawal bilik darjah.
    iv.        Guru perlu merangka satu sistem ganjaran dan dendaan yang boleh dijadikan rujukan murid-murid mengenai tingkah laku yang baik dan buruk.  Penalti diberikan kepada mereka yang terus melkukan salah laku.

Bagi cadangan Dorit Sasson, penyusunan tempat duduk dalam kelas adalah salah satu cara bagi mengawal  dan mengurus kelas.
“Social dynamics is a big factor for rowdy behavior.  Look at your seating chart. Disruptive students who have been sitting next to each other may now need to be separated.  The minute you neutralize the social dynamics, it can be easier to teach.”

                                                                  
6.0 Cadangan

Setelah merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter, saya telah merangka beberapa cadangan atau langkah-langkah untuk mengatasi masalah pengurusan bilik darjah.  Pertama sekali, saya akan membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya sepanjang waktu Sains.  Apabila terdapat murid-murid yang mewujudkan masalah disiplin, saya akan merujuk kepada system peraturan saya untuk member dendaan supaya bersifat adil dan saksama. 

Keduanya, saya harus sentiasa bersifat asertif sepanjang masa terutamanya apabila terdapat murid-murid yang melanggar peraturan bilik darjah.  Hal ini sangat penting kerana kunci kawalan disiplin pelajar adalah kekonsistenan penguatkuasaan peraturan dengan kesannya.  Menurut Canter (2002), seseorang guru tidak boleh berkompromi dengan penguasaan peraturan dalam apa jua.
Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this requirement. It is mandatory. You can’t enforce the rule with one student-and let it go with another. You can’t call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must be enforced with the consistency of the second hand one a clock.”

Seterusnya, saya akan memberi pengukuhan positif kepada murid-murid yang sentiasa mematuhi peraturan bilik darjah. Contoh pengukuhan positif ialah kata-kata pujian, token, dan sebagainya.  Saya juga merancang satu sistem peneguhan, iaitu sistem pemberian markah secara berkumpulan.  Markah akan diberi kepada setiap kumpulan sekiranya ahli-ahlinya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.  Manakala markah kumpulan akan ditolak sekiranya terdapat salah satu ahli atau semua ahli melakukan kesalahan.  Markah untuk setiap kali waktu Sains akan dicatatkan.  Dan, kumpulan yang mempunyai markah tertinggi selepas 8 minggu akan diberikan hadiah.
Seterusnya, saya akan membahagikan tempat duduk mengikut kebolehan yang berbeza. Iaitu campuran murid yang pandai dan lemah.  Saya akan tukarkan tempat duduk kumpulan yang berbuat bising dan agihkan merakaduduk di hadapan.


7.0 Tempoh Penyelesaian

Saya merancang agar menggunakan lapan minggu, iaitu dari 28 Jun 2010 hingga 20 Ogos 2010 untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah pengurusan bilik darjah saya. Kejayaan pelaksanaan model disiplin Asertif Canter merujuk kepada Pelan tindakan yang dilaksanakan sepanjang praktikum telah dilampirkan.

8.0 Tindakan susulan:

Daripada pengalaman menggunaka Model Canter “assertive discipline”, guru yang asertif adalah lebih berkesan daripada seseorang guru yang tidak asertif atau garang.  Kegarangan dan ketidakkonsistenan arahan guru yang menyebabkan kekeliruan dan trauma psikologi.  Seorang guru asertif dapat mewujudkan iklim bilik darjah yang positif, penyayang dan produktif.  Iklim ini yang dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.  Namun, saya tidak begitu asertif sepanjang waktu pengajaran saya.  Hal ini adalah kerana saya menghadapi kesuntukan masa untuk menghabiskan pengajarannya.  Kadang-kadang saya juga akan memarah murid-murid saya disebabkan kebisingan mereka.  Jadi, saya berasa saya mesti mengubah sikap saya yang tidak sabar tersebut. 

Selain itu, penggunaan sistem pemberian markah masih perlu dimantapkan lagi.  Murid-murid akan mematuhi peraturan dan mendengar arahan saya setiap kali saya memulakan sistem pemberian markah untuk setiap kumpulan.  Tetapi, keadaan ini hanya kekal untuk masa yang singkat sahaja.  Murid-murid terus membuat bising apabila guru tidak lagi memfokuskan pada sistem pemberian markah.  Hadiah yang dijanji akan dibagi kepada kumpulan yang mempunyai markah yang tertinggi selepas 8 minggu dapat memotivasikan murid-murid berusaha dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mematuhi peraturan bilik darjah.  Tetapi, tempoh masa pemberian hadiah itu terlalu panjang untuk murid-murid.  Sesetengah murid enggan berusaha lagi kerana pengukuhan positif itu bukan dibagi secara segera.

Oleh itu, saya mengubah sedikit perancangan saya.  Saya memberi ganjaran dan dendaan kepada murid secara segera.  Namun, sistem pemberian markah secara berkumpulan masih dikekalkan.  Saya juga memberi pengukuhan positif seperti kata-kata pujian atau makanan sebaik sahaja murid-murid melakukan sesuatu yang baik.  Contohnya, untuk setiap kali waktu tamat Sains, saya akan mengisytiharkan kumpulan yang terbaik pada hari tersebut dan memberikan kata-kata pujian untuk memotivasikan murid-murid.  Untuk murid-murid yang bermasalah, saya pula menegur mereka apabila mereka melakukan kesalahan.

Saya berasa penukaran tempat duduk bagi murid-murid yang bising duduk dekat depan juga tidak berguna kerana murid-murid tersebut juga berbuat bising juga.  Jadi, saya pun mengkaji cara lain untik mengawal mereka seperti meletakkan mereka di satu sudut berseorangan dak tidak membenarkan mereka melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dan melihat sahaja.  Dengan cara tersebut, saya mendapati agak berkesan kerana apabila mereka balik semula ke kumpulan, mereka tidak berani membuat bising lagi.  Jadi, saya akan cuba cara ini untuk praktikum seterusnya. 

Selain itu, saya juga berlatih untuk bersifat asertif pada bila-bila masa walaupun menghadapi masalah kesuntukan masa agar dapat memastikan penguatkuasaan peraturan bilik darjah secara konsisten dan berkesan.  

9.0 Kesimpulan

Sekarang saya faham bahawa pengajaran bukan sahaja menyampaikan ilmu. Guru adalah seperti tukang masak dimana masakan sedap bukan sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan api dapur, peralatan di dapur, suasana di dapur dan lain-lain.  Semua ini saling bergantung.

Dalam lapan minggu ini, saya sentiasa berusaha untuk memajukan kemahiran pengurusan bilik darjah saya.  Saya melaksanakan apa sahaja peraturan dan tindakan yang ditetapkan selepas merujuk kepada Model Disiplin Asertif Canter.  Dengan adanya usaha saya dan kerjasama yang diberikan oleh murid-murid, saya dapat mengurus bilik darjah dengan lebih baik jika dibandingkan dengan yang dulu. Sebagai bukti, dulu saya sentiasa tidak dapat menghabiskan pengajaran dalam masa dan waktu yang ditetapkan.  Hal ini adalah kerana saya sentiasa perlu berhenti pengajaran saya hanya untuk menegur murid-murid atas sebab kebisingan.  Tetapi, selepas saya mengamalkan cadangan yang saya rujuk pada Model Disiplin Asertif Canter, saya dapat mengurus masa dan murid-murid saya dengan berkesan dan baik.  Oleh itu, saya ada masa yang cukup dan suasana yang kondusif untuk mengajar dan belajar.

10.0  Bibliografi

Regaining Class Control-Classroom Management Strategies, Tips and Techniques, dipetik daripada http://classroomorganization.suite101.com/article.cfm/class_control pada 2 Julai 2010
New Teachers - Great Strategies For Regaining Classroom Control, dipetik daripada http://ezinearticles.com/?New-Teachers---Great-Strategies-For-Regaining-Classroom-Control&id=2011146 pada 2 Julai 2010
4 Ways to Regain Class Control, dipetik daripada http://theapple.monster.com/benefits/articles/7611-4-ways-to-regain-class-control?page=2 pada 2 Julai 2010
Ciri-ciri Model Disiplin Asertif Canterdipetik daripada www.scribd.com/doc/27273994/Disiplin-Asertif-Canter pada 2 Julai 2010
DISIPLIN ASERTIF CANTER, dipetik daripada www.1001portails.com/scribd-com-feeds-rss-f-30059-6695539-disiplin-asertif-canter.html - United States pada 2 Julai 2010

No comments:

Post a Comment