Thursday, 27 February 2014

Comtoh Jurnal-Kategori Bimbingan


1. MASALAH DISIPLIN KANAK-KANAK



:


Program
:
PISMP

Pengkhususan / Opsyen
:
2011 / 01 - PRASEKOLAH/ MUZIK/ PENDIDIKAN JASMANI

Sekolah
:
SK SERI SETIA

Fasa Praktikum
:
3

Minggu Praktikum
:
3

Tarikh
:
09-02-2014

Tajuk
:
MASALAH DISIPLIN KANAK-KANAK

Kategori
:
Bimbingan




1. Isu Yang Difokuskan :

Isu yang ingin saya ketengahkan pada minggu ini ialah isu disiplin kanak-kanak prasekolah. Sememangnya tidak logik untuk memperkatakan soal disiplin kanak-kanak seawal usia 4,5 dan 6 tahun, tetapi ini adalah menjadi masalah yang besar jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Disiplin membawa definisi sebagai kepatuhan (kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan), kesetiaan atau ketaatan atau dengan kata lain disiplin bermaksud tatatertib. Disiplin mesti dibentuk seawal usia lagi supaya seorang individu itu mempunyai garis panduan kepada setiap apa yang hendak dilakukan. Disiplin kanak-kanak adalah bermula dari didikan ibu bapa di rumah lagi. Seterusnya disambung oleh guru di setiap peringkat persekolahan.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Dari pihak ibu bapa Ada segelintir ibu bapa yang sangat memanjakan anak mereka dari awal lagi. Apa sahaja yang anak ingin lakukan tidak dihalang dan menuruti sahaja kehendak mereka. Ini menyebabkan anak-anak mereka merasakan apa sahaja yang mereka lakukan adalah benar belaka. Ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Dari pihak guru Di sekolah guru pula memainkan peranan penting bagi mendidik disiplin kanak-kanak. Pada hari pertama persekolahan lagi, guru boleh menanam disiplin pada kanak-kanak, contoh cara menyusun kasut, beratur ketika merngambil makanan dan lain-lain.Guru lambat bertindak, iaitu merujuk kepada peraturan-peraturan sekolah. Perkara yang amat penting ialah menerangkan disiplin di sekolah pada sesi persekolahan yang baru bermula. Dari pihak murid Kanak-kanak itu sendiri tidak tahu apa itu disiplin. Kanak-kanak tersebut terlalu agresif dan tiada penumpuan.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah: (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik (f) memuji jawapan atau respons yang spontan. Dendaan -Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari kontekspendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dankeberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa tingkahlaku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau fizikalyang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula menyatakanperlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu prosespembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara tingkah lakudisruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau negatif,mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Penyelesaian terhadap masalah disiplin kanak-kanak tabika yang saya cuba untuk laksanakan haruslah bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Beri nasihat -Saya akan memberi nasihat kepada kanak-kanak yang suka membelakangkan disiplin. Nyatakan kepada mereka mengapa tidak boleh buat itu dan apa sebabnya. Apa yang sepatutnya di lakukan. Beri hukuman -Dendaan pada kanak-kanak yang suka melanggar disiplin tetapi mesti bersebab Pengasingan -Denda mereka berdiri pada satu sudut dan nyatakan mengapa mereka dikenakan pengasingan. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan Negatif -Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Tempoh masa diambil sehingga murid menjadi mesra dengan saya dan mereka sudah boleh bersikap tolak ansur dan memahami kehendak yang dingini dari mereka iaitu megawal sikap mereka yang selama ini boleh dikatakan sebagai distruktif


6. Tindakan Susulan :

Sebagai seorang guru yang kurang berpengalaman, saya akan pastikan setiap gerak geri saya disenangi oleh semua pelajar. Ini adalah penting sebagai langkah mendekatkan diri dengan murid supaya lebih mudah menerima isi pelajaran yang diajar. Namun begitu panduan dan amaran perlu dilakukan sekiranyanya murid melakukan sesuatu perkara yang salah. Pendekatan psikologi adalah perlu bagi menangani masalah pelajar, ini bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dingini berlaku, kerana murid perlukan kasih sayang dan perhatian. Selain itu saya juga perlu lebih tegas dalam menangani murid-murid ini antaranya adalah: a. Tidak menunjukkan reaksi yang was-was dalam menegur mereka supaya mereka lebih merasa bahawa kesalahan yang dilakukan adalah perkara yang tidak sepatutnya diulang lagi b. Memberikan arahan yang jelas dan tepat kepada murid seperti masukkan kerusi ke dalam meja,beratur dahulu sebelum mencuci tangan, menunggu kawan-kawan yang lain sebelum memulakan sesuatu perkara, sentiasa mengucapkan terima kasih di atas pertolongan kawan,guru dan ibu-bapa c. Memotivasikan diri murid seperti kata-kata nasihat yang memberi peransang untuk mereka lakukan yang terbaik seperti contoh “siapa budak baik perlu siapkan kerja dahulu barulah boleh bermain”. d. Memerhatikan tingkah-laku mereka yang salah agar dapat diperbetulkan dengan segera dengan memberikan sedikut peneguhan negatif yang akan memberikan kesan yang mendalam kepada murid agar mereka tidak akan melakukan perkara tersebut lagi.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

10-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Masalah tingkah laku sememangnya sering dihadapi oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Bukannya mudah untuk menguruskan masalah tingkah laku di kalangan murid-murid. Adakalanya ia dapat dikawal dan ada kalanya ianya seperti barah yang boleh menyebabkan lumpuhnya proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Yang pasti, tanggungjawab seorang guru di sekolah amat berat sekali. Bak kata pepatah “ Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “. Itulah hakikat tugas seorang guru di sekolah. Apabila berlaku salah laku di kalangan murid-murid, maka guru akan dipersalahkan dan jari dituding ke arah guru. Sebenarnya kadangkala keadaan dan suasana sekolah juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah. Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian dari beberapa tokoh terkenal boleh dijadikan sebagai bahan rujukan oleh pihak sekolah bagi merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi  murid-murid dan akademik di sekolah.  
2. MASALAH DATANG LEWAT KE SEKOLAH



Program
: KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN CINA (SJKC) - (KUMPULAN IPG LUAR)
Sekolah
: SJK(C) Soon Cheng, Muar
Fasa Praktikum
: 2
Minggu Praktikum
: 5
Tarikh
: 13-02-2014
Tajuk
: Masalah datang lewat ke sekolah
Kategori
: Bimbingan

1. Isu Yang Difokuskan :

Saya terdapat beberapa murid sentiasa datang lewat ke sekolah. Hal ini menjadi masalah terhadap guru mata pelajaran,guru kelas, dan juga murid-murid sendiri, mahupun murid-murid lain secara tidak langsung. Murid yang datang lewat telah menjadikan gangguan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kerja rumah sentiasa tidak selesaikan, ejaan dan pengujian subjek lain juga mendapat markah yang tidak memuaskan.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Punca murid datang lewat ke sekolah, hasil daripada analisis terhadap isu yang telah saya kenal pasti ialah masalah ibu bapa dan sesetengah mereka adalah kerana sikap bangun lewat. Kebanyakan masalah murid yang datang lewat adalah kerana ibu bapa. Antara mereka yang bermasalah adalah kerana masalah komunikasi ibu bapa yang sering bergaduh, kerosakan kereta, ibu bapa tidak dapat bangun awal dan sebagainya. Selain itu, Sikap murid yang suka bercuti, juga menyebabkan mereka suka tidak hadir ke sekolah. Kesan terhadap isu yang berlaku ini telah menyebabkan kerja rumai pada pengajaran dan pembelajaran akan menyebabkan mereka tidak dapat menguasai pengajaran yang disampaikan secara sempurna, justeru, menjejaskan minat mereka untuk terus mempelajari ilmu baru, selain itu, ia turut akan memberi kesan terhadap keputusan ujian dan peperiksaan.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Masalah murid datang lewat ke sekolah akan meimbulkan gejala negatif lain kepada murid. Murid akan hilang sikap bertanggungjawab, suka berbohong, malas dan sebagainya. Murid sebegini akan ketinggalan dalam bidang akademik dan mungkin boleh menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan negatif yang lebih buruk. Hal ini akan menjejaskan pencapaian sekolah dalam semua bidang. Operasi Datang Lewat Ke Sekolh - Dari SMK Taman Indah (2004)


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :- i) Mengedarkan surat pemberitahuan tentang datang lewat ke sekolah kepada ibu bapa. ii) Menghantar senarai nama murid yang datang lewat ke sekolah kepada guru disiplin, hal ehwal pelajar atau guru kaunseling sekolah. iii) Rekod Harian dan Rekod Bulanan (Borang awas 5.1, Borang awas 5.2 dan Borang awas 5.3)


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan mencatatkan nama murid yang datang lewat ke sekolah ke dalam Buku Rekord Pelajar Datang Lewat. Kemudian, murid yang lewat 3 hari berturutan akan menyerahkan senarai nama tersebut kepada guru disiplin, guru disiplin akan menjalankan siasatan dahulu, sekiranya alasan yang diberikan munasabah (lewat yang tidak dirancang), murid akan dibawa kepada guru bimbingan dan kauseling. Sekiranya alasan yang dibirinya tidak munasabah, murid akan dibawa ke bilik disiplin untuk diambil tindakan.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

21-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Dengan merekodkan pelajar yang datang lewat, saya terdapat murid akan lebih bertanggungjawab apabila mereka tidak hadir atau lewat ke sekolah. Mereka akan menunjukkan sebab dan bukti bahawa ketidakhadiran mereka. Selepas temuduga dengan bersoal kepada murid yang selalu datang lewat, Seorang pelajar memang mempunyai masalah. Hal ini disebabkan pergaduhan antara ibu bapa murid tersebut. Saya terpaksa bertumu dengan ibu pelajar tersebut dan cuba membantu mereka menyelesaikan masalah lewat ke sekolah ini. Selepas bertemu dengan ibu pelajar ini, beliau juga berjanji akan menghantar anaknya tepat pada masa. Hal ini juga perlu diperhatikan dengan mengambil masa beberapa minggu.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Saya terdapat masalah lewat ke sekolah bukan sahaja mengandungi masalah disiplin, tetapi juga menliputi masalah emosi dan psikologi. Sebagai seorang guru, saya mestilah meneliti kelakuan pelajar saya sendiri dengan memahami punca masalah pelajar saya. Selepas itu, barulah saya memilih langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah murid tersebut. Sebagai contoh tersebut, masalah murid kadang-kala digantung kepada masalah keluarga, sebagai seorang guru, saya adalah berhak untuk memahami masalah pelajar saya. Oleh itu, saya pun menjalankan tugas saya, bertumu dengan ibu pelajar tersebut.


3. MASALAH TINGKAH LAKU NEGATIF



:
Program
: DPLI
Pengkhususan / Opsyen
: 2013 / 01 - JQAF (LPBS) PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN KHAS
Sekolah
: SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GAMBIR
Fasa Praktikum
: 1
Minggu Praktikum
: 2
Tarikh
: 30-01-2014
Tajuk
: Pengurusan Tingkah Laku Negatif
Kategori
: Bimbingan

1. Isu Yang Difokuskan :

Pada minggu kedua praktikum, saya menghadapi masalah tingkah laku kurang memberangsangkan daripada murid-murid seperti tidak mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam pembelajaran. Selain itu juga, timbulnya perlakuan negatif semasa sedang belajar seperti murid-murid bermain-main semasa belajar, seorang murid suka mengulangi percakapan guru apabila salah seorang daripada murid tidak mengendahkan arahan guru, dan mengganggu rakan-rakan menyiapkan kerja yang diberikan.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah yang berpunca daripada tingkah laku negatif sememangnya tidak dapat dielakkan dalam sesebuah kelas. Tambahan pula dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan turut menggabungkan pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Perbezaan individu yang terdapat dalam kelas semestinya menyebabkan seseorang murid memiliki kecenderungan dan daya pemerhatian yang berbeza-beza. Oleh sebab itu, aktiviti yang dibuat perlu mengambil kira tahap kecergasan dan keupayaan murid dalam menjalankan sesuatu. Bagi murid berkeperluan khas, faktor kurangnya tumpuan ke dalam aktiviti pembelajaran bukan sahaja boleh terjadi di sekolah, malahan punca sebenar adakalanya berlaku di rumah. Seperti dalam kelas saya yang berlangsung pada hari Rabu, 29 Januari 2013, di mana salah seorang murid tidak mahu melakukan kerja mewarna yang diberikan. Murid tersebut mengalami kecederaan pada mukanya semasa bermain di rumah. Akan tetapi, disebabkan rasa sakit masih berlarutan menjadikan murid tersebut tidak aktif mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilaksanakan pada sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Perbuatan mengulangi percakapan guru pula merupakan suatu perbuatan yang menjadikan kelas bertambah bingit. Keadaan ini terjadi kerana sesetengah murid suka bermain-main dan mengganggu rakan sekelas sehingga menyebabkan arahan guru terabai. Oleh sebab itu, murid yang mengikuti aktiviti yang dilaksanakan di dalam kelas menegur perbuatan rakan-rakannya dengan mengulangi arahan guru dan menaikkan nada suara.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Masalah lain yang timbul disebabkan faktor perbezaan individu ialah kadar tempoh masa yang diperlukan bagi seseorang murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Terdapat dalam kalangan murid memerlukan masa yang lebih panjang bagi menyiapkan tugasan individu yang diberikan kepada mereka semasa kelas berlangsung. Walau bagaimanapun, terdapat juga murid yang hanya memerlukan tempoh yang singkat bagi menyiapkan tugasan tersebut. Murid-murid yang telah menyelesaikan tugasan masing-masing sering berjalan-jalan di dalam kelas dan adakalanya mereka meminta untuk bermain meskipun sesi pengajaran dan pembelajaran masih berlangsung. Oleh sebab itu, aktiviti yang dijalankan perlu bersesuaian dengan keupayaan mereka perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dapat ditangani dengan berkesan.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Setelah mengamati punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah sebegini, saya menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Langkah-langkah tersebut ialah: a. Saya seharusnya memperbanyakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan supaya murid-murid seronok dan ingin menyertai aktiviti pembelajaran. b. Saya perlu mengambil kira keupayaan fizikal murid dalam menjalankan aktiviti supaya murid yang terlibat tidak berasa terpinggir daripada pembelajaran. c. Aktiviti dan tugasan seharusnya dipelbagaikan dan serasi dengan keupayaan murid supaya dapat mengelakkan murid-murid membuat gangguan di dalam kelas apabila sudah menyelesaikan kerja mereka. d. Suara dan arahan yang saya berikan perlu jelas dan kuat supaya semua murid dapat memberikan perhatian terhadap apa yang saya ucapkan. e. Saya seharusnya memujuk murid supaya menyertai aktiviti dengan menjanjikan ganjaran berbentuk ekstrinsik bagi memastikan murid tidak tercicir daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira punca berlakunya masalah yang dihadapi murid. f. Saya akan mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada guru dan penysarah pembimbing bagi mengetahui lebih lanjut aktiviti yang boleh dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga akan berbincang dan bertukar pendapat bersama rakan-rakan guru dan juga guru-guru pelatih yang sedang menjalani praktikum bersama-sama saya.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 Minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang. Masalah pengurusan tingkah laku ini sering kali berlaku dan tidak dapat dielakkan di dalam sesebuah kelas. Akan tetapi, dengan mengadakan aktiviti pembelajaran yang menarik dan bersesuaian dengan fizikal serta kecenderungan murid mungkin boleh mengurangkan tingkah laku yang mengganggu semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi, sudah tentu objektif pembelajaran tidak akan berjaya dicapai sepenuhnya sekaligus menghalang daripada timbulnya suasana kondusif dalam sesebuah kelas.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

13-02-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Bagi menguji keberkesanan langkah yang dicadangkan sebelum ini, saya memanjangkan tempoh tindakan disebabkan oleh hari persekolahan pada minggu berikutnya hanyalah berbaki dua hari setelah cuti sempena Tahun Baru Cina. Sehubungan itu, bagi melaksanakan cadangan yang dirangka, saya telah membina bentuk-bentuk aktiviti yang merangkumi permainan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti permainan yang saya wujudkan ialah menyusun kad huruf mengikut kumpulan huruf yang sama, menyusun kad membentuk perkataan suku kata terbuka, menyusun nama-nama 25 Rasul secara berurutan. Melalui permainan yang diadakan, saya dapat memerhatikan perlakuan murid secara langsung dan juga respon mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Menerusi permainan yang dijalankan juga, saya berupaya mengesan keupayaan murid dalam memahami arahan dan melakukan sesuatu berdasarkan arahan yang diberikan. Murid-murid yang kurang jelas dengan arahan yang diberikan dan memerlukan tunjuk ajar daripada guru juga tidak teragak-agak untuk menyuarakan masalah mereka. Bagi aktiviti lembaran kerja pula, saya melakukan pembahagian mengikut tahap murid. Oleh sebab itu, saya menyediakan dua lembaran kerja berasingan dengan aras mudah dan aras tinggi. Murid-murid tahap satu diberikan lembaran kerja aras tinggi manakala murid-murid yang lemah atau tahap dua dibekalkan lembaran kerja aras rendah. Namun dalam sesetengah perkara seperti membina kolaj huruf, murid-murid tahap dua lebih cepat menyiapkan kerja yang diberikan berbanding murid-murid tahap satu. Selain lembaran kerja dan aktiviti, suara dan arahan yang saya berikan juga memainkan peranan dalam mengalihkan perhatian murid bagi menjalankan langkah seterusnya. Oleh sebab itu, saya melakukan apa sahaja perbuatan yang boleh menarik perhatian murid kepada saya sama ada dengan melukiskan gambar pada papan tulis, memperdengarkan rakaman video atau lagu, mempamerkan gambar-gambar dan kad, serta menunjukkan permainan minda yang boleh membuatkan murid menyumbang idea dan bersifat aktif di dalam kelas.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Permainan adalah salah satu cara mempelajari sesuatu kemahiran dan melihat penguasaan pelajaran dalam kalangan murid. Oleh sebab itu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, saya cuba mewujudkan pelbagai jenis permainan yang boleh membantu murid menguasai pelajaran mereka. Pada masa yang sama, saya dapat menarik perhatian murid dan mewujudkan kawalan kelas yang baik dan juga suasana kondusif dalam kelas bagi membolehkan murid-murid belajar dengan selesa. Namun terdapat juga kelemahan yang saya dapati sepanjang saya melaksanakan aktiviti permainan di dalam kelas. Terdapat murid yang memerlukan bimbingan berterusan daripada guru dalam menjalankan aktiviti. Selain itu juga, murid-murid saling berebut dan tidak mengikuti arahan guru supaya beratur dan bergilir-gilir menjalankan aktiviti yang diberikan. Ada juga murid yang mengambil kad huruf daripada rakan-rakan sekelas semasa permainan dijalankan kerana ingin melakukan permainan tersebut berkali-kali. Namun, apa yang penting ialah saya harus memahami bahawa tingkah laku murid-murid di dalam kelas masih boleh dikawal dan dididik daripada awal. Oleh sebab itu, saya akan sentiasa memantau perlakuan murid sama ada semasa kelas berlangsung mahupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, saya dapat merumuskan bahawa permainan adalah antara aktiviti yang mampu menjana idea dan mengukur kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

4. MASALAH KECURIAN WANG






Program
: KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 2)
Sekolah
: SJK(C) WOON HWA
Fasa Praktikum
: 2
Minggu Praktikum
: 6
Tarikh
: 20-02-2014
Tajuk
: Kes kecurian alat tulis dan wang
Kategori
: Bimbingan

1. Isu Yang Difokuskan :

Selepas waktu berehat, Seorang murid membuat aduan kepada saya bahawa ada murid di kalangan mereka mencuri alat tulis dan wang rakan.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Saya berpendapat murid itu masih belum tahu mengamalkan sikap kesedaran. Mereka cuba mendapatkan sesuatu tanpa memikir bahawa kelakuan mereka itu adalah salah dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Selepas membuat siasat, sya dapati benda yang dicuri oleh seorang murid yang ridak saya rangka akan malekukan kecurian. Dia ingin membalas dendam terhadap murid-murid yang tidak ingin berkawan dengannya.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Teori kognitif didasarkan pada asumsi bahwa kemampuan kogntif merupakan sesuatu yang fundamental dan yang membimbing tingkah laku individu. Teori kogntif menekankan pada pikiran-pikiran sadar.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya mencadangkan beberapa penyelesaian masalah iaitu: 1. saya memberi bimbingan kepada murid 2. memberitahu kes ini kepada pihak pendidikan kaunseling di sekolah . 3. memberitahu kes murid ini kepada ibubapanya.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

2minggu


6. Tindakan Susulan :

Saya akan segara memberi bimbingan kepadanya lalu membawa dia berjumpa dengan guru kaunseling. Selain itu,saya juga memberitahu dengan ibubapa mengambil berat anak-anak dan berjumpa murid-murid yang menghilang benda untuk nmemberi pengajaran yang berkaitan kes ini.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :




9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :




5. MURID LINUS

ama Pelajar


Program
: KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 1)
Sekolah
: SJK(C) CHONG HWA SERI MEDAN
Fasa Praktikum
: 2
Minggu Praktikum
: 6
Tarikh
: 21-02-2014
Tajuk
: Murid Linus
Kategori
: Bimbingan

1. Isu Yang Difokuskan :

saya telah menjalankan bimbingan mata pelajaran Matematik bagi murid linus tahun 3. terdapat 2 orang murid tidak dapat lepas ujian linus. 2 orang murid itu tidak dapat menjalankan operasi tolak.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

2 orang murid itu tidak dapat melakukan operasi tolak yang mempunyai pinjaman. mereka akan sentiasa lupa akan nombor yang telah dipinjam dan menyebabkan jawapannya salah.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

sentiasa mengingatkan murid itu supaya kiraannya termasuk nombor pinjaman.


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

saya akan menjalankan bimbingan selepas pdp dijalankan. saya juga akan memberitahu ibu bapanya supaya sentiasa memberi perhatian terhadap anak mereka.


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

saya berharap 2 orang murid itu boleh melepaskan linus setelah diberi bimbingan. saya akan sentiasa memberi perhatian yang lebih kepada 2 orang murid itu.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

--


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :




9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :



6    .DISIPLIN MURID


:
Program
: KDPM-KDC
Pengkhususan / Opsyen
: 2010 / 11 - PENGAJIAN BAHASA CINA (SJKC) - (KUMPULAN 2)
Sekolah
: SJK(C) WOON HWA
Fasa Praktikum
: 2
Minggu Praktikum
: 2
Tarikh
: 23-01-2014
Tajuk
: Masalah Disiplin Murid
Kategori
: Bimbingan

1. Isu Yang Difokuskan :

Seorang murid perempuan kelas saya menhadapi isu-isu tentang emosi dan kekurangan perhatian oleh keluarganya. Akibatnya, dia mula mencederakan diri dengan pisau kecil.


2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Hal ini dilakukan mungkin hubungan antara kawan atau masalah keluaraganya. Kebahagiaan sesuatu keluarga amat penting atau ambil berar oleh ibu bapa juga penting untuk membina minda dan fikiran yang positif untuk seseorang anak.


3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menuru Teori Santock 1998 perkembangan kanak-kanak dari aspek emosi


4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Saya akan berbincang dengan GPK Hem sekolah saya untuk memperoleh alternatif bagi mengatasi masalah ini


5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu


6. Tindakan Susulan :

Untuk mengatasi isu yang saya hadapi ini, saya juga akan membertahu kepada ibu bapa berkenaan tentang masalah kecederaan diri anak mereka dan berharap mereka akan memberi prihatin mereka kepadanya.


7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

29-01-2014


8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Pertama, saya akan berbincang dengan GPK Hem sekolah umtuk memperoleh alternatif bagi mengatasi masalah ini. seterusnya, saya memberitahu kepada ibu bapa berkenaan tentang masalah kecederaan diri anak mereka.


9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Selepas selama seminggu, saya berasa sikap murid perempuan itu telah periang dan berani menjawab soalan semasa pdp. Ibu bapanya juga mengambil hati kepada anaknya dan bekerjasama dengan pihak sekolah. Hal ini memeberitahu saya kebahagiaan dan prihatin sesuatu keluarga adalah amat penting.Ini juga bolah mempengaruhi setiap kanak-kanak sepanjang hayat.