Monday, 24 February 2014

P6-M2 2014-Jurnal Minggu 2



P6-M2-Jurnal minggu kedua praktikum
Bilangan Jurnal 
Minggu  Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian   
:
:
:
:
Ke-2
Kedua
5 - 6 Februari 2014
Minggu Kedua Di SK Tengku Mahmood Iskandar 2


Pada hari Rabu dalam minggu kedua, saya telah melaksanakan pengajaran yang pertama bagi kelas 3 Arif. Inilah kali pertama saya mengambil kelas Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Walaupun pada praktikum-praktikum sebelum ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa.

Setelah saya melayari internet tentang konsep KSSR, saya mendapati bahawa KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju. 

Tidak begitu sahaja, saya sedar bahawa unsur HOTs adalah sangat penting untuk menambahbaikkan pengajaran di samping dapat melahirkan generasi yang kreatif dan berfikiran terbuka. HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs.

Jadi, selepas ini, guru-guru perlulah menjadi SHOTs pula. (Super Higher Order Thinking Skills). Sekiranya nak anak murid beri jawapan HOTs, tentulah guru perlu terlebih dahulu ada kemahiran membina soalan-soalan sedemikian. Namun kekangannya adalah, saya sendiri kurang kreatif. Maka soalan saya tetap mempunyai satu jawapan akhir yang pasti. Hal ini demikian kerana itulah matematik bagi saya. Tepat dan Pasti. Pada pelajaran akan datang, saya akan melakukan anjakan paradigma dalam pelbagai aspek termasuklah rancangan aktiviti pengajaran harian dan kaedah menyoal. Saya amat berharap agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan baik dengan pelaksanaan tindakan di atas.

 SK Tengku Mahmood Iskandar 2,
Jalan Abas, 82000 Pontian,
Johor.
24/02/2014

















No comments:

Post a Comment